Sunday, 25 November 2018

2 Tip Hebat Untuk Tingkatkan Imunisasi Anak Cerdik

Mudah Sahaja dengan 2 tip seimbang ini, anak makin cerdas dan hebat.

1. Bekalkan makanan sihat dan seimbang

Makanan yang dibeli di kantin sekolah biasanya mengandungi perasa dan pewarna tiruan yang tidak sihat untuk tumbesaran kanak-kanak. Contohnya makanan segera dan bergoreng yang menjadi kegemaran mereka seperti nugget, ayam goreng dan sebagainya. 

Jadi apa kata luangkan sedikit masa setiap pagi dan siapkan bekal anak anda dengan makanan yang berkhasiat dan seimbang? Bukan sahaja dapat mengelakkan anak dari jatuh sakit malah dapat menjimatkan wang.

2. Makan dengan sudu dan garfu

Elakkan anak dari makan dengan tangan bagi mengelakkan bakteria masuk ke mulut. Galakkan mereka makan dengan menggunakan perkakas seperti sudu dan garfu bagi mengurangkan potensi mendapat penyakit. 

Namun jika mereka lebih selesa menggunakan tangan, nasihati anak anda supaya membasuh tangan dengan cara yang betul sebelum makan. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.




Jom ikuti Kak Chah ya.

Saturday, 24 November 2018

2 Tip Untuk Anak Kekal Sihat Sepanjang Masa

2 perkara ini usah di pandang remeh ya. Jaga 2 perkara ini, Insha Allah anak sihat hebat dan bijak.

1. Ambil sarapan pagi

Sarapan adalah penting bagi memastikan anak bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian. Kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan biasanya akan mudah berasa penat dan lesu. 

Ini boleh menjejaskan tumpuan mereka ketika belajar dan sekaligus menjejaskan prestasi anak di sekolah. Jadi, pastikan anak anda bersarapan sebelum ke sekolah agar dia boleh memberikan tumpuan penuh pada pelajaran.

2. Kerap basuh tangan

Jadikan membasuh tangan sebagai rutin kerana ia merupakan tempat yang paling banyak mengandungi bakteria. Ajar anak cara membasuh tangan yang betul dengan menggunakan air dan sabun. 

Ini penting untuk mengelakkan bakteria merebak apabila mereka menyentuh mata, hidung dan mulut yang mudah dijangkiti penyakit.



Selamat Beramal.

Monday, 19 November 2018

10 Tip Cemerlang Untuk Ibu Bapa Muda

INILAH 10 TIPS IBU BAPA HEBAT. AMALKAN SELALU!

1. KETAHUI MINAT ANAK
Selidik apa yang anak suka dan tidak suka. Jika ada aktiviti yang anak minat, galakkan mereka secara positif dan asah bakatnya.

Jadi, anak akan rasa anda ibu bapa yang hebat kerana menyokong minatnya. Malah, mereka akan lebih bersemangat dan teruja untuk lebih berjaya dalam bidang yang mereka minati sehinggalah dewasa kelak.

2. KONGSI PENGETAHUAN DENGAN ANAK
Anak biasanya akan melihat ibu bapa sebagai idola. Jadi apa yang ibu bapa suka, mereka akan sama menyukainya. Luangkan lebih masa untuk berbual dan berkongsi pengetahuan dengan anak.

Hanya dengan menonton televisyen bersama anak, melancong, makan angin di taman, atau membeli-belah di pasaraya, anda mampu berkongsi pelbagai pengetahuan kepada mereka.

3. BERI PELUANG PADA ANAK UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN
Apa jua perkara yang melibatkan anak, pastikan anda berkongsi dengan mereka dan minta mereka membuat keputusan bersama.

Untuk melatih mereka menjadi seorang yang yang berdikari dalam membuat keputusan, mulakan dengan perkara yang mudah. Contohnya, warna baju yang ingin dipakai atau menu makan malam pada hari ini

Anak-anak akan rasa lebih dihargai apabila keputusan mereka diambil kira.

4. MINTA MAAF JIKA ANDA MEMBUAT SALAH

Bukan mudah meminta maaf, namun anda seorang ibu atau bapa yang hebat jika meminta maaf mengakui kesalahan yang anda lakukan pada anak.

Buangkan ego jauh-jauh dan tanamkan niat mendidik anak. Kita pasti tidak mahu mereka mencontohi kesilapan yang kita lakukan.

5. MEMUJI ANAK
Setiap kali anak membuat sesuatu yang membanggakan, pujilah mereka kerana ia membantu menaikkan semangat anak-anak.

Kadang-kadang ibu bapa terlalu sibuk sehingga hanya nampak kesalahan anak.

Semasa anak bermain dengan elok, tidak bergaduh, dan mengemas mainannya, kita pula selalu bersikap acuh tak acuh saja. Jangan begini ya!

6. ELAK BERI TEKANAN PADA ANAK

Jangan keterlaluan dalam memaksa mereka membuat sesuatu yang anak tidak disukai. Pasti ada sebab anak tidak suka membuatnya.

Seelok-eloknya, cuba tanyakan kepada mereka kenapa mereka tidak menyukai sesuatu perkara. Cuba tawarkan beberapa alternatif untuknya.

7. AMBIL BERAT
Tips ibu bapa ini mungkin yang paling cliche. Tapi, tidak kurang pentingnya.

Setiap hari, tanya anak-anak yang dilakukan di sekolah. Jelas, anda mengambil berat akan diri anak-anak.

Tentunya, apabila pulang dari sekolah, bermacam-macam cerita daripada mereka! Jadilah pendengar yang baik dan berilah respon kepada mereka. Mesti anak seronok!

8. MAKAN BERSAMA
Bukan mudah untuk berkumpul bersama-sama semasa waktu makan kerana komitmen masing-masing. Namun, usahakan agar anda sekeluarga makan bersama setiap hari tidak kira sama ada sewaktu sarapan ataupun makan malam.

Fokuskan terhadap keluarga semasa waktu makan dan tutupkan semua gajet supaya anda semua dapat berbual tanpa sebarang gangguan.

9. JANGAN MEMBANDINGKAN ANAK
Elak membuat perbandingan anak-anak dengan orang lain ataupun antara sesama adik beradik.

Ini adalah antara perkara yang paling cepat anak kecil hati. Walaupun ibu bapa mungkin betul, tetapi anak-anak tidak suka dibandingkan dalam apa jua hal sekalipun.

Jika ingin memberi contoh, carilah tokoh-tokoh terkenal yang mereka suka. Tidak perlu dibandingkan dengan anak-anak lain.

10. PELUK ANAK SETIAP HARI
Bak kata pepatah, ‘Love is a Verb’, bermaksud ‘Cinta adalah Perbuatan’. Seseorang tidak akan mengetahui kasih sayang jika kita tidak menunjukkannya. Apatah lagi seorang anak kecil yang baru setahun jagung!

Maka, cium dan peluk mereka setiap hari agar ia menjadi tabiat dan sebati dalam diri anak-anak. Dengan ini mereka akan rasa disayangi.

Percayalah, walaupun anak-anak sudah dewasa, mereka akan tetap merindui pelukan ibu bapa.

ANAK HEBAT BERMULA DARI IBU BAPA YANG HEBAT

Meskipun bukan mudah menjadi ibu bapa di zaman sekarang ini, namun anda boleh ikuti tips ibu bapa di atas untuk tampil hebat di mata anak-anak.

Sebenarnya, jika kita menjadikan perkara di atas sebagai kebiasaan, tentu ia akan menjadi lebih mudah. Perkara-perkara kecil ini amat dihargai oleh anak. Jadi, tidak rugi mencubanya!


Aisyah Hamid
TipSupermak

Sunday, 18 November 2018

Otak Lelaki atau Perempuan Lebih Besar

Otak Lelaki atau Perempuan Lebih Besar?.

Otak anak lelaki lebih besar sebanyak 10% dari otak anak perempuan. Tapi bukan bermakna mereka, orang lelaki lebih bijak atau lebih pandai.

