Monday, 15 April 2019

4 Punca Ringkas Bersin Waktu Pagi

Apakah punca ringkas anak bersih waktu pagi. Jom kita baca, 4 punca anak bersin waktu pagi.

1. ALERGI
Anak yang pernah ada alergi sebelum ni memang mudah bersin waktu pagi. Puncanya kemungkinan besar mereka terdedah kepada habuk, udara sejuk, bulu binatang dan udara kotor ketika tidur.

2. REAKSI TUBUH
Ini normal sebab semasa kita tidur suhu badan seseorang akan menurun.

3. MENGELUARKAN DEBU KOTOR
Masa waktu pagi rerambut di rongga sinus bergiat aktif mengeluarkan kotoran yang tertinggal sehingga menyebabkan bersin

4. SENSITIF
Ada sesetengaj orang sangat sangat sensitif pada udara sejuk.Jadi bila tidur pakai aircond dan mandi waktu pagi memang senang sangat nak bersin.

Sumber FB.


Sunday, 14 April 2019

18 Tip Untuk Anak Mendirikan Solat

Sememang susah untuk mangajak anak anak kita mendirikan solat. Sebab anak anak tidak mengerti kenapa kena mendirikan solat? Apakah kebaikkan mendirikan solat?
Kita sebagai ibubapa hebat pasti tertekan kan. Jom kita baca tip untuk anak mendirikan solat.

1. Fokuskan minda anak pada ibadat sembahyang sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu dia baik-baik yang solat tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti. 

2. Usah paksa mereka tetapi mendorong mereka, Kemudian tanamkan dalam jiwa dan minda mereka tentang kepentingan solat.

3. Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk dia fasih membaca bacaan sembahyang seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dsbnya. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdal. 

4. Ajar & perhatikan anak kita ambil wuduk' dan termasuk juga juga lafaz niat.

5. Beritahu anak kita, Nabi yang kita sayangi menyuruh anak-anak berlatih sembahyang dari umur 7 tahun. Pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar utk mengajar) kalau ingkar dan malas. 

6. Belikan dia telekong untuk anak perempuan dan songkok untuk anak lelaki. Berikan pilihan untuk mereka memilih warna apa yang mereka dia suka. 

7.Pada awal latihan solat, biar dia baca kuat-kuat. Kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya waktu itu. Perhatikan juga pergerakan tubuh, ajar cara duduk, qiam, takbir, ruku', sujud dan sebagainya. 

8. Usah hadkan tempat untuk dia berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Mereka boleh berlatih pada bila bla masa sahaja. Uji kefasihan anak kita. Contohnya sambil kita memasak atau sambil sikat rambut dia, suruh dia baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyya. 

10. Ajak dia dan adik beradiknya solat jamaah sama-sama kalau ada kelapangan masa di rumah. 

11. Bersabar lihat karenah mereka masa peringkat awal mengajar sembahyang

12. Doa pada Allah agar dia tiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita. 

13. Atur jadual harian mereka, ada waktu tengok TV, main, belajar dan solat. Pastikan mereka buat dan kita mestilah bertegas.

14. Beritahu mereka sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Usah menipu dalam solat walaupun ibubapa tidak nampak ketika itu. 

15. 2-3 bulan selepas mereka semakin mahir membaca bacaan solat, ajar dia untuk baca pelan-pelan seperti orang dewasa. 

16. Pasikan mereka solat setiap hari, walaupun ada aktiviti lain. Contohnya balik kampung, mungkin memakan terjalan agak jauh. berhenti dan ajak mereka solat. 

17. Usah paksa mereka cepat pandai dalam sekelip mata, bersabar dan berikan mereka masa.

18. Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak. Usah suruh mereka solat, tapi kita leka tengok TV atau main komputer. 

Sumber FB.


Saturday, 13 April 2019

4 Tanda Ringkas Anak Kurang Zat Besi

4 Tips nak tahu anak kurang darah atau zat besi dalam badan. Kekurangan zat besi juga di panggil anemia.
1) Bibir pucat 
2) Ada eyebag 
3) Liat bangun tidur 
4) susah fokus / tidak celik. 

Ibubapa boleh mencegah anemia ini dengan memberikan makanan yang kaya dengan zat besi. Contohnya Kekacang seperti kacang merah dan kacang pea, Ikan, Daging (hati merupakan bahagian yang kaya dengan zat besi, Kacang soya, Roti, Oat, Kismis, Sayuran hijau seperti bayam.

Eh, dalam QasehJunior. Lengkap makanan yang mengandungi zat besi tinggi. Jom cuba.




Thursday, 11 April 2019

Selesaikan Ekzema Di Musim Panas


Musim panas, memang kerap terjadi pada anak ekzema. Jom kita baca, bagai hendak selesaikannya.

Ekzema dan apakah tanda tanda dan gejala ekzema?.
Ringkasan tanda tanda adalah seperti ini 
1. Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki. 
2. Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit. 
3. Bengkak kecil yang berair. 

Inilah cara ringkas bagaimana hendak menolong anak ekzema?.
1.Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman. 
2. Elakkan mandi air panas/suam. 
3. Elakkan memakai baju berlapis-lapis. 
4. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis. 
5. Elakkan dari fabrik yang kasar. 
6. Jangan gunakan sabun apabila mandi. 
7. Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda. 
8. Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor. 

Mari Mengenal Sembelit Anak

Ramai ibu selalu mengadu anak sembelit, tapi macam mana nak kenal betul ke anak sembelit?

Jom kita ikuti panduan yang dikongsikan oleh Klinik Avicenna untuk panduan ibu bapa yang ada anak kecil dan sering mengalami masalah ini.

1. Najis ada berketul-ketul seperti tahi kambing
2. Tidak membuang pada tempoh yang lama. Biasa tidak seperti kebiasaan
3. Bayi nampak sukar membuang najis, terpaksa meneran-neran
4. Najis kering dan ada sedikit darah akibat najis keras dan melukai dinding salur najis
5. Anak takut untuk membuang. Sesetengah gelisah sampai menangis bila mahu membuang.

Sumber dari FB.



Saturday, 9 March 2019

Selesaikan Ekzema Di Musim Panas

Musim panas, memang kerap terjadi pada anak ekzema. Jom kita baca, bagai hendak selesaikannya.

Ekzema dan apakah tanda tanda dan gejala ekzema?.
Ringkasan tanda tanda adalah seperti ini 
1. Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki. 
2. Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit. 
3. Bengkak kecil yang berair. 

Inilah cara ringkas bagaimana hendak menolong anak ekzema?.
1.Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman. 
2. Elakkan mandi air panas/suam. 
3. Elakkan memakai baju berlapis-lapis. 
4. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis. 
5. Elakkan dari fabrik yang kasar. 
6. Jangan gunakan sabun apabila mandi. 
7. Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda. 
8. Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor. 

sumber: http://www.myhealth.gov.my/ekzema/

Semoga bermanfaat.


Friday, 8 March 2019

Perihal Dunia Untuk Ditinggalkan

Teringat Kak Chah dalam radio IKIM tentang ini.

"Dunia ini tempat meninggal bukan tempat tinggal pun".

Tapi Kak Chah terlupa nama ustaz yang membibitkan ayat itu.

Kata kata ini juga pernah di katakan oleh para ulama.

Tanda Allah swt sayang apabila Dia ringankan kita untuk beribadah.

Beribadah yang macam mana?.

Beribadah ini bukan solat sahaja. Termasuk kerja di office, berniaga atau apa apa jua yang manfaat. Jika rasa terbeban, sedih,  penat, perit yak amat . Semak hati dan dosa waktu kita lalai.

Buat kerja ibadah seolah olah kita akan meninggal esok hari.

Buat sehabis baik dalam semua kerja antaranya tempat kerja, di rumah, jadi seorang ibu ayah & anak yang terbaik.

Kita boleh!


Thursday, 7 March 2019

Lihat Anak Terus Doa

Setiap Kali Saya Lihat, Saya Doakan Anak Saya

Ketika lihat dia sedang main-main, Yaa Allah baguskan nasibnya.

Ketika lihat dia sedang nonton film kartun, Yaa Allah bahagiakan hidupnya dunia akhirat.

Saya lihat anak saya lagi makan, Yaa Allah kurniakan rezeki yang melimpah baginya yang berkah, yang bawa kebaikan.

Saya lihat anak saya sedang tidur, Yaa Allah pandang ia dengan pandangan kasih sayang-MU.

Doa apa saja yang terlintas difikiran kita, kerana saya yakin entah sekarang, entah lusa, pasti ada diantara do'a-do'a tersebut yang di ijabah oleh Allah.

Sumber: Ustazah Halimah Alaydrus




Wednesday, 6 March 2019

Fakta Ekzema Pada Anak

Atopic ekzema (AE) bermaksud keradangan kulit manakala ‘atopi’ ialah istilah yang digunakan untuk menjelaskan kecenderungan mendapat masalah alergi seperti ekzema, asma, rinitis bermusim.
Secara umumnya kita akan panggil ekzema atau kegatalan pada kulit.

Penyidap ekzema akan mengalami gatal berulang dan boleh menjadi kronik, dan sangat lazim dalam kalangan kanak-kanak. 

Ia sering kali bermula dalam lima tahun pertama kehidupan (90-95%) tetapi juga boleh berlaku pada bila-bila masa.

Penyakit kulit paling lazim dalam kanak-kanak, ia mewakili 40% rujukan ke klinik Dermatologi Kanak-kanak dan menjejaskan secara puratanya 14% kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.

Punca ekzema adalah faktor genetik dan persekitaran. Dalam satu keluarga di mana salah seorang ibu atau bapa mempunyai alergi, risiko anak mendapat penyakit alergi ialah sekitar 20-40%. 

Risikonya meningkat ke 60-80% jika kedua-dua ibu bapa menghidapi alergi. Genetik dipercayai memainkan peranan penting, terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah ekzema, asma dan demam rinitis.

Penyakit ekzema tiada penawar dan kebanyakan kanak-kanak (60-70%) akan pulih dengan sendiri menjelang umur 7-10 tahun tetapi bagi kanak-kanak lain (10-30%) pula ia mungkin berlarutan sepanjang hayat. 

Oowahh bahaya juga ekzema jika kita tidak tahu bagaimana hendak pulihkannya.

Sumber dari https://mypositiveparenting.org/ms/2017/04/03/memahami-mengatasi-ekzema/. Boleh baca disini untuk maklumat lanjut.



Tuesday, 5 March 2019

Waktu Mandi Terbaik Bila Anak Batuk, Selsema dan Demam

Waktu mandi terbaik apabila anak batuk, selsema dan demam adalah

1. Jam 8 pagi
2. Selepas zohor 
3. Sebelum jam 7 malam. 

Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Mak mak hebat juga biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun ubun anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak.

Kalau orang dulu dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi, oleh itu panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. 

Monday, 4 March 2019

Hukum Fizio Untuk Anak Demam, Batuk dan Selsema

Hukum Fizio untuk anak demam, batuk dan selsema.

Anak Demam
Jika anak demam, pastikan anak kita dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.  Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.

Anak Selsema
Bila anak selsema, tetap mandikan 3 kali sehari, mandikan dengan air suam supaya lendir itu mudah keluar. Ramai ibu ibu hari ini, tidak mandikan anak selsema, kata kata yang selalu di ungkapkan adalah nanti anak sejuk, makin selsema.

 Jika tidak mandi, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, mandi tapi jangan kerap ya. Mandi macam biasa, 3 kali iaitu pagi, tengahari dan malam.

Anak Batuk
Anak kerap batuk, juga kerap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi,

InsyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.

(Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak anak dah longgar tepuk belakang anak setiap kali anak batuk)

Waktu bila nak mandi, jom terjah next post ya.

Nota tambahan: Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.

Sumber: Copy dari Group Wassap.

Semoga bermanfaat.

Pendaftaran Prasekolah 2019

Siapa yang berminat nak hantar ke prasekolah. Boleh daftar anak ya. Pendaftaran bagi prasekolah secara online telah dibuka 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019. Sahabat hebat boleh layari laman web berikut untuk pendaftaran https://eprasekolah.moe.gov.my

Sunday, 3 March 2019

Petua Atasi Kahak dan Selsema Pada Bayi

Kak Chah kongsikan 5 tip simple untuk atasi batuk berkahak dan selsema dengan mengguna bahan yang sering kita jumpa dan laluinya.

1) Minyak bawang putih
+ Bakar seulas bawang putih atas dapur. gunakan garfu(tak perlu buang kulit). 
+ Lenyek bawang putih
+ Letak sedikit minyak zaitun… Siap!
+ sapu minyak di bahagian dada, belakang, leher dan kaki (pakaikan stokin) tiap malam sebelum tidur.

2) Madu dan lemon
+ 1 sudu kecil madu
+ Perah sedikit lemon
+ Campur sedikit air suam
+ Amalkan tips ini setiap pagi atau malam sebelum tidur.

3) Kunyit hidup
+ Tumbuk kunyit hidup
+ Sapu di ubun-ubun, batang hidung dan dada sebelum tidur.

4) Bawang besar
+ Di potong dua.
+ Letak bersebelahan bantal baby ketika tidur.

5) Urutan manja
+ Baby suka dibelai dan dimanja. Cara ini beri keselesaan pada baby dan bantu tingkatkan imuniti sistem mereka.

Kan mudah, tapi bagi ibu-ibu yang tidak ada masa nak buat tips diatas, bolehlah dapatkan Qaseh Junior hari ini.

Qaseh Junior pastikan batuk berkahak dan selsema si manja hilang supaya bayi dapat tidur yang lebih lena. Baby sihat, ibu senang hati!

Saturday, 2 March 2019

3 Ringkasan Kelebihan Badam

Untuk ibu hebat yang sedang mencari Qaseh Junior. Qaseh Gold Junior dirumus dengan ramuan terpilih yang mempunyai banyak manfaat ke atas tubuh badan dan minda anak-anak.

Salah satu dari ramuan utamanya adalah kacang badam. badam adalah bagus dalam mengatasi masalah antaranya

1. Sembelit
2. Gangguan pernafasan
3. Batuk
4. Gangguan jantung
5. Anemia

Badam dikenali sebagai "superfood", khasiat badam turut memberi impak yang bagus dalam membantu perkembangan otak anak-anak dan menguatkan ingatan.

Selain itu, Badam juga mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain dan sangat kaya dengan vitamin E.

Ini menjadikan Qaseh junior sebagai satu-satunya makanan tambahan yang lengkap dengan khasiat. Sangat bagus untuk perkembangan minda dan kecerdasan anak-anak.

Friday, 1 March 2019

Jerlum Petua Untuk Anak Demam

Petua ampuh jika anak demam adalah jerlum.

Kalau anak demam, hendak mandikan boleh, tapi menggunakan air suam ataupun cukup sahaja dengan sentiasa jerlum / spray.

Kalau kita sendiri demam pun kita sendiri tidak mahu nak mandi kan? Apatah lagi anak kita.

Jerlum sudah cukup.

Bila badan anak tengha panas, kita mandikan air sejuk. Boleh jadi sawan tau sebab ada perubahan suhu secara mendadak. Bahaya!

Sentiasa pantau suhu anak dan sering Lap di setiap pelipat pelipat seperti ketiak, paha dan leher.

Inshaa Allah, akan kebas dengan cepat.


Sunday, 24 February 2019

Cara Cara Pakai Inai Daun Tradisional

Ada anak yang suka sangat berinai tapi hendak cari inai yang sah untuk solat, warna merah menyala bak saga susah kan.

Baik, ini Kak Chah kongsikan cara cara pakai inai tradisional iaitu inai daun.

Meh tengok di sini ya. Klik Cara Cara Pakai Inai Daun Tradisional


Thursday, 14 February 2019

Enam tanda kiamat oleh Ustaz Abdul Somad

Enam tanda kiamat oleh Ustaz Abdul Somad yang bersumberkan Abu Hurairah RA dalam Sahih Bukhari

1. Seorang ibu melahirkan anak dan anaknya menderhaka sehingga seolah-olah ibu menjadi kuda, manakala anak menjadi tuan.
2. Dimulakan dengan ilmu dicabut oleh Allah SWT, ramai para wali dan ulamak sudah tiada. contohnya ketika Imam Syafie meninggal dunia, berapa cabang ilmu yang hilang kerana beliau alim dalam bahasa Arab, tafsir, fiqh dan hadis.

3. Banyak terjadi gempa, bumi digoncangkan dan keluar isi daripada alam. 

4. Masa cepat berlalu, kita merasa hari bertemu hari makin cepat.

5. Fitnah, bunuh berleluasa, baik perkataan atau di media sosial seperti Facebook, WhatsApp atau Twitter, 

6. Ramai orang memiliki harta melimpah-ruah seperti air yang tumpah berbanding dulu kerana untuk kaya terpaksa bekerja keras mengeluarkan penuh, tetapi kini duduk sahaja pun boleh jadi kaya.

Tentang kiamat ramai yang sudah tahu, tapi apa pengisian yang kita lakukan. Kongsikan artikel ini, semoga kita mendapat manfaat darinya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/02/392152/masa-pantas-berlalu-tanda-hampir-kiamat


Wednesday, 13 February 2019

4 Fungsi Ringkas Tonsil

Tonsil, apa itu?.

Tonsilitis adalah radang pada tonsil yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. 

Tonsillitis yang disebabkan oleh virus sembuh dengan sendirinya, manakala tonsillitis yang disebabkan oleh bakteria boleh dirawat dengan antibiotik. 

Tonsilektomi (pembedahan tonsil) dilakukan dengan sebab-sebab tertentu setelah pesakit mendapatkan nasihat pakar bedah.

Cara mudah untuk legakan bengkak tonsil tanpa memakan ubat adalah dengan

- Makan aiskrim vanilla
- Kumur air garam

Jika masih tidak berkesan, boleh ibu ibu hebat tingkatkan sistem imun anak-anak dengan Qaseh Gold Junior.

Kenapa kena kuatkan sistem imun? 

Sebab fungsi tonsil tu sendiri ialah

1. Membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan (di peringkat awal usia)

2. Melindungi saluran pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan.

3. Membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan badan.

4. Memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan makanan.

Tonsil ini bagus tetapi jika sudah kena terkena infeksi, ianya menjadi penyakit.

Tuesday, 12 February 2019

6 Ciri ciri Qaseh Gold Boleh Bantu Pada Anak

KAMI sedang mencari IbuBapa yg ada  anak ciri-ciri berikut:-
.
1.Anak susah bangun pagi
2.Homework selalu tak siap
3.Suka main game dari baca buku
4.Susah nak ingat bila belajar
5.Tak dengar cakap
6.Malas belajar selagi tak disuruh

Sbb Kak Chah nak bantu.
Mana tahu sesuai kaedah mudah ni

Naikkan Selera Makan Dengan Lysine Semulajadi

Lysine  SelerUntuk Tambaha Makan Anak

Lysine adalah sejenis asid amino yang berfungsi sebagai menambah selera makan untuk anak-anak kita.

