Kita para mak hebat mesti tertanya pada sendiri, banyak betul celoteh anak hebat, ada aja soalan ingin bertanya, kenapa, apa, kemana dan sebagainya. Letih juga nak menjawabnya.
Ada kajian mengatakan anak akan bertanya 20 soalan sehari secara berulang pada ibu bapa.
Fuhh! 20 soalan, kalau seminggu 7 hari x 20 soalan, jadinya 140 soalan. Itu seminggu, kalau sebulan setahun. Memang jenuh juga ya.
Mak mak hebat sabar, itu proses bertanya hanya masa kecil bila sudah dewasa, kita pula yang merindukan soalan dari mereka. Bahkan, kita yang banyak bertanya pula.
Oleh itu, jawablah selagi boleh. Proses bertanya merupakan fitrah bagi kehidupan seorang anak. Tarik nafas, sabar.
Eh, kenapa anak bertanya?.
Kerana sel-sel neuron otak anak kecil tak menelan setiap informasi begitu saja. Anak perlu bertanya dan faham sebelum disimpan dalam file memorinya.
Biasanya anak banyak bertanya anak yang bijak. Mereka banyak bertanya kerana memiliki rasa ingin tahu yang amat tinggi.
Betul! Otak sedang berkembang. Kita, ibubapa pancing anak supaya banyak bertanya dan jawapan mestilah sesuai dengan kemampuan fikiran anak. Usah terlampau tinggi sangat huraian. Banyak berikan perumpamaan pada anak supaya dekat dengan pemikiran mereka.
Aisyah Hamid
Tip SuperMak
No comments:
Post a Comment