Tengoklah betapa ramai anak perempuan di universiti. Anggaran lebih 60% perempuan dan 40% lelaki di universiti.

Kenapa ya?.

Sememangnya Allah jadikan sifat semulajadi lelaki itu smart, slow motion dan steady.



Aisyah Hamid
Beza antara otak anak lelaki perempuan

Saturday, 17 November 2018

Anak Hebat Mesti Minum Air Kosong Elak Mengantuk Dalam Kelas

Minum air kosong 

Biasakan anak-anak membawa sebotol bekas air masak ke sekolah. Mungkin ada yang tidak sedar bahawa air kosong membantu dalam proses pengangkutan darah ke seluruh badan. 

Pengangkutan darah yang efektif akan membawa oksigen ke seluruh badan sehingga ke otak. Oksigen yang cukup untuk badan seterusnya menyebabkan otak anak anda menjadi cerdas, pintar dan tidak mengantuk. 

Selain memastikan badan sentiasa terhidrat serta mengelakkan sembelit.

Banyakkan anak minum air kosong ya!.


Aisyah Hamid
KakChah TipSupermak

Ajar Anak Elak Kongsi Minuman Dan Sentuh Mata, Hidung, Mulut

Ibu bapa hebat, ajar anak elak kongsi minuman dan sentuh mata, hidung, mulut.

1. Kebanyakan kanak-kanak mudah berkongsi minuman atau makanan dengan rakan di sekolah. Terangkan kepada anak tentang bahaya berkongsi minuman atau perkakas seperti sudu garfu. 

Ini kerana bakteria mudah merebak melalui air liur dan mulut yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit. 

2. Terangkan kepada anak supaya kurang menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan kerana ia paling banyak bakteria membiak. 

Jika perlu, gunakan tisu bagi mengurangkan potensi bakteria memasuki badan. 

HAPPY PARENTING!



Aisyah Hamid
Kak Chah TipSuperMak



Friday, 16 November 2018

Kenapa Anak Lelaki Dan Lelaki Tidak Nampak "OF"




Sumber: Sentiasapanas

Cuba sahabat cari huruf F dalam masa 15 saat. Ada berapa?

Jawapannnya 6F dan kebanyakkan perempuan menjumpai 6F manakala lelaki memjumpai 3F.

Kenapa lelaki menjumpai 3F?
Ini kerana orang lelaki tidak nampak perkataan "OF".

Kenapa orang lelaki tidak nampak "OF"
Ini kerana Mengikut kajian, ini based zaman zaman dahulu. Orang orang dulu nature nya adalah lelaki keluar memburu manakala Perempuan pula duduk dirumah menjaga rumah. Memasak, mengemas.

Dari ni sikap lelaki lebih kepada strategy, coordinate. Benda yang dekat dekat dengan mereka, mereka kurang beri tumpuan.

Manakala, perempuan sangat detail berkenaan sesuatu yang dekat atau di hadapan mereka.


Thursday, 15 November 2018

HIMPUNAN TEKA TEKI BERGAMBAR

Gerakkan phone atau komputer sahabat hebat ya. Inshaa Allah nampak jawapannya.

jawapan: 17

Jawapan: Katak



Jawapan:
2 kuku
3 ekor
5 peha

7 mate
8 sayap

Sunday, 11 November 2018

Darah Anak Otak Lelaki atau Perempuan Lebih Laju

Darah Anak Otak Lelaki atau Perempuan Lebih Laju?.

Kajian mengatakan darah dalam otak anak perempuan bergerak lebih laju sebanyak 15% dari otak anak lelaki.

Sebab apa ya?.

Sebab otak anak perempuan lebih kecil berbanding otak anak lelaki.

Makanya, anak perempuan lebih banyak berfikir dan multitasking.

Sahabat hebat usah hairan jika anak perempuan boleh buat serba serbi dalam satu masa berbanding anak lelaki hanya buat satu perkara dalam satu masa.

Setuju tak sahabat hebat?.