Wednesday, 29 November 2017

Pupuk Bakat Anak Anda Dari Kecil

Asalnya Kak Chah nak google tentang prestasi dan anak anak sebagai rujukan untuk anak anak Kak Chah. Kak Chah tertarik dengan topik yang di bawa oleh Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad tentang bakat perlu dipupuk diawal usia.

Mentaliti sekarang, anak anak perlu hebat dalam pelajaran. Isu contohnya ibu bapa terlalu utamakan kejayaan akademik.  Malah ada yang obses semua ‘A’. Hakikatnya tidak semua anak anak akan berjaya dalam bidang akademik, ada juga yang tercicir. 

Setengah ibu bapa tidak sedar bahawa bakat membolehkan anak mencari rezeki dan tidak menganggur. Mungkin ibu bapa dimogokkan dengan persepsi lama, hendak gaji besar kena kerja makan gaji.

Antara isu yang diketengahkan oleh Dr. Tengku Asmadi juga adalah seperti berikut:
  • Bakat juga boleh menjadi pendapatan sampingan.
  • Apabila bakat lambat dipupuk, anak rugi dan negara juga rugi.

Antara contoh bakat yang boleh membawa pendapatan adalah melukis (komik), bertukang, mengurut, mengandam, bersolek, fotografi, menggubah, bersukan, dan sebagainya.
  • Setiap anak itu unik.
  • Setiap anak Allah telah tentukan rezekinya.
  • Bukan pelajaran sahaja yang penting.
  • Setiap tingkahlaku ada positifnya.
  • Bakat dan minat itu berbeza.  Anak mungkin minat (pengaruh) tapi dia tidak berbakat.
  • Mengenali bakat diperingkat awal membolehkan kita memupuk dan mengembangkannya.


Punca sebenarnya adalah mindset kita sebagai ibu bapa. Betulkan mindset Inshaa Allah segalanya akan baik sahaja. Antara contohnya adalah:-


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Dato' Aliff Syukri dan Surat Dari Pengetua Sekolah

Sumber: Qaseh Gold Junior
Gambar: Qaseh Gold Junior

Subhanallah, Kak Chah terkesan dengan surat yang di hantar oleh pengetua sekolah belum peperiksaan. Memang realiti ibubapa teruja dengan bilangan "A" UPSR hingga terlupa perjalanan anak anak kita masih jauh lagi.

Jangan disangka anak anak yang kelas tercorok, akhirnya lagi berjaya mendapat income yang banyak berbanding dengan pelajar yang kelas pertama. Contoh yang terdekat adalah Dato' Aliff Syukri, pengasas dherbs terlajak laris.

Berdasarkan Ig yang Kak Chah selalu follow. Dato' Aliff Syukri adalah orang sederhana, macam kita kita sahaja, tetapi macam mana beliau boleh hebat dalam kehidupannya itu. Satu sahaja yang Kak Chah perhatikan adalah sikap yang nekad. Nekad dalam melakukan apa sahaja, tidak kisah apa yang nak kata.

Jom kita baca surat yang disampaikan oleh seorang pengetua sekolah di Singapura kepada ibu bapa sebelum peperiksaan.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
https://www.wasap.my/60176155038/aisyahhamidblog

Saturday, 25 November 2017

5 Aktiviti Bina Keyakinan Anak Anak

Sumber: Qaseh Gold Junior HQ
Gambar: Qaseh Gold Junior HQ

1. Mempunyai kawan baik

Dengan pergaulan rakan sebaya dapat menjadikan anak lebih terbuka untuk berkomunikasi. Selain menimbulkan perasaan sayang & ambil berat terhadap orang sekeliling.

2. Jadual tugas harian

Dengan penanda aras yang anak perlu ikut, ia akan menjadikan anak berdikari & menepati masa. Tdak perlu jadual yang padat, cukup sekadar tugasan harian & tidak membebankan anak.

3. Biar mereka buat pilihan

Apabila anak tahu apa yang mereka inginkan, bermaksud anak jelas tentang sesuatu kemahuan. Biar mereka buat keputusan disamping kita perlu beritahu tentang kesan baik atau buruk sesuatu tindakan,

4. Galakkan membuat kerja rumah

Mulakan dengan skala kecil, seperti susun kasut dirak tersedia atau lipat pakaian sendiri. Seterusnya beralih kepada siram pokok bunga mama atau basuh kereta papa. 