Sumber Lysine Qaseh Junior ada terdapat di dalam Kurma dan Delima.

Lysine buatan jika overdose akan menyebab kan kolestrol tinggi & boleh menyebabkan stroke. Tidak bagus untuk jangka masa panjang untuk anak-anak kesayangan kita.

Alhamdulillah, Ramuan kurma dalam Qaseh Gold Junior adalah lysine semulajadi tau.

Cari Kak Chah 0176155038

14 Makanan Superfood Baik Untuk Anak

Nutrisi yang baik amat penting untuk pembesaran anak-anak kecil anda.

.

Ia membantu pertumbuhan sel dalam tubuh si manja.

.

Makanan anak-anak anda mestilah terdiri daripada nasi, ayam atau daging yang mempunyai protein yang tinggi dan juga buah, atau sayur-sayuran yang tinggi kandungan serat.

.

Khasiat daripada makanan superfood seperti kurma, madu, delima, atau buah tiin yang juga amat baik untuk perkembangan tubuh dan kesihatan anak-anak anda.

.

Lebih mudah, anda boleh berikan Qaseh Gold Junior yang mengandungi pelbagai ramuan pilihan seperti kurma, madu, kismis, buah tiin dan lain-lain lagi yang digabungkan hanya dalam satu botol. Lebih mudah untuk diminum oleh anak-anak anda.

Anak Kurus dan Memilih Makan

Anak Kurus dan memilih makan?

Salah satu tanda anak kurang nutrisi.

Sistem imun akan menurun. Akibatnya otak kurang fokus mudah demam.

Ikhtiar dengan QASEH JUNIOR utk membantu selera makan anak dan memberi nutrisi terbaik serta memperbaiki imun anak.

5 Persoalan Makan Dan Anak

Mak mak sangat fobia dan risau bila anak dapat no tercorot dalam kelas
Walaupun terkadang beza 2 markah pun boleh membezakan kedudukan dalam kelas

Jiwa dan hati anak akan stress bila tengok kawan didepan 1 no di depannya.
Lagi sakit bila cikgu maklumkan terpisah dengan kawan kena tukar tempat sama ada di meja lain atau tukar kelas

Mama memang akan pukul swing salahkan anak kenapa tak belajar betul betul
Kenapa main main dalam kelas
Kenapa tak fokus apa cikgu ajar

Tapi mama lupa adakah asas punca semua itu mama dah kaunter terlebih dulu?

Cuba mama kaji pemakanan anak setiap hari
Bukankah pemakanan anak mempengaruhi minda dan fizikal anak?

-✅adakah apa yang anak makan itu cukup nutrisi yang penting dan diperlukan bagi menampung keperluan tenaga minda dan fizikal harian dia?

-✅adakah apa yang dia makan tak cukup bekalkan tenaga harian sampai ke malam

-✅adakah apa yang dia makan membantu tidur dia lebih kualiti yang menjadikan otak dia bekerja dengan baik waktu rehatnya

- ✅adakah  apa yang dia makan memberi manfaat pada setiap fungsi tubuh badan dia?

Kak Chah Cuba Bantu Berikan Penyelesaian Terbaik Untuk Dikongsikan dan diamalkan oleh ibu ibu

Anak Mula Berselera Makan

ANAK SAYA DAH START TAK NAK MAKAN!
—----------------------------

Aik, selalunya semangkuk nasi boleh habis. Kali ni nak ajak makan pun bukan main kena pujuk. Kenapa ni??

Mommies dan daddies pasti risau. Kalau tak makan, nutrisi dan tenaga tak cukup untuk anak-anak terus aktif dan membesar dengan optimum.

Sebab yang biasa ialah TUMBESARAN. Bila mereka cecah usia SETAHUN, tumbesaran mereka tak sePESAT dan sePANTAS seewaktu mereka bayi. Keperluan nutrisi pun dah sedikit berbeza. TAPI ini adalah FAKTOR NORMAL. Apa pula faktor TAK NORMAL anak TAK SELERA MAKAN?

1. Tumbesaran perlahan
2. Stress
3. Sembelit
4. Kecacingan
5. Kerap tidak sihat
6. Anemia

" Selepas saya bagi try Qaseh Junior ni anak saya terus makan dengan seleranya. Lambat suap jer saya dah kena marah. Dulu nak suapkan pun cukup susah nak buka mulut. " Puan Norizan, Kangar.

" Anak dah start makan 3 hari, So far OK juga. Ambil dari nursery terus cari makanan. " Puan Elvinna Magumpis , Kota Kinabalu.

Mommies-mommies jom bantu tambah selera anak-anak dengan Qaseh Gold Junior. Kini di dalam Pek Mini. Mudah sangat nak bawa travel. Harga pun terlajak murah.

Soalan Qaseh Gold Junior

SOALAN 1: 1 botol tahan berapa lama?

Jawapan: 1 botol isipadunya BANYAK 430ml, jika seorang anak ambil konsisten 2x sehari, maka anggaran tahan sebotol:

1-3 tahun: 3 bulan
4-6 tahun: 1 1/2 bulan
7 tahun ke atas: 1 bulan



SOALAN 2: Cara makan macam mana?

Qaseh Junior adalah jenis jus. Cara makannya sangat MUDAH. Tuang dalam sudu dan terus makan begitu sahaja, tak perlu dicampur air.

Sukatan:
1-3 tahun
1/2 sudu kecil

4-6 tahun
1 sudu kecil

6 tahun ke atas
1-2 sudu besar

Tips Pengambilan yang TERBAIK:

Ambil sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Simpan dalam peti ais utk rasa yg lebih sedap. Sejuk dan melegakan tekak serta merta.

Untuk kesan terbaik, amalkan 2x sehari dengan konsisten setiap hari.



SOALAN 3: Kalau terlebih makan bahaya tak?

Terlebih makan TAK BAHAYA, cuma akan cepat habisla. Hihi. Hati hati. Anak anda akan sangat sukakan rasanya yang sedap. Selalu tengok peti ais anda. Manala tau, nanti ada yang makan lebih dari sesudu. Hihi.

Jika anak sedang sakit, boleh kerapkan pengambilan qaseh Junior dari 2x ke 4x sehari.

Qaseh Junior adalah makanan. ia bukan ubat. Badan secara automatik akan menyerap nutrisi yang diperlukan badan anak dan singkirkan lebihan yang tak diperlukan secara semulajadi tanpa sebarang kesan negatif.



SOALAN 4: Berapa lama baru nampak kesan?

Bergantung pada badan anak. Biasanya, kesan awal boleh nampak serta merta dari segi tenaga. Kesan lain seperti anak lawas, tak sembelit boleh nampak dalam tempoh berapa jam anak sembelit atau dalam tempoh 1-3 hari. Untuk selsema, batuk, juga boleh ambil Qaseh Junior. Biasanya selsema dan batuk akan berkurang dalam tempoh 1-3 hari.

Untuk menguatkan sistem imun, ia adalah proses berterusan. Pastikan anak makan setiap hari. Biasanya kesan untuk sistem imun akan nampak bila anak mula jarang demam lepas ambil dengan konsisten selama 1-3 bulan pertama.



SOALAN 5: Boleh bagi waktu anak demam?

Ya boleh. Jarakkan 1 jam dari ubat doktor jika diambil bersama. Bagilah pada anak sebelum datang demam, waktu anak demam, dan juga selepas anak sihat dari demam.  Pastikan anak minum cukup air kosong bagi memastikan Qaseh Junior diserap dengan lebih baik.

Wassap Kak Chah ya.

Tips Anak Tidur Lena

ANAK DAN TIDUR LENA

Berikut Adalah  Tips Dan Cara Anak Tidur  Lena:

❇️Pastikan Anak Kita Cukup Tidur secukupnya mengikut  umur dia

❇️Jangan Cukup tidur je, tidur anak juga kena nyenyak ( tidur mati )

❇️ Dalam tidur yang nyenyak tu la berlakunya proses self-healing pada anak

❇️Memori pun senang terbentuk bila anak tidur nyenyak

❇️Nak anak tidur nyenyak, jangan bagi anak main gajet sebelum tidur

❇️Tidur kena mengiring ke kanan supaya anak lebih lena tidur.

❇️Pemakanan yang berkhasiat juga amat perlu untuk memberi kualitu tidur yang baik.

❇️Qaseh  Junior sedia membantu si manja tidur dengan lena.  Insyallah 🤗

Boleh dapatkan Qaseh Gold Junior dengan hubungi Kak Chah 0176155038

3 Kelebihan Lain Qaseh Gold Junior

Antara 3 kelebihan lain QASEH JUNIOR antaranya

1. Rasa yang original. Tanpa gula putih.Semua rasa asli manis dari buah kurma dan madu.

2. Warna yang original. Tanpa ubahsuai warna asli dari bahan-bahan dalam ramuanya. Bebas pewarna.

3. Kurma ia asli dari pes (buah yang dihancurkan separa kasar) bukan esktrak je (perahan air jus).

Nak cuba Qaseh Junior. Jom wasaap Kak Chah ya.

Monday, 11 February 2019

Tip Bantu Tingkatkan Keyakinan Anak Umur 1 Hingga 7 Tahun

Tip bantu tingkatkan keyakinan diri
 anak seawal 1-7tahun

 1. Anak di usia begini otak mereka sedang berkembang dari lapisan bawah dan tengah. Lapisan bawah otak anak berfungsi untuk meningkatkan rasa selamat, otak tengah membina emosi dan kesihatan.

2. Seawal 1-3 tahun beri anak rasa selamat. Penuhkan setiap kesilapan dan tantrum anak dengan respon kasih sayang. Marah-marah dan pukul diusia begini akan menerapkan rasa tidak selamat.

3. Anak yang sering dimarah dan dipukul (lebih 3x sehari) dan berlarutan sehingga 7 tahun boleh 'mematikan' #otaktengah, anak #hilangkepekaanemosi, mereka akan jadi lebih #degil makin tidak dengar kata atau jadi #pendiam (bukan pemalu)

4. Banyakkan aktiviti baru bersama dengan anak-anak. Berikan peluang berkali-kali untuk melakukan sesuatu aktiviti. Anak-anak Mungkin membuat kesalahan beberapa kali. proses bina keyakinan Bukanlah pada hasil aktiviti tersebut tetapi berapa banyak peluang yang kita beri kepada anak-anak kita sehingga mereka berjaya melakukan sesuatu aktiviti dengan sendiri.

5. Anak seusia 5 tahun yang belajar butang baju sendiri mungkin beberapa kali membuat kesalahan. Elakkan beri bantuan segera. Tindakan itu hanya akan menumpulkan sifat yakin dirinya.

6. Ramai ibu bapa menganggap bersifat tegas dapat memupuk sikap independent pada anak. Anak diusia ini memerlukan orang dewasa untuk sentiasa membimbing dan menjadi pemerhati.

7. Pupuk rasa independent dengan kata-kata motivasi, semangat dan sokongan yang positif . Ia lebih berkesan daripada bersifat tegas dan marah -marah. Elakkan membandingkan anak kita dengan adik beradik atau kawan sekeliling. fokus beri perhatian kepada anak di hadapan kita itu lebih membantu memupuk sifat yakin diri anak.

Amalkan Qaseh Gold Junior  untuk membantu perkembangan tubuh dan minda anak dengan amalkan secara konsisten.

Anak Sembelit Semestinya Ibu Resah

Resah seorang ibu

Haiii... anak susah buang air besar pun nak susah hati jugak ke?

Yalah.. itulah sebenarnya jiwa seorang ibu. Tengok anak menangis-nangis sebab tak berjaya 'membuang' memang meruntun hati kita kan.

Isu sembelit di kalangan anak-anak kadangkala nampak remeh. Tapi sebenarnya anak-anak kita menanggung kesakitan dan ketidakselesaan yang mungkin membahayakan andai dibiarkan berpanjangan.

Mommies yang ada masalah anak-anak sembelit sebenarnya boleh berikhtiar dengan #QasehGoldJunior.

Qaseh Gold Junior mengandungi serat tak larut daripada kurma asli yang boleh membantu melawaskan pembuangan insya Allah. Alhamdulillah ramai ibu jadi gembira sebab anak-anak dah dapat 'membuang' dengan lega.

Berminat mendapatkan Qaseh Gold Junior? Boleh hubungi saya 0176155038

Anak Sembelit Pulih Dengan Qaseh Gold Junior

Sara sampai bila nak tengok anak ko asik melalak – lalak je bila nak membuang tu, haa ?
.
.
Lana : Kesian aq tengok anak ko nie...
.
Sara : ko tengok kesian. Aq mak dia lagi la rasa jiwa kacau sangat, tak leh nak pikir apa dah.Punya la kronik tahap kerisauan aku kan. Luar je nampak cool sebenarnya.hahaha. Baru Allah bagi ujian sikit, tak boleh imagine anak orang lain yang ada sakit kronik tu ye. Semoga Allah beri mereka ketabahan dan kekuatan hendaknya.
.
Lana : cam mana nak ko sekarang ?
.
Sara : Ntah la lana. Biasanya dia dalam sehari dia akan 3, 4 kali Poo. Nie dah masuk 4 hari still tak poo poo lagi. Darah tinggi aq di buatnya.
.
Lana : So anak ko tu..ko buat cam mana ? bukan apa risau melarat je.
.
Saraa : Tu la lana... dah mcm2 cara dah buat . Mula kena tu aku minta en suami belikan ubat sembelit, dua kali juga guna ubat pancut masuk dalam lubang dubur. Bila Afia berak rasa lega la sekejap, pastu setiap masa doa moga esok dia berak, malangnya tidak. Macam kita tau yang ubat tu tak bagus, beri kesan pada usus dalam jangka masa panjang. Aku tak nak la biasakan Afia dengan ubat.
.
Sara : Pun begitu sampai bila nak bergantung dengan ubat kan. Selagi tak cari cara atasi, sampai bila pun masalah tak selesai. Pulun la suruh en suami beli betik segala jenis buah langsung tak berkesan. Nak kata anak aq tu Afia makan pelik, air pun sekadar air kosong je, susu badan takkan sembelit kot. Dok pening lalat dah nih...
.
Lana : Erm...aq tumpang sedih jgk sara..semoga anak ko cepat sembuh...
.
.
P/s : Sedih baca perbualan tentang anak wara tu. Ending nya terpaksa bagi ubat gok kat anak untuk hilangkan sembelit tu.
.
Tak kan setiap kali sembelit bg ubat je kan. Nie dia nak bagi tahu FORMULA RAHSIA tu anak sembelit yg berkesan seawal satu minggu. Nak tahu meh wasap sini.
0176155038

Sunday, 10 February 2019

Qaseh Junior Bantu Kuat Sistem Imunisasi

Siapa kat sini best friend dengan doktor? Bunyi macam best kan. Best Friend dengan doktor tu.

Ayat tu sebenarnya makan dalam tu. Sebenar kita bawak anak jumpa doktor selalu, sampai doktor pun sudah kenal Kita.

Setiap bulan bawak anak jumpa doktor.
Allahuakbar!, Nyeri juga bunyinya

Asyik dengan ubat sahaja. Macam macam sakitnya.

Sabar ye ibu-ibu, Cuba bagi #Qasehjunior.

Rasa manis manis kurma madun, Inshallah2sudu 2 kali sehari bantu kuatkan sistem imun anak2 kita.

Sama-sama kita doakan semoga semua anak-anak kita sihat walafiat dan sentiasa dalam perlindungan-Nya


Friday, 8 February 2019

3 Kelebihan Anak Sarapan Pagi

Tanpa sarapan pagi, anak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian di sekolah, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.

Jom baca kepentingan kanak-kanak bersarapan.

1. Kesihatan anak makin cergas
Sarapan membuatkan tubuh kanak-kanak lebih cergas dan daya ketahanan lebih tinggi. 

2. Anak lebih bijak
Kajian mendapati kanak-kanak yang bersarapan pagi mempunyai tahap fokus yang lebih tinggi. Cenderung mendapat markah lebih tinggi dalam kelas, dapat membaca lebih lancar, cekap menjawab soalan matematik dan kurang tertekan

Sarapan dapat menambah kecerdasan otak, ingatan dan meningkatkan tumpuan serta keboleh an dalam menyelesaikan masalah.

3. Berat badan lebih ideal
Anak akan mendapat berat badan ideal dan mereka juga kurang mendapat penyakit dan kecederaan. Sarapan pagi yang berkhasiat membuatkan mereka kurang mengambil makanan secara berlebihan apabila tiba waktu makan seterusnya. 

Suka Kak Chah petik kata kata dari Dr Barakatun menjelaskan makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan vitamin & mineral adalah yang terbaik buat kanak-kanak sekolah rendah iaitu anak berusia 6 hingga 12 tahun.

Jom #SHARE

Kesan Paracetamol atau Panadol

Anda ada masa untuk sakit kepala. Itulah tagline yang menjadi viral sekarang.

Paracetamol atau panadol adalah ubat demam dan ubat tahan sakit. Jika anak anak kecil demam, terus di berikan ubat demam ini.

Sebenarnya terdapat juga kesan sampingan jika menggunakan paracetamol atau panadol ini secara berpanjangan atau melebihi dosnya.

Antara kesan umum adalah risiko pendarahan yang semakin banyak, lebam atau tanda-tanda jangkitan seperti demam dan sakit tekak.

Jika di ambil secara berlebihan dan berterusan dari yang disyorkan boleh menyebabkan penyakit pada hati. Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda mendapati tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau.

Alahan juga boleh berlaku dalam pengambilan paracetamol, walau bagaimanapun jika berlaku seperti simptom gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas.

Cepat cepat rujuk Doktor ya.

Sumber: Portal My Health

Jika ada ibu bapa hebat, hendak elakkan ubat ubat seperti ini. Boleh cuba Qaseh Gold Junior untuk kuatkan sistem imum dan elak selalu makan ubat demam.

Monday, 4 February 2019

5 Khasiat Delima Untuk Anak Anda

Putih melati, merah merah delima. Siapa yang baik hati. Akan aku terima. Ewahh ewaahh nyanyi pulak!

Nak cerita pasal ni, pasal buah Delima? Delima ni baaanyak sangat khasiat dia tau. Ni Kak Chah share 5 je antara khasiat Delima untuk anak?

1. Buah Delima tinggi antioksidan - Boleh kuatkan antibodi, rendahnya antibodi penyebab tonsil, asma dan bronkitis.

2. Sumber nutrisi sebiji Delima memiliki sekitar 40% Vitamin C - Sehari amal sebiji delima, inshaa Allah anak anak jarang demam, batuk dan selsema.

3. Delima mampu meningkatkan kecerdasan otak

4. Untuk penerang hati - Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.

5. Ubat cacing semulajadi - Dapat menghapuskan cacing-cacing dari terus berkumpul dalam usus kecil dan besar.

Ibu hebat nak anak sihat, kena amalkan delima setiap hari ok. Tapi tapi orang kata Delima ni susah nak dapat.

Usah risau ibu ibu hebat, ambil supplement yang ada delima. Saya amalkan Qaseh Junior je mudah, sah sah ada delima dalam tu.

Sunday, 3 February 2019

Tip Menarik Anak Cerdik: Kesan Tidak Cukup Serat Pada Anak

Tip Menarik Anak Cerdik: Kesan Tidak Cukup Serat Pada Anak: Antara cabaran besar kepada kita, para ibu adalah memastikan anak-anak memakan sayur setiap hari. Sayur ada serat. Tak cukup serat, nanti ...

Kesan Tidak Cukup Serat Pada Anak

Antara cabaran besar kepada kita, para ibu adalah memastikan anak-anak memakan sayur setiap hari. Sayur ada serat. Tak cukup serat, nanti masalah sembelit bertambah berat tau.

Jom kita baca apa kesan jika tidak cukup serat pada anak

1. Buang air besar tidak lancar
Tujuan Serat merangsang gerakan usus, sehingga sisa-sisa makanan yang telah dicerna akan cepat dikeluarkan oleh tubuh. Selain itu, serat juga berupaya menyerap air untuk sisa makanan lebih mudah dikeluarkan oleh tubuh. 

2. Sering merasa lapar
Serat juga mempunyai fungsi seperti membuatkan perut rasa sentiasa kenyang dan kenyang lebih lama. 

3. Berat badan terus naik
Kenapa badan mudah naik, di sebabkan oleh kurang memakan serat. Serat akan membuatkan badan kenyangan lebih lama akan tetapi dengan kurang pengambilan serat, akan menyebabkan badan sentiasa lapar. Asyik hendak makan, memang akan menyebabkan badan terus melonjak naik.

4. Kadar gula darah melonjak.
Makanan berserat juga  untuk membuat gula darah tetap normal. Biasanya, makanan yang mengandung serat tinggi tidak memiliki kandungan indek glisemik yang tinggi, sehingga boleh untuk diamalkan oleh penderita diabetes.

Oleh itu, apabila memakan makanan yang bergula, kadar gula darah terus melonjak naik.

5. Infeksi saluran cerna
Kurang serat akan terjadi gangguan pada pencernaan perut. Contohnya anak kita akan mengalami iritasi usus, radang usus besar, radang usus dan rektum.

Sumber: hellosehat.com

Sebab itu Kak Chah sarankan formulasi Qaseh Gold Junior keluaran Ana Edar. Qaseh Gold Junior menggunakan kurma asli kisar yang boleh membekalkan serat untuk membantu melancarkan pembuangan air besar insya Allah.

Anak-anak taklah terseksa apabila nak membuang. Mereka ceria, tentulah kita pun gembira kan.

Sumber: hellosehat.com

Saturday, 2 February 2019

Jaga Diri Dengan Qaseh Gold Adinda

Menjaga dan mendidik anak sememangnya perlukan komitmen yang sangat tinggi pada ibu bapa. Kedua duanya saling memerlukan untuk membangunkan sebuah institusi keluargaan. 

Ibu ibu hebat khususnya perlu sentiasa sihat, cergas kerana dunia akhir hari ini sungguh mencabar. Wanita banyak juga menggalas tanggungjawab, kerja, keluarga dan diri sendiri.

Jika diri sendiri tidak terjaga, mana mungkin hendak menjaga orang lain bak kata pepatah.

Mari kita jaga diri dahulu. Eh, jom kita jaga diri dengan Qaseh Adinda. Disini kak chah kongsikan khasiat yang ada dalam Qaseh Gold Adinda secara ringkas.

Ramuan semula jadi yang terdiri daripada makanan 'superfood' dan herba terpilih ini telah dirumuskan khas dalam produk hebat ini bagi membantu meningkatkan kualiti kesihatan dalaman wanita ke tahap lebih baik.

Antara bahan semula jadi yang ada dalam Qaseh Adinda ini ialah :-

🔹 Kurma
🔸 Madu
🔹 Manjakani
🔸 Pegaga
🔹 Passiflora
🔸 Minyak Zaitun
🔹 Gam Arab
🔹 Minyak Habbatus Sauda
🔸 Sireh
🔹 Za'faran
🔸 Gingko Biloba

Setiap bahan yang digunakan dalam formulasi produk ini telah dipastikan mempunyai khasiat yang mampu merawat dan mengurangkan pelbagai jenis masalah yang sering dihidapi oleh golongan wanita.

Anda pasti rasa kelainan jika mengamalkannya.


Thursday, 31 January 2019

Qaseh Gold Untuk Keluarga Bahagia

Kak Chah suka sangat dengan ayat ringkas yang di tulis oleh Dr Taufiq. Ringkas tapi padat
" JAGA EMOSI KITA DULU, BARU EMOSI ANAK TERJAGA"

Kita itu bermaksud ibu bapa, kita sebagai ibu bapa. Tekanan dari pelbagai sudut menjadikan kita letih, penat dan mudah jatuh sakit.

Kak Chah nak cadangkan satu produk ini. Alhamdulillah, banyak testimoni mengatakan kehidupan lebih bermakna selepas amal produk ini.

Cuba dulu, baru tahu hasilnya.

Meh, Kak Chah terangkan serba sedikit tentang QASEH GOLD

QASEH GOLD merupakan minuman kesihatan yang berasaskan ramuan yg diiktiraf sebagai makanan sunnah seperti kurma madu, habbatus sauda, buah tin, zaitun, delima dan air zam zam. 

Diperkaya dengan kehebatan gam arab sebagai prebiotik semulajadi & herba tradisi seperti za'faran, ginko & sirih. Selain tu juga terdapat herba khusus seperti tribulus, guarana, & ashwaganda untuk lelaki (kekanda) serta passiflora, pegaga dan manjakani untuk wanita (adinda) juga badam dan bayam untuk anak hebat (junior)

Inilah kebaikkannya
✅memberi tenaga tambahan
✅meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
✅melawan penyakit
✅menyegarkan badan dan mengurangkan rasa mengantuk
✅menghilangkan rasa lesu badan
✅mengatur tekanan darah dan melancarkan pengaliran
✅membantu memberi ketahanan badan dr penyakit kardiovaskular dan kanser
✅melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migrain
✅menghalang makan secara berlebihan dengan mengurangi rasa lapar serta selera makan
✅mengandungi anti oksida sebagai perisai radikal bebas

In sya Allah dapat membantu mengatasi masalah berikut:
✅keletihan
✅batuk/sakit tekak
✅selsema
✅asma
✅gastrik
✅gout
✅migrain
✅buasir
✅resdung
✅sembelit
✅tekanan darah tinggi
✅haid yg x teratur
✅keputihan
✅kurang keinginan seksual
✅anemia
✅kebas2 ringan
✅susah tido
✅sakit sendi
✅sakit tumit
✅stress

Jom cuba, Kak Chah dah cuba. Sahabat bila lagi.



Wednesday, 30 January 2019

Popia Goreng Semudah ABC

Ya Allah mudah sangat buat popia, orang kata semudah ABC. Memang betul la.

1. Taugeh buang akar dan parut carrot

2. Adunkan semua taugeh dan carrot dan masukkan garam sedikit. Gaul dan boleh start balut.

3. Goreng dan siap 

French fries Homemade Tanpa Bahan Perasa

Cara caranya
1. Potong kentang, panjang panjang
2. Rebus dalam 10 minit, usah lama takut hancur
3. Goreng
Memang selamat dimakan




Tuesday, 29 January 2019

Popia Milo 15 Minit Untuk Anak

Kenapa 15 minit?.

Sebab buatnya senang. Koyak kulit popia, goreng dan letak milo & susu tepung.

Alahai senang nye kudap kudap petang ni.

1. Carikkan ikut style masing masing

2. Goreng dan toskan minyak

3. Letak milo dan susu tepung

4. Gongcangkan dan siap!



Monday, 28 January 2019

Dosa Paling Besar

Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” 

Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Baginda menjelaskan : 

1. SYIRIK kepada Allah

2. DERHAKA kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan 

3. SUMPAH yang palsu

(Sahih Imam al-Bukhari)



Saturday, 26 January 2019

Thursday, 24 January 2019

Doa Anak Sedang Hadapi Peperiksaan

Jom kita amal, semoga kita menjadi tenang. Klik disini Doa Ibu Bapa Kepada Anak Sedang Hadapi Peperiksaan



11 Tip Agar Rezeki Mengalir Deras

Kekadang ibu ibu hebat pernah dengarkan rungutan anak tentang sesuatu yang mereka inginkan tetapi tidak dapat.

Merungutan ini menunjukkan mereka kecewa kerana tidak dapat mencapainya.

Kita ibu bapa terangkan pada anak yang Allah inginkan kita untuk berusaha lebih lagi, selalu bersangka baik dan bersabar.

Jom kita baca 11 tip agar rezeki anak anak mengalir deras, klik ini ya 11 Tip Agar Rezeki Mengalir Deras.


7 Penyakit Bawaan Udara

AWAS PENYAKIT BAWAAN UDARA!

Bila anak-anak terdedah kepada persekitaran luar atau di tempat tertutup seperti pusat jagaan dan sekolah, mereka mungkin berisiko dijangkit penyakit-penyakit ini.

Bekalkan mereka dengan Qaseh Gold Junior untuk membantu meningkatkan sistem imun. Hanya 2 kali sehari untuk anak lebih sihat, cergas dan ceria!

Lindungi anak-anak dari penyakit dengan Qaseh Gold Junior! Lihat video ini.


Kesan Gula Berlebihan Kepada Tubuh

Gula pada anak anak, usah perlekehkan. Ramai anak kecil sudah ada pelbagai penyakit akibat gula.

Jom baca info lanjut tentang gula, klik disini Kesan Gula Berlebihan Kepada Tubuh


5 Khasiat Peria Untuk Kesihatan

Rata rata anak anak kita memang tidak suka peria. 

Kenapa ya?

Sebab rasanya yang memang pahit. Sebenarnya peria ini banyak khasiatnya. Hendak tahu lebih lanjut, boleh klik disini 5 Khasiat Peria Untuk Kesihatan



5 Rahsia Ringkas Hati Tenang

Jika ada anak yang sentiasa sering gelisah. Boleh cuba check 5 rahsia ringkas hati tenang. Klik disini untuk bacaan lanjut 5 Rahsia Ringkas hati Tenang









3 Rahsia Surah Al - Waqiah

Last ayat surah waqiah dah, tak saborr nak suruh ambik dia. Zzaappppp, remukk terkoyak. Wafiq sayang! Ehhh, mak mak hebat amal surah ni ya.

Klik untuk baca selanjutnya 3 Rahsia Surah Al - Waqiah



Sunday, 20 January 2019

Ringkasan Asal Usul Kismis

Kismis berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. 

Akibat proses penyahidratan tersebut saiz kismis menjadi lebih kecil dari saiz anggur yang sebenar.

Walaupun kering, kismis dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain buah prun dan aprikot. 

Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Sangat hebat Kismis ya.

Sumber: Qaseh Junior HQ

Friday, 18 January 2019

Kepentingan Sarapan Pagi Untuk Anak

Kita semua tahu pengambilan sarapan di waktu pagi itu amat penting dalam rutin harian.Pengambilan sarapan sebenarnya membantu meningkatkan tahap fokus, memori serta kebolehan mental yang lain.
 .
Bersarapan pagi adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan supaya metabolisme anda terjaga. Metabolisme adalah kemampuan badan untuk mengubah makanan kepada tenaga, dan ia berlaku sepanjang hari. Semakin kerap anda mengamalkan pemakanan sihat di waktu pagi, semakin mudah badan anda mengikut rutin ini.
.
Jadi adalah penting untuk kita sediakan sarapan pagi terutamanya kepada anak-anak yang perlu tenga serta fokus untuk permulaan hari di sekolah.


Thursday, 17 January 2019

Tahap Demam Bayi Serius Atau Tidak

Bagaimana saya mahu tahu demam bayi saya dalam kategori serius?

Dalam situasi ini, sebenarnya kelakuan bayi anda lebih perlu diambil perhatian berbanding suhu badannya.
.
Jika bayi mempunyai demam pada 38.9 darjah Celsius, TIDAK PERLU RISAU jika:

~menyusu dengan baik
~bertindak balas
~mudah ditenangkan

TETAPI...

...jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, anda PERLU RISAU JIKA:

~asyik menangis
~lemah
~tidak aktif
.
HUBUNGI doktor pakar pediatrik (pakar kanak-kanak) JIKA:

~bayi anda berkelakuan aneh;
~tiba-tiba bayi menangis lebih daripada biasa
~bayi tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
~bayi keletihan amat letih dan tidak menyusu.
.
Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah 3 bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Tindakan yang disarankan di atas amat penting kerana bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh.

Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.
.