Sunday, 5 November 2017

5 Cara Mudah Fokuskan Anak Anda

Terdapat 5 cara mudah untuk memfokuskan anak anak anda. 5 cara mudah boleh diaplikasikan dalam setiap aktiviti yang anak anda lakukan termasuklah pembelajaran di sekolah.

1. Selalu katakan boleh pada anak anak
Selalukan katakan "boleh" atau "ya" untuk mencetuskan motivasi pada otak anak anak anda. 

Contohnya target anda untuk anak anda siapkan kerja sekolah. Jadi sebelum capai target untuk siapkan kerja sekolah, berikan mereka janji. Contoh sisuasi adalah: Waqqas sebelum siapkan kerja sekolah, mari kita main basikal dulu setengah jam, lepas itu, kita buat kerja sekolah ya. 

Bermain dengan sesuatu yang anak anak suka terlebih dahulu, sebelum menarik mereka untuk siapkan kerja sekolah tersebut.

2. Tutup segala gadget
Tutup segala gadget contohnya telephone sebelum memulakan kerja sekolah. Tutup segala benda yang boleh mengganggu kosentrasi anak anak anda.

3. Lakukan "To Do List"
Sebelum memulakan target siapkan kerja sekolah contohnya, lakukan "to do list". 

"To do list" bermaksud ringkas adalah arahan untuk siapkan kerja sekolah tersebut. Contohnya "to do list" adalah waqqas kita siapkan kerja sekolah Bahasa Melayu dahulu, lepas itu sambung bahasa inggeris pula ya. kita siapkan 3 muka surat sahaja, yang lain kita buat besok pula ya.

To do list ini akan membuatkan anak anak faham, arah tuju, apa yang perlu dibuat sebelum dan selepas target tersebut.

4. Gunakan signals
Do dan Don't signal ni. Biasanya anak anak tidak boleh memfokus dalam jangka masa yang lama. 

Untuk memberikan fokus tidak lari adalah menggunakan signal, contohnya dalam masa 10 minit, Waqqas kena stay buat kerja sekolah. Tunjukkan signal pada jam, bermaksud belum sampai waktunya lagi hendak berehat. Bermakna anak anak kena teruskan buat dan siapkan sampai habis kerja sekolah tersebut.

5.Berikan masa rehat untuk anak anak
Anak anak boleh berikan tumpuan terhadap sesuatu perkara adalah berbeza mengikut umur. Inshaa Alllah, nanti Kak Chah kongsikan tumpuan dan durasi mengikut umur. Berikan masa rehat untuk anak anak contohnya nak minum air sekejap atau lakukan senaman ringan.

Sumber Google
Inshaa Allah, anak anak akan lebih fokus. Ini adalah pengalaman Kak Chah semasa melatih anak Kak Chah, Waqqas namanya. Alhamdulillah, nampak perubahannya. Anak anak bukan tidak pandai, cuma daya  tumpuan yang lemah membuatkan mereka tidak boleh mengingati sesuatu perkara.

Selamat mencuba ya.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
https://www.wassap.my/60193667907aisyahhamidblog

No comments:

Post a Comment