5. Beri pujian kepada anak

Dalam setiap apa yang dilakukan oleh anak kata-kata pujian seperti "syabas", "tahniah" atau "bijak" adalah dapat meningkatkan keyakinan si anak. Ia akan menjadi galakkan untuk anak lebih melakukan yang terbaik.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
https://www.wasap.my/60176155038/aisyahhamidblog

Kisah Semut Dari Ustaz Amin



Sekadar Berkongsi tentang Kisah Semut dari Ustaz Amin.

P/S: Klau ada semut gigit kita, kita ambil letak tempat selamat ke atau kasi mati terus..huhu..yang pilihan korang. Ingat! semut adalah satu masyarakat yang bertasbih.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
https://www.wasap.my/60176155038/aisyahhamidblog

Friday, 24 November 2017

8 Kebaikan Delima Untuk Kanak Kanak

Jom kita baca 8 kebaikan delima untuk kanak kanak.




1. Mengurangkan demam




2. Kuatkan sistem imunisasi



3. Melagakan imflamasi



4. Anti Kanser


5. Melegakan masalah penghadaman




6. Mengurangkan risiko enemia




7. Melegakan sakit otot



8. Melindungi hati


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Wednesday, 22 November 2017

Masalah Bantut Dikalangan Kanak Kanak

Sumber: Malaysia Kini dan wikipedia
Gambar: Google Image

Semalam Kak Chah ada terbaca artikel tentang masalah obes dan kurang berat badan dikalangan kanak kanak. Rupanya masalah kurang berat badan juga kritikal isu di malaysia.

Ini kata wakil UNICEF Malaysia Marianne Clark-Hattingh. "Malaysia sebuah daripada negara di Asia Tenggara yang menghadapi kedua-dua masalah pemakanan iaitu masalah berat badan berlebihan dan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak".

Masalah bantut dikalangan kanak kanak masih ada. Masalah bantut (stunting) dan susut berat badan (wasting) dalam kalangan kanak-kanak negara ini masih wujud.

Memetik statistik terkini daripada Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS 2015), Clark-Hattingh berkata lapan peratus (8%) kanak-kanak dalam kumpulan yang sama menderita masalah kekurangan nutrisi yang teruk.

Malnutrisi boleh berlaku dan maksud malnutrisi adalah kekurangan makanan seimbang pada individu. Contohnya:-
  • Kekurangan sumber seperti protein yang diperlukan untuk membina badan dan otot yang sihat.
  • Kekurangan karbohidrat untuk tenaga yang diperlukan oleh badan. 
  • Kekurangan zat besi pula diperlukan untuk membolehkan sel darah berfungsi dengan sempurna.
Antara simptom yang boleh menunjukkan berlakunya malnutrisi adalah seperti kanak yang sangat kurus. Namun malnutrisi juga boleh berlaku kepada anak-anak terlebih berat badan.

Kesan daripada malnutrisi akan melambatkan tumbesaran kanak-kanak, menyebabkan mereka lebih mudah sakit dan memberi kesan pada kebolehan kognitif, lalu menghalang mereka mencapai potensi sebenar dalam kehidupan mereka.




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

7 Langkah Kurangkan Gula Di Kalangan Kanak Kanak

Sumber: Myhealth Portal,KKM
Gambar: Google image

7 Langkah bijak mengurangkan gula di kalangan kanak kanak. Memang mencabar untuk ibu ibu diluar sana untuk kurangkan gula kepada anak anak mereka.

Kunci utama bagi Kak Chah adalah disiplin dan konsisten. Inshaa Allah berjaya. Baca seperti dibawah:-

1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.

6. Ibu bapa di galakkan membaca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan sebelum berikan pada anak anak.

7. Selain itu, pilihlah produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.

Inshaa Allah, anak anak akan bebas dari obes dan penyakit diabetis.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday, 20 November 2017

Gula Tersembunyi Dalam Makanan Anda



Statistik obesiti dikalangan anak anak, semakin meningkat hari ke hari. 

Menurut kajian yang dijalankan Persatuan Pemakanan Malaysia, hampir 30 peratus (28.4 peratus) kanak-kanak dan remaja, berusia enam hingga 17 tahun, mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti - Malaysia kini.

Kajian yang melibatkan 8,705 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara itu, turut menunjukkan lebih ramai pelajar lelaki (32.9 peratus) mempunyai berat badan berlebihan berbanding pelajar perempuan (24.7 peratus) - Malaysia kini.

Peratusan di atas memang menakutkan, seiring itu Kak Chah ingin kongsikan gula yang tersembunyi dalam makanan harian kita.






Kekadang kita tidak sedar bahawa makanan tersebut tinggi gula. Nak tahu kesan apabila mengambilan gula berlebihan, boleh klik sini.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Sunday, 19 November 2017

Qaseh Gold Membantu Bukan Penyembuh

Alhamdulillah, Kak Chah terkesan dengan kata kata founder Qaseh Gold pada 2 minggu lepas, semasa Kak Chah menghadiri bengkel rebranding Qaseh Gold Junior dengan kolabrosi antara Omar dan Hana.

Kata kata Puan Hasniza Hassan mengenai Qaseh Gold adalah produk ini membantu bukan menyembuhkan sesuatu penyakit, dengan izin Allah. Contoh ringkas tentang membantu seperti ini.

Pesakit mempunyai kanser, sekurang kurang boleh membantu memberikan kualiti yang baik kepada pesakit kanser. Kualiti yang baik dari segi:-
  • Membantu pesakit kanser senang tidur
  • Membantu menyenang untuk pembuangan air besar
  • Melengkapkan nutrisi nutrisi yang kurang pada pesakit kanser

Alhamdulillah, Kak Chah menjiwai kata kata itu. 


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Saturday, 18 November 2017

Tip Penjagaan Perut Anak Anak Anda

Hari ini Kak Chah nak post tentang tip penjagaan perut anak anak anda. Lihat pada gambar ya.










Jom kita sama sama jaga perut anak kita ya.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Thursday, 16 November 2017

8 Cara Anak Menjadi Pintar Dan Cerdik

Sumber dan photo ini Kak Chah ambil dari Qaseh Gold HQ. Terdapat 8 cara untuk mendidik anak menjadi pintar dan cerdik. Jom baca, jom dapat manfaat.

1. Biarkan anak berdikari
Sebagai contoh biarkan anak membeli makanan nya sendiri dan perhatikan dari jauh. Atau ajar mereka lipat baju sendiri.

2. Elakkan bergaduh di hadapan anak
Ini penting. Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan memberikan kesan psikologi yang cukup hebat.

3. Fahami kehendak anak
Jangan guna kaedah yang sama untuk semua anak. Perlu faham bahawa setiap dari mereka adalah berbeza.

4. Amalan Membaca
Setiap kali mempunyai masa terluang, beri anak-anak buku untuk mereka baca atau kongsi info terkini dengan mereka.

5. Mengenal Alam
Menghabiskan waktu terluang dirumah juga mampu meningkatkan fungsi otak anak. Disekitar rumah kenalkan anak dengan tumbuh-tumbuhan atau bermain bola dengan ahli keluarga lain

6. Mengawal TV dan Gadget
Bukan mudah untuk berhadapan situasi ini. Hakikatnya dalam era kini, wajar untuk kita pantau penggunaannya bagi anak-anak.

7. Pemakanan
Sajikan mereka denga menu yang sihat. Kawal "junk food" anak dan beri hanya sesekali.

8. Tunjuk Kasih Sayang
Percayalah ini adalah yang anak-anak mahu. Selain perhatian, menzahirkan rasa sayang pada mereka juga memberi kesan positif. Peluk & ucap kata sayang setiap hari.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday, 13 November 2017

3 Tip Untuk Kuatkan Tulang Dan Gigi Anak Anak

Antara tip pantas bagaimana hendak kuatkan tulang dan gigi anak anak anda adalah seperti berikut:-

1. Berikan makanan berkalsium tinggi seperti susu, bayam, bawang putih dan kekacang.

2. Berikan vitamin D yang akan membantu penyerapan kalsium. Sumber vitamin D adalah cahaya matahari (jam 11-1 petang), supplement dan ikan salmon.

3. Galakkan anak melakukan aktiviti fizikal. Tekanan yang berlaku pada tulang akan membuatkan tulang anak-anak menjadi lebih kuat dan mampat.

Dalam Qaseh Gold Junior ada vitamin D tau, contohnya dalam buah Tiin, Gam Arab, Kurma dan badam. Anak anak yang ada alergik susu, boleh cuba Jus kanak kanak Qaseh Gold Junior ni. Inshaa Allah, tulang dan gigi anak anda lagi kuat.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Tip Pantas Elak Eczema Pada Anak Anak

Tip pantas tentang eczema pada anak anak. Disini Kak Chah rumuskan tip yang paling pantas elak eczama pada anak anak.

