Sumber: Dr Naqiuddin Bin Ahmad Moin
6 Punca gigi anak anda rosak walaupun berus gigi setiap hari.
Dr Q terbaca berkenaan kes anak perempuan Wawa Zainal yang rosak walaupun sudah berus gigi hari-hari.
Jadi, Dr Q nak bagitahu punca berlakunya keadaan seperti dalam gambar di bawah. Jom baca sama-sama.
1) Hisap botol susu sehingga tertidur.
Untuk menggantikan susu ibu, selalunya ibu akan beri susu formula. Jadi anak leka menghisap botol dan ada yang sampai tertidur. Para ibu bapa pun berasa aman kerana anak tidak merengek dan lena dibuai mimpi.
Tapi ketahuilah, bahawasanya anda telah merisikokan anak anda untuk mengalami sakit gigi. Mungkin anda merasa aman sekarang tapi tidak beberapa bulan nanti apabila anak merengek sakit gigi malam-malam.
Di dalam susu formula ada gula atau bahasa sainsnya karbohidrat. Karbohidrat inilah yang menjadi makanan untuk bakteria dan seterusnya menghasilkan asid yang menghakis permukaan gigi. Seterusnya menyebabkan gigi berlubang/rosak.
Bayangkan, sisa-sisa susu yang melekat pada botol dan gigi sewaktu anak kecil anda tidur dikerumuni oleh bakteria yang sedang rosakkan gigi anak anda. Lama-lama, tinggal tunggul sahaja gigi anak anda. Kasihan betul.
2) Hisap susu badan sampai tertidur (ngempeng).
Updated: kajian terbaru yang Dr Q baca berkenaan susu ibu ialah susu ibu tidak menyebabkan gigi rosak. Tapi bila anak anda menyusu, gigi akan terlindung dari air liur jadi tidak dapat memampan acid daripada bakteria yang menyebabkan gigi rosak.
Susu bagus untuk pertumbuhan anak. Tapi jika gigi anak tidak dijaga dengan betul, gigi mudah rosak.
3) Pengambilan makanan ringan yang kerap.
Jajan, cikedes, coklat, gula-gula dan banyak lagi makanan ringan yang lain menyebabkan kerosakan gigi cepat berlaku. Bukan sahaja tidak berkhasiat pada diri tapi boleh rosakkan gigi.
4) Tidak amalkan untuk membersihkan gigi.
Ada yang tanya Dr Q, bila masa yang sesuai bersihkan gigi anak?
Waktu yang paling diwajibkan untuk mula bersihkan gigi dan mulut ialah seawal tumbuhnya gigi pertama. Ingat ye, gigi pertama. Bukan tunggu tumbuh semua baru mula bersihkan. Wajib amalkan bersihkan gigi sebelum dan selepas bangun tidur.
Jika anak anda tertidur, angkat bibirnya pelan-pelan dan bersihkan dengan kain yang lembut dan lembab. Yang penting, anak anda tidur dengan gigi yang dibersihkan.
5) Tidak bawa ke klinik sewal pertumbuhan gigi pertama.
Jika sudah sakit baru ke klinik gigi. Jangan begitu ibu bapa sekalian. Pergilah ke klinik gigi seawal tumbuhnya gigi pertama bagi tujuan pemeriksaan dan pemantauan.
Jika ada tanda awal, gigi rosak, boleh dirawat segera sebelum bertambah teruk. Disamping dapat dipantau pertumbuhan giginya.
Jika anda amalkan, perkara diatas, jangan tanya kenapa gigi masih berlubang/rosak walaupun sudah berus gigi hari-hari.
Sumber dari Dr Naqiuddin Bin Ahmad Moin, Doktor gigi anda
Sumber gambar Pa&Ma |
Jom kita ramai ramai follow Dr Q.
Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -
No comments:
Post a Comment