Hampir kesemua para ibu bersetuju, memang susah hendak kekalkan momentum untuk anak hebat belajar. Bagi Kak Chah juga memang agak susah juga nak kekalkan momentum supaya anak minat belajar.
Kejap rajin kejap malas.
Meh, Kak Chah sediakan 3 tip mudah bagaimana hendak kekalkan semangat untuk belajar.
1. Matlamat yang jelas
Anak yang memiliki matlamat lebih termotivasi untuk belajar dari anak yang tidak memiliki matlamat. Matlamat ibarat impian anak anak kita, cari dan gali apa impian anak. Asuh dan terapkan, jadikan ianya satu perjalanan kehidupan.
2. Kaitkan belajar dengan realiti kehidupan
Motivasi belajar anak meningkat jika kita beritahu kepentingan belajar dengan kehidupan nyata. Kekadang anak anak tidak faham apa kepentingan belajar di sekolah atau di mana mana dengan mereka.
Jika anak anak faham, Inshaa Allah mereka lebih bersemangat untuk belajar.
3. Jadikan pembelajaran itu seronok
Tetapkan bahawa belajar itu seronok, bukan membebankan. belaja bukan setakat buka buku tetapi pembelajaran itu luas. pembelajaran dirumah, di masjid atau di mana mana sahaja.
Mind set anak selalunya berkata, belajar payah kena ingat, hafal. LETIH. Jom kita para ibu tukar mind set sekarang. Cari method yang mudah dahulu untuk anak. Biarkan mereka seronok rasa seronok untuk belajar.
Aisyah Hamid
TipSupermak
No comments:
Post a Comment