Tipnya adalah seperti berikut:-

1. Jaga pemakanan untuk ibu yang menyusu anak
2. Amalkan mandian berasaskan organik untuk anak anak, elakkan bahan sintetik.
3. Elakkan membela binatang berbulu seperti kucing
4. Elakkan terdedah pada habuk atau debu
5. Konsisten berikan Qaseh Gold Junior kerana ianya bercirikan anti radang contohnya habbatus' sauda.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Friday, 10 November 2017

4 Tujuan Ringkas Kepentingan Imunisasi Kepada Anak Anak

Post kali ini, Kak Chah hendak bercerita  tentang 4 tujuan ringkas kepentingan imunisasi sistem kepada anak anak anda.

Sistem imun adalah penting untuk melawan penyakit yang menyerang anak anak kita. 4 tujuannya adalah:-

1. Menguatkan sistem pertahanan badan
2. Melawan penyakit
3. Mengelakkan penularan penyakit
4. Membina sistem kekebalan untuk melawan penyakit dalam badan anak-anak

Image may contain: outdoor

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Thursday, 9 November 2017

Omar, Hana dan Kapten Junior

Yeayy, Kak Chah sebenarnya tidak sabar hendak nantikan kemunculan Omar, Hana dan Kapten Junior. Jadinya Kak Cha upload logo dulu ya.

Hendak cerdik, bijak dan cergas macam omar dan hana. Boleh cuba Qaseh Gold Junior dengan Kak Chah sebab mengandungi pelbagai makanan sunnah dan makanan tambahan yang lain yang menggalakkan otak dan badan sihat. Antaranya ialah seperti ini.

Madu, Kurma, Tiin, Kismis, Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Gam Arab, Za'faran, Pegaga, Badam, Gingko Biloba,  Delima, Bayam dan Garam Bukit.

Qaseh Gold Junior mempunyai kelebihan yang tersendiri iaitu mengandungi pes kurma. Pes kurma sememang sengajakan dibotolkan supaya anak anak merasa kurma itu sendiri. 

Tujuan pes kurma tersebut adalah untuk menggalakkan hormon penenang dalam badan dan menjadikan mood dan stress anak anak stabil. Apabila tekanan atau stress anak anak hilang, inshaa Allah anak anak akan lebih ceria dan sihat. 

Yang pasti sihat dalaman, akan terserlah jua sihat luaran. Selain daripada itu, Qaseh Gold Junior memberikan manfaat yang lain contohnya seperti dibawah:-
  1. Menguatkan sistem imun untuk melawan penyakit
  2. Melancarkan pembuangan air besar, elak sembelit
  3. Meningkatkan kecerdasan minda
  4. Menyokong tumbesaran yang sihat
  5. Membekalkan tenaga

Omar, Hana dan Kapten Junior

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Wednesday, 8 November 2017

Testimoni Anak Sembelit Pulih

Hari ini Kak Chah nak kongsikan testimoni anak sembelit hilang dengan Qaseh Gold Junior. Ingin Kak Chah tekankan apa yang di kongsikan daripada pelanggan, betul. Sebab anak Kak Chah sendiri pun begitu juga.

Dulu dulu anak Kak Chah, kuat minum susu, satu hari 4-5 botol yang 350 ml isipadu. Bayangkan, diorang sudah tentu tentu tidak mahu makan nasi dek kenyang dengan susu. Sayur, apatah lagi, memang akan tolak terus.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Supplement Qaseh Gold Junior Hebat Untuk Kanak Kanak Sihat

Korang masih tercari cari supplement Qaseh Gold Junior untuk Kanak Kanak hebat. Dengar dengar ramai yang sukakan Qaseh Gold junior sebab rasanya yang sedap, manis manis kurma dan madu.

7 sebab anak anak Kak Chah suka Qaseh Gold Junior dan ramai ibu ibu sedang mencari supplement Qaseh Gold Junior untuk anak anak mereka menjadi makin sihat. Jom kita terjah seperti dibawah ya:-

1. Kacang Badam (Almond)

Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan Makanan sunnah kepada anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2. Kismis

Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3. Kurma

Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam ‘Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;‘Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26).

