Thursday, 16 November 2017

8 Cara Anak Menjadi Pintar Dan Cerdik

Sumber dan photo ini Kak Chah ambil dari Qaseh Gold HQ. Terdapat 8 cara untuk mendidik anak menjadi pintar dan cerdik. Jom baca, jom dapat manfaat.

1. Biarkan anak berdikari
Sebagai contoh biarkan anak membeli makanan nya sendiri dan perhatikan dari jauh. Atau ajar mereka lipat baju sendiri.

2. Elakkan bergaduh di hadapan anak
Ini penting. Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan memberikan kesan psikologi yang cukup hebat.

3. Fahami kehendak anak
Jangan guna kaedah yang sama untuk semua anak. Perlu faham bahawa setiap dari mereka adalah berbeza.

4. Amalan Membaca
Setiap kali mempunyai masa terluang, beri anak-anak buku untuk mereka baca atau kongsi info terkini dengan mereka.

5. Mengenal Alam
Menghabiskan waktu terluang dirumah juga mampu meningkatkan fungsi otak anak. Disekitar rumah kenalkan anak dengan tumbuh-tumbuhan atau bermain bola dengan ahli keluarga lain

6. Mengawal TV dan Gadget
Bukan mudah untuk berhadapan situasi ini. Hakikatnya dalam era kini, wajar untuk kita pantau penggunaannya bagi anak-anak.

7. Pemakanan
Sajikan mereka denga menu yang sihat. Kawal "junk food" anak dan beri hanya sesekali.

8. Tunjuk Kasih Sayang
Percayalah ini adalah yang anak-anak mahu. Selain perhatian, menzahirkan rasa sayang pada mereka juga memberi kesan positif. Peluk & ucap kata sayang setiap hari.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment