Thursday, 9 August 2018

Wabak HFMD

Wabak HFMD masih aktif lagi, 3 buah taska dah di tutup hari ni di Gombok. kata Dr Khalid, Doktor Klinik 24.

Sedikit info ringkas pasal HFMD. HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut.

Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ni.

Mak mak ambil tahu juga pasal tanda-tandanya. Kalau nampak tanda tandanya cepat cepat ke klinik tau.

Ini tanda tanda HFMD.

1. Ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki. 
2. Mengalami sakit tekak
3. Demam ringan
4. Kelihatan keletihan

Bayi yang dijangkiti HFMD mungkin tak mahu menyusu atau makan kerana kudis dalam mulut mereka yang sangat menyakitkan.

Mak mak hebat, ambil cakna tau pasal ni.


No comments:

Post a Comment