Ini menunjukkan Kurma penting dalam memberikan tenaga, hormon penenang dan hilang darah gemuruh.

4. Madu

Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. 

Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

5. Habbatus Sauda

Sabda Rasulullah s.a.w. “Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w “As Sam itu adalah mati..”

6. Buah Tiin

Makanan sunnah seterusnya dengan firman Allah “Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman..” Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).Sabda 

Rasulullah s.a.w. Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata ‘inilah buahnya’. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-se
ndi” Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

7. Minyak Zaitun

Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. “gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati’ Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah”


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Tuesday, 7 November 2017

Qaseh Gold Junior Supplement Kanak Kanak

Suka Kak Chah nak offer dropship untuk surirumah atau wanita berkerjaya yang memerlukan kerja part time. Inshaa Allah, dengan Qaseh Gold Junior Supplement Kanak Kanak boleh bantu korang.

+ Bakal keluar di ASTRO CERIA DISEMBER dengan PROGRAM OMAR DAN HANA, OH MY ENGLISH
+ Dengan 16 JUTA PENONTON.
+ Di botolkan juga akan ada GAMBAR OMAR DAN HANA.
+ Untung runcit yang lumayan LEBIH RM5.
+ Berpeluang jadi AGENT dengan hanya 2 BOTOL MINIMA.





Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

5 Aktiviti Mudah Untuk Fokuskan Anak Anak

Ramai rata rata ibu bapa yang tidak tahu cara mudah untuk fokuskan anak anak termasuk juga Kak Chah. Disini Kak Chah ingin kongsikan 5 aktiviti mudah untuk fokuskan anak anak anda.

Info ini Kak Chah ambil dari Siraplimau.com. Jom kita baca 5 aktiviti mudah untuk fokuskan anak anak anda. Inshaa Allah, boleh tolong korang applikasikan untuk anak anak anda kan.

1. ‘Q & A BALL’

Q & A merujuk kepada ‘Question & Answer’. Bermain sambil bersoal jawab dengan anak membantu atasi masalah anak kurang fokus.

Contoh permainan bola, aktiviti membaling dan menangkap bola sambil bersoal jawab dengan anak. Apabila membaling bola ke arah anak, tanyakan soalan kepada anak. Anak pula perlu menangkap bola sambil menjawab soalan tersebut.

Aktiviti ini juga dapat melatih anak untuk fokus ketika ingin menangkap bola, mengasah mereke untuk mendengar soalan yang diajukan sebelum memberi jawapan.

2. ‘TOUCH YOUR BODY’

Ibu bapa akan memberi arahan kepada anak untuk memegang anggota badan. Anak perlu fokus untuk mendengar arahan daripada ibu bapa dan seterusnya mengikut arahan tersebut.

Inshaa Allah, dengan tahap fokus yang baik, anak pasti dapat menyentuh anggota badan tersebut dengan tepat dan cepat.

3. TIRU SUSUNAN KAD BERGAMBAR (FLASH CARD)

Contoh mainan flash card. Sediakan dua set kad permainan bergambar atau flash card yang sama.

Satu set gambar disusun dan ditunjukkan kepada anak. Minta anak untuk mengingati susunan gambar-gambar tersebut. Kemudian, tutup gambar tersebut dan minta anak menyusun semula gambar tadi dengan menggunakan satu set gambar lagi sepertimana yang dilihatnya.

Permainan ini bukan sahaja dapat melatih anak untuk lebih fokus, malah dapat melatih dan meningkatkan lagi keupayaan memori anak.

4. TEKA BENTUK

Contoh mainan adalah lego. Ibu bapa perlu membina beberapa objek dengan menggunakan lego seperti kereta, kapal terbang, nombor, huruf dan sebagainya tanpa diketahui oleh anak. Kemudian, minta anak tutup mata dan beri binaan tersebut kepada anak.

Biarkan anak menyentuh, membayangkan objek tersebut dalam mindanya dan seterusnya meneka objek tersebut.


5. AKTIVITI BERASASKAN PERGERAKAN

Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah bermain baling bola ke dalam bakul, sepak bola ke arah gol, boling botol, membina bangunan menggunakan cawan atau aktiviti mengasingkan objek mengikut kategori tertentu (sorting).

Ini adalah kerana sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan anak terutamanya yang berkaitan dengan koordinasi tangan dan mata anak contohnya dapat melatih anak untuk lebih fokus.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM