2 perkara ini usah di pandang remeh ya. Jaga 2 perkara ini, Insha Allah anak sihat hebat dan bijak.
1. Ambil sarapan pagi
Sarapan adalah penting bagi memastikan anak bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian. Kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan biasanya akan mudah berasa penat dan lesu.
Ini boleh menjejaskan tumpuan mereka ketika belajar dan sekaligus menjejaskan prestasi anak di sekolah. Jadi, pastikan anak anda bersarapan sebelum ke sekolah agar dia boleh memberikan tumpuan penuh pada pelajaran.
2. Kerap basuh tangan
Jadikan membasuh tangan sebagai rutin kerana ia merupakan tempat yang paling banyak mengandungi bakteria. Ajar anak cara membasuh tangan yang betul dengan menggunakan air dan sabun.
Ini penting untuk mengelakkan bakteria merebak apabila mereka menyentuh mata, hidung dan mulut yang mudah dijangkiti penyakit.
Selamat Beramal.
No comments:
Post a Comment