Friday, 3 November 2017

5 Sebab Penting Bayam Kepada Anak Anda

Teringat ada satu cerita Upin dan Ipin berkenaan dengan Sayur Hijau. Alkisah dimana upin ipin mesti bawa sayur ke sekolah untuk ditunjukkan pada cikgunya. Malangnya upin tidak tahu nama sayur tersebut. Lalu upin namakan daun hijau, sebenarnya daun tersebut adalah bayam.

Bayam sangat terkenal dengan zat besi dan ianya mempunyai zat gizi yang lain juga. Dalam 100 gram bayam terdapat berbagai kandungan nutrisi di dalamnya, diantaranya:
  • 3 gram protein
  • 3 gram karbohidrat
  • 3 gram zat besi
  • 81 gram kalsium
  • selebihnya adalah mineral dan vitamin
Selain itu bayam juga kaya dengan vitamin A, Vitamib C dan Vitamin K. Bayam juga mengandungi mineral seperti niasin thiamin, fostor, robloflavin, natrium, kalium, flavonoid dan magnesium. Sememangnya terbaik untuk dikonsumi dan diserapp oleh tubuh badan.

5 sebab kenapa pentingnya beri bayam kepada anak anda.

1. Menguatkan tulang anak anak
Bayam mempunyai mineral seperti magnesium, fosfor dan tembaga. Kandungan ini mampu menjaga kesihatan tulang anak anda. Anak semakin membesar semakin aktif sememangnya memerlukan tulang yang kuat untuk aktiviti lasak mereka.

Kesannya juga, tumbesaran anak anak semakin baik  seiring dengan pertambahan umur mereka juga.

2. Meningkatkan kekebalan tubuh anak anak
Bayam mengandungi Vitamin A, yang mana mengandungi kompenan prosuksi limfosit atau sel darah putih. Fungsi sel darah putih untuk memerangi penyakit yang menyerang tubuh dan kesannya penyakit terhindar.

3. Menjaga sistem percernaan dan mencegah sembelit anak anak
Bayam memiliki vitamin seperti Vitamin A dan Vitamin C untuk menjaga kesihatan pencernaan dan usus agar terhindar dari radikal bebas. Bayam juga mempunyai 20% serat untuk mencegah sembelit.

4. Mencegah Anemia pada anak anak
Kandungan bayam yang mempunyai zat besi juga  untuk pembentukkan sel darah merah dan menhantar darah keseluruh badan. Oleh itu, membantu mencegah masalah kekurangan sel darah merah.

5. Ubat cerdik untuk minda anak anak
Bayam mempunyai kandungan vitamin K dan sangat bermanfaat untuk otak. Vitamin K mampu menjaga fungsi otak dengan membantu mempertahankan dan meningkatkan daya ingatan. Minda yang cergas dari otak yang sihat.

Dalam Qaseh Junior ada bayam tau. Sememangnya terbaik untuk anak anak anda. Sayang anak, belilah Qaseh Junior. Jom tengok cerita Upin dan Ipin, daun hijau.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment