Thursday, 31 January 2019

Qaseh Gold Untuk Keluarga Bahagia

Kak Chah suka sangat dengan ayat ringkas yang di tulis oleh Dr Taufiq. Ringkas tapi padat
" JAGA EMOSI KITA DULU, BARU EMOSI ANAK TERJAGA"

Kita itu bermaksud ibu bapa, kita sebagai ibu bapa. Tekanan dari pelbagai sudut menjadikan kita letih, penat dan mudah jatuh sakit.

Kak Chah nak cadangkan satu produk ini. Alhamdulillah, banyak testimoni mengatakan kehidupan lebih bermakna selepas amal produk ini.

Cuba dulu, baru tahu hasilnya.

Meh, Kak Chah terangkan serba sedikit tentang QASEH GOLD

QASEH GOLD merupakan minuman kesihatan yang berasaskan ramuan yg diiktiraf sebagai makanan sunnah seperti kurma madu, habbatus sauda, buah tin, zaitun, delima dan air zam zam. 

Diperkaya dengan kehebatan gam arab sebagai prebiotik semulajadi & herba tradisi seperti za'faran, ginko & sirih. Selain tu juga terdapat herba khusus seperti tribulus, guarana, & ashwaganda untuk lelaki (kekanda) serta passiflora, pegaga dan manjakani untuk wanita (adinda) juga badam dan bayam untuk anak hebat (junior)

Inilah kebaikkannya
✅memberi tenaga tambahan
✅meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
✅melawan penyakit
✅menyegarkan badan dan mengurangkan rasa mengantuk
✅menghilangkan rasa lesu badan
✅mengatur tekanan darah dan melancarkan pengaliran
✅membantu memberi ketahanan badan dr penyakit kardiovaskular dan kanser
✅melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migrain
✅menghalang makan secara berlebihan dengan mengurangi rasa lapar serta selera makan
✅mengandungi anti oksida sebagai perisai radikal bebas

In sya Allah dapat membantu mengatasi masalah berikut:
✅keletihan
✅batuk/sakit tekak
✅selsema
✅asma
✅gastrik
✅gout
✅migrain
✅buasir
✅resdung
✅sembelit
✅tekanan darah tinggi
✅haid yg x teratur
✅keputihan
✅kurang keinginan seksual
✅anemia
✅kebas2 ringan
✅susah tido
✅sakit sendi
✅sakit tumit
✅stress

Jom cuba, Kak Chah dah cuba. Sahabat bila lagi.



Wednesday, 30 January 2019

Popia Goreng Semudah ABC

Ya Allah mudah sangat buat popia, orang kata semudah ABC. Memang betul la.

1. Taugeh buang akar dan parut carrot

2. Adunkan semua taugeh dan carrot dan masukkan garam sedikit. Gaul dan boleh start balut.

3. Goreng dan siap 

French fries Homemade Tanpa Bahan Perasa

Cara caranya
1. Potong kentang, panjang panjang
2. Rebus dalam 10 minit, usah lama takut hancur
3. Goreng
Memang selamat dimakan




Tuesday, 29 January 2019

Popia Milo 15 Minit Untuk Anak

Kenapa 15 minit?.

Sebab buatnya senang. Koyak kulit popia, goreng dan letak milo & susu tepung.

Alahai senang nye kudap kudap petang ni.

1. Carikkan ikut style masing masing

2. Goreng dan toskan minyak

3. Letak milo dan susu tepung

4. Gongcangkan dan siap!



Monday, 28 January 2019

Dosa Paling Besar

Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” 

Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Baginda menjelaskan : 

1. SYIRIK kepada Allah

2. DERHAKA kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan 

3. SUMPAH yang palsu

(Sahih Imam al-Bukhari)



Saturday, 26 January 2019

Thursday, 24 January 2019

Doa Anak Sedang Hadapi Peperiksaan

Jom kita amal, semoga kita menjadi tenang. Klik disini Doa Ibu Bapa Kepada Anak Sedang Hadapi Peperiksaan



11 Tip Agar Rezeki Mengalir Deras

Kekadang ibu ibu hebat pernah dengarkan rungutan anak tentang sesuatu yang mereka inginkan tetapi tidak dapat.

Merungutan ini menunjukkan mereka kecewa kerana tidak dapat mencapainya.

Kita ibu bapa terangkan pada anak yang Allah inginkan kita untuk berusaha lebih lagi, selalu bersangka baik dan bersabar.

Jom kita baca 11 tip agar rezeki anak anak mengalir deras, klik ini ya 11 Tip Agar Rezeki Mengalir Deras.


7 Penyakit Bawaan Udara

AWAS PENYAKIT BAWAAN UDARA!

Bila anak-anak terdedah kepada persekitaran luar atau di tempat tertutup seperti pusat jagaan dan sekolah, mereka mungkin berisiko dijangkit penyakit-penyakit ini.

Bekalkan mereka dengan Qaseh Gold Junior untuk membantu meningkatkan sistem imun. Hanya 2 kali sehari untuk anak lebih sihat, cergas dan ceria!

Lindungi anak-anak dari penyakit dengan Qaseh Gold Junior! Lihat video ini.


Kesan Gula Berlebihan Kepada Tubuh

Gula pada anak anak, usah perlekehkan. Ramai anak kecil sudah ada pelbagai penyakit akibat gula.

Jom baca info lanjut tentang gula, klik disini Kesan Gula Berlebihan Kepada Tubuh


5 Khasiat Peria Untuk Kesihatan

Rata rata anak anak kita memang tidak suka peria. 

Kenapa ya?

Sebab rasanya yang memang pahit. Sebenarnya peria ini banyak khasiatnya. Hendak tahu lebih lanjut, boleh klik disini 5 Khasiat Peria Untuk Kesihatan



5 Rahsia Ringkas Hati Tenang

Jika ada anak yang sentiasa sering gelisah. Boleh cuba check 5 rahsia ringkas hati tenang. Klik disini untuk bacaan lanjut 5 Rahsia Ringkas hati Tenang









3 Rahsia Surah Al - Waqiah

Last ayat surah waqiah dah, tak saborr nak suruh ambik dia. Zzaappppp, remukk terkoyak. Wafiq sayang! Ehhh, mak mak hebat amal surah ni ya.

Klik untuk baca selanjutnya 3 Rahsia Surah Al - Waqiah



Sunday, 20 January 2019

Ringkasan Asal Usul Kismis

Kismis berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. 

Akibat proses penyahidratan tersebut saiz kismis menjadi lebih kecil dari saiz anggur yang sebenar.

Walaupun kering, kismis dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain buah prun dan aprikot. 

Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Sangat hebat Kismis ya.

Sumber: Qaseh Junior HQ

Friday, 18 January 2019

Kepentingan Sarapan Pagi Untuk Anak

Kita semua tahu pengambilan sarapan di waktu pagi itu amat penting dalam rutin harian.Pengambilan sarapan sebenarnya membantu meningkatkan tahap fokus, memori serta kebolehan mental yang lain.
 .
Bersarapan pagi adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan supaya metabolisme anda terjaga. Metabolisme adalah kemampuan badan untuk mengubah makanan kepada tenaga, dan ia berlaku sepanjang hari. Semakin kerap anda mengamalkan pemakanan sihat di waktu pagi, semakin mudah badan anda mengikut rutin ini.
.
Jadi adalah penting untuk kita sediakan sarapan pagi terutamanya kepada anak-anak yang perlu tenga serta fokus untuk permulaan hari di sekolah.


Thursday, 17 January 2019

Tahap Demam Bayi Serius Atau Tidak

Bagaimana saya mahu tahu demam bayi saya dalam kategori serius?

Dalam situasi ini, sebenarnya kelakuan bayi anda lebih perlu diambil perhatian berbanding suhu badannya.
.
Jika bayi mempunyai demam pada 38.9 darjah Celsius, TIDAK PERLU RISAU jika:

~menyusu dengan baik
~bertindak balas
~mudah ditenangkan

TETAPI...

...jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, anda PERLU RISAU JIKA:

~asyik menangis
~lemah
~tidak aktif
.
HUBUNGI doktor pakar pediatrik (pakar kanak-kanak) JIKA:

~bayi anda berkelakuan aneh;
~tiba-tiba bayi menangis lebih daripada biasa
~bayi tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
~bayi keletihan amat letih dan tidak menyusu.
.
Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah 3 bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Tindakan yang disarankan di atas amat penting kerana bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh.

Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.
.

Wednesday, 16 January 2019

Himpunan Fakta Untuk Anak

Jom para ibu bapa baca ya!
















Rapatkan Hubungan Emosi Ibubapa Dan Anak

Antara cara tercepat nak bonding dengan anak adalah kita samakan emosi kita dengan emosi anak.
+ Anak senyum kita senyum
+ Anak ketawa kita ketawa
+ Anak excited kita excited
+ Anak sedih, kita buat muka sedih seakan memahami perasaan dia lepastu kita ajak anak kita senyum bersama-sama kita


Sumber: Dr TaufiqRazif


Tuesday, 15 January 2019

Anak Suka Berebut Barang

Kenapa Anak Berebut Barang?
Ini antara tanda-tanda anak sedang mengalami perwatakkan pentingkan diri. Memang bagus pada anak kecil dan hal hal keadaan tertentu.

Pada fasa ini mereka cuma :
👉 fokus pada diri mereka sahaja
👉 dia ingat semua orang fikir macam dia fikir
👉 dia tak reti nak melihat daripada sudut pandang orang lain
👉 Jadi dia akan ada perangai 'merasakan dirinya betul belaka'

Jangan risau. Biasanya fasa ni akan berakhir juga.

Yang penting kita kena :
 Respect fasa egocentric ni
 Tegur dengan hikmah
 Bersabar dano Berdoa


Monday, 14 January 2019

Cara Terbaik Nak Bagi Anak Fokus Belajar

Cara Terbaik Nak Bagi Anak Fokus Belajar?
👉 Banyakkan free play dan juga play break
👉 Biarlah sesekali anak bermain tanpa kita tentukan jenis permainannya
👉 Biarlah sesekali anak berlari lari dan melompat selepas dah berjaya fokus walaupun sekejap sahaja

Sumber: Dr TaufiqRazif