Thursday, 17 January 2019

Tahap Demam Bayi Serius Atau Tidak

Bagaimana saya mahu tahu demam bayi saya dalam kategori serius?

Dalam situasi ini, sebenarnya kelakuan bayi anda lebih perlu diambil perhatian berbanding suhu badannya.
.
Jika bayi mempunyai demam pada 38.9 darjah Celsius, TIDAK PERLU RISAU jika:

~menyusu dengan baik
~bertindak balas
~mudah ditenangkan

TETAPI...

...jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, anda PERLU RISAU JIKA:

~asyik menangis
~lemah
~tidak aktif
.
HUBUNGI doktor pakar pediatrik (pakar kanak-kanak) JIKA:

~bayi anda berkelakuan aneh;
~tiba-tiba bayi menangis lebih daripada biasa
~bayi tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
~bayi keletihan amat letih dan tidak menyusu.
.
Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah 3 bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Tindakan yang disarankan di atas amat penting kerana bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh.

Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.
.

No comments:

Post a Comment