Sunday, 10 February 2019

Qaseh Junior Bantu Kuat Sistem Imunisasi

Siapa kat sini best friend dengan doktor? Bunyi macam best kan. Best Friend dengan doktor tu.

Ayat tu sebenarnya makan dalam tu. Sebenar kita bawak anak jumpa doktor selalu, sampai doktor pun sudah kenal Kita.

Setiap bulan bawak anak jumpa doktor.
Allahuakbar!, Nyeri juga bunyinya

Asyik dengan ubat sahaja. Macam macam sakitnya.

Sabar ye ibu-ibu, Cuba bagi #Qasehjunior.

Rasa manis manis kurma madun, Inshallah2sudu 2 kali sehari bantu kuatkan sistem imun anak2 kita.

Sama-sama kita doakan semoga semua anak-anak kita sihat walafiat dan sentiasa dalam perlindungan-Nya


Friday, 8 February 2019

3 Kelebihan Anak Sarapan Pagi

Tanpa sarapan pagi, anak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian di sekolah, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.

Jom baca kepentingan kanak-kanak bersarapan.

1. Kesihatan anak makin cergas
Sarapan membuatkan tubuh kanak-kanak lebih cergas dan daya ketahanan lebih tinggi. 

2. Anak lebih bijak
Kajian mendapati kanak-kanak yang bersarapan pagi mempunyai tahap fokus yang lebih tinggi. Cenderung mendapat markah lebih tinggi dalam kelas, dapat membaca lebih lancar, cekap menjawab soalan matematik dan kurang tertekan

Sarapan dapat menambah kecerdasan otak, ingatan dan meningkatkan tumpuan serta keboleh an dalam menyelesaikan masalah.

3. Berat badan lebih ideal
Anak akan mendapat berat badan ideal dan mereka juga kurang mendapat penyakit dan kecederaan. Sarapan pagi yang berkhasiat membuatkan mereka kurang mengambil makanan secara berlebihan apabila tiba waktu makan seterusnya. 

Suka Kak Chah petik kata kata dari Dr Barakatun menjelaskan makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan vitamin & mineral adalah yang terbaik buat kanak-kanak sekolah rendah iaitu anak berusia 6 hingga 12 tahun.

Jom #SHARE

Kesan Paracetamol atau Panadol

Anda ada masa untuk sakit kepala. Itulah tagline yang menjadi viral sekarang.

Paracetamol atau panadol adalah ubat demam dan ubat tahan sakit. Jika anak anak kecil demam, terus di berikan ubat demam ini.

Sebenarnya terdapat juga kesan sampingan jika menggunakan paracetamol atau panadol ini secara berpanjangan atau melebihi dosnya.

Antara kesan umum adalah risiko pendarahan yang semakin banyak, lebam atau tanda-tanda jangkitan seperti demam dan sakit tekak.

Jika di ambil secara berlebihan dan berterusan dari yang disyorkan boleh menyebabkan penyakit pada hati. Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda mendapati tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau.

Alahan juga boleh berlaku dalam pengambilan paracetamol, walau bagaimanapun jika berlaku seperti simptom gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas.

Cepat cepat rujuk Doktor ya.

Sumber: Portal My Health

Jika ada ibu bapa hebat, hendak elakkan ubat ubat seperti ini. Boleh cuba Qaseh Gold Junior untuk kuatkan sistem imum dan elak selalu makan ubat demam.

Monday, 4 February 2019

5 Khasiat Delima Untuk Anak Anda

Putih melati, merah merah delima. Siapa yang baik hati. Akan aku terima. Ewahh ewaahh nyanyi pulak!

Nak cerita pasal ni, pasal buah Delima? Delima ni baaanyak sangat khasiat dia tau. Ni Kak Chah share 5 je antara khasiat Delima untuk anak?

1. Buah Delima tinggi antioksidan - Boleh kuatkan antibodi, rendahnya antibodi penyebab tonsil, asma dan bronkitis.

2. Sumber nutrisi sebiji Delima memiliki sekitar 40% Vitamin C - Sehari amal sebiji delima, inshaa Allah anak anak jarang demam, batuk dan selsema.

3. Delima mampu meningkatkan kecerdasan otak

4. Untuk penerang hati - Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.

5. Ubat cacing semulajadi - Dapat menghapuskan cacing-cacing dari terus berkumpul dalam usus kecil dan besar.

Ibu hebat nak anak sihat, kena amalkan delima setiap hari ok. Tapi tapi orang kata Delima ni susah nak dapat.

Usah risau ibu ibu hebat, ambil supplement yang ada delima. Saya amalkan Qaseh Junior je mudah, sah sah ada delima dalam tu.

Sunday, 3 February 2019

Tip Menarik Anak Cerdik: Kesan Tidak Cukup Serat Pada Anak

Tip Menarik Anak Cerdik: Kesan Tidak Cukup Serat Pada Anak: Antara cabaran besar kepada kita, para ibu adalah memastikan anak-anak memakan sayur setiap hari. Sayur ada serat. Tak cukup serat, nanti ...

Kesan Tidak Cukup Serat Pada Anak

Antara cabaran besar kepada kita, para ibu adalah memastikan anak-anak memakan sayur setiap hari. Sayur ada serat. Tak cukup serat, nanti masalah sembelit bertambah berat tau.

Jom kita baca apa kesan jika tidak cukup serat pada anak

1. Buang air besar tidak lancar
Tujuan Serat merangsang gerakan usus, sehingga sisa-sisa makanan yang telah dicerna akan cepat dikeluarkan oleh tubuh. Selain itu, serat juga berupaya menyerap air untuk sisa makanan lebih mudah dikeluarkan oleh tubuh. 

2. Sering merasa lapar
Serat juga mempunyai fungsi seperti membuatkan perut rasa sentiasa kenyang dan kenyang lebih lama. 

3. Berat badan terus naik
Kenapa badan mudah naik, di sebabkan oleh kurang memakan serat. Serat akan membuatkan badan kenyangan lebih lama akan tetapi dengan kurang pengambilan serat, akan menyebabkan badan sentiasa lapar. Asyik hendak makan, memang akan menyebabkan badan terus melonjak naik.

4. Kadar gula darah melonjak.
Makanan berserat juga  untuk membuat gula darah tetap normal. Biasanya, makanan yang mengandung serat tinggi tidak memiliki kandungan indek glisemik yang tinggi, sehingga boleh untuk diamalkan oleh penderita diabetes.

Oleh itu, apabila memakan makanan yang bergula, kadar gula darah terus melonjak naik.

5. Infeksi saluran cerna
Kurang serat akan terjadi gangguan pada pencernaan perut. Contohnya anak kita akan mengalami iritasi usus, radang usus besar, radang usus dan rektum.

Sumber: hellosehat.com

Sebab itu Kak Chah sarankan formulasi Qaseh Gold Junior keluaran Ana Edar. Qaseh Gold Junior menggunakan kurma asli kisar yang boleh membekalkan serat untuk membantu melancarkan pembuangan air besar insya Allah.

Anak-anak taklah terseksa apabila nak membuang. Mereka ceria, tentulah kita pun gembira kan.

Sumber: hellosehat.com

Saturday, 2 February 2019

Jaga Diri Dengan Qaseh Gold Adinda

Menjaga dan mendidik anak sememangnya perlukan komitmen yang sangat tinggi pada ibu bapa. Kedua duanya saling memerlukan untuk membangunkan sebuah institusi keluargaan. 

Ibu ibu hebat khususnya perlu sentiasa sihat, cergas kerana dunia akhir hari ini sungguh mencabar. Wanita banyak juga menggalas tanggungjawab, kerja, keluarga dan diri sendiri.

Jika diri sendiri tidak terjaga, mana mungkin hendak menjaga orang lain bak kata pepatah.

Mari kita jaga diri dahulu. Eh, jom kita jaga diri dengan Qaseh Adinda. Disini kak chah kongsikan khasiat yang ada dalam Qaseh Gold Adinda secara ringkas.

Ramuan semula jadi yang terdiri daripada makanan 'superfood' dan herba terpilih ini telah dirumuskan khas dalam produk hebat ini bagi membantu meningkatkan kualiti kesihatan dalaman wanita ke tahap lebih baik.

Antara bahan semula jadi yang ada dalam Qaseh Adinda ini ialah :-

🔹 Kurma
🔸 Madu
🔹 Manjakani
🔸 Pegaga
🔹 Passiflora
🔸 Minyak Zaitun
🔹 Gam Arab
🔹 Minyak Habbatus Sauda
🔸 Sireh
🔹 Za'faran
🔸 Gingko Biloba

Setiap bahan yang digunakan dalam formulasi produk ini telah dipastikan mempunyai khasiat yang mampu merawat dan mengurangkan pelbagai jenis masalah yang sering dihidapi oleh golongan wanita.

Anda pasti rasa kelainan jika mengamalkannya.