Tuesday, 31 October 2017

5 Cara Mudah Kuatkan Sistem Imum Anak

5 Cara Mudah Kuatkan Sistem Imum Anak

1. Kurang Gula
Kajian menunjukkan gula menyekat fungsi imun. Apabila gula berada dalam badan, ia memerlukan mineral atau nutrisi untuk memetabolisma gula tersebut. Semakin banyak gula dalam badan anak anak semakin banyak metabolisma yang berlaku untuk memproses gula bersebut.

Sebab itu, anak anak tidak di galakkan untuk makan manis manis contohnya coklat pada waktu malam untuk mengelakkan mereka aktif dan tidak boleh tidur. Kesanya anak tidak cukup tidur dan rehat menyebabkan sistem imun mereka terjejas.

Anak-anak sedang membesar adalah waktu terbaik membiasakan mereka dengan makanan dan minuman kurang gula.

2. Udara Segar
Alam semulajadi adalah ubat yang terbaik malah PERCUMA. Aktiviti di luar rumah sangat baik dan terbaik untuk merangsang sistem imun.

3. Cukup Rehat
Bukan mudah untukmembuatkan anak-anak untuk tidur awal di waktu malam. Anak-kanak yang sedang membesar menjadi satu kemestian mesti tidur awal terutama mereka yang mempunyai hari persekolahan pada keesokan hari.

Pentingkah tidur malam awal? Ya, tidur merupakan salah satu cara untuk badan terus kekal sihat. Kanak-kanak memerlukan minumum 10 jam waktu tidur di waktu malam. Sudah tentu, jauhkan mereka dari gangguan komputer, telefon pintar dan tablet!

4. Kebersihan Tangan
Mencuci tangan dengan kerap membantu untuk mengurangkan jumlah pepijat, kotoran dan bakteria selepas bermain atau bilik darjah di sekolah.

5. Mesra Alam
Persekitaran yang sihat di rumah sangat penting bagi anak-anak.
Merokok bukan sahaja berbahaya kepada perokok, ia juga menyebabkan kerosakan kepada orang-orang tersayang disekeliling.

Asap rokok membunuh dan mengganggu sel-sel penting anak-anak dan menyebabkan sistem imun semulajadi mereka tidak maju.


Sumber Qaseh Junior HQ


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Saturday, 28 October 2017

Testimoni Qaseh Junior Anak Suka

Testimoni anak suka dengan Qaseh Junior. Alhamdulillah, Ramai sebenarnya suka dengan Qaseh Junior termasuk anak Kak Chah, tapi dalam gambar tu, bukan anak Kak Chah ya.

Inshaa Allah, nanti Kak Chah kongsikan testimoni anak Kak Chah dan pelanggan Kak Chah sendiri ya.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

6 Tanda Anak Anda Kekurangan Nutrisi

6 Tanda anak anda kekurangan nutrisi. Korang tahukan, bila anak anak korang kekurangan nutrisi bermakna senang jangkitan penyakit akan hinggap ke badan anak anak korang.

Contohnya, anak anak kurang nutrisi kalsium. Kalsium merupakan salah satu mineral yang jumlahnya paling banyak diantara mineral-mineral lainnya yang terkandung dalam tubuh badan. Kalsium sangat berguna dalam membantu pertumbuhan, terutama pada bahagian tulang, untuk mencegah tulang reput, dan membantu memperkuat struktur tulang.

Wow pentingkan kalsium untuk tubuh badan kita, contohnya bahan makan yang ada kalsium adalah  susu, bayam dan gum arab. Dalam Qaseh Junior ada bayam dan gum arab ya. Jom kita terjah 6 tanda anak kekurangan nutrisi.

1. Emosi  terganggu

2. Suhu badan rendah

3. Gigi tidak kuat, cepat patah dan gusi mudah berdarah

4. Kuku  kasar, cepat patah dan warna pucat

5. Tumbesaran terbantut

6. Rambut kasar, bercabang dan gugur

Waqqas, Model Qaseh Junior

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907


Anak Demam Musim Tengkujuh

Apakah persediaan korang untuk anak anak korang pada musim tengkujuh akan datang, bulan 11 dan 12 adalah musim tengkujuh.

Ini pemerhatian Kak Chah dan kawan kawan Kak Chah bila masuk musim tengkujuh, rata-rata ramai anak anak yang demam, batuk dan selsema.

Hujan boleh menjadi sangat sejuk hingga mungkin berasa sejuk ke tulang, salah satu penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan sakit selepas hujan lebat, Minum sesuatu yang pannas. Ibu yang prihatin dengan kesihatan anak-anak pasti akan menyediakan sesuatu hidangan untuk elak anak sakit seperti sup, minuman QOQO panas dan bahan bahan yang panas contoh Madu dan Habatu' Sauda.

Dibuktikan bahawa mengambil sesuatu yang panas boleh membantu memberikan kehangatan untuk menahan sejuk. Mak mak pun boleh cuba juga.

Selain itu, minuman panas dapat membersihkan kahak yang terkumpul di rongga hidung dan tekak, menjadikannya lebih mudah bagi korang untuk bernafas. Hasilnya, membuatkan korang dan seisi keluarga berasa hangat dan relaks.

Hendak anak anak dan seisi keluarga sentiasa sihat sepanjang 365 hari. Korang boleh amal Qaseh Junior untuk anak anak, Qaseh Adinda dan Qaseh Kekanda untuk ibu dan ayah dan juga Qaseh Premier untuk Atuk Nenek/golongan yang berumur 40 keatas.

Setiap Qaseh Gold mempunyai Madu dan Habatu' Sauda yang fungsinya bagus untuk memanaskan badan dan mengelakkan radang pada salur pernafasan.

Sesiapa ada masalah asma, batuk kering, kahak banyak memang digalakkan mengamalkan Qaseh Gold. Kak Chah satu keluarga amal tau.

Hendak anak sihat bagi Qaseh Junior

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

Monday, 23 October 2017

Awasi Sistem Imun Anak Setiap Hari

Ibu mana tidak risau kan, siang hari elok bermain, petang sudah mula merah bibir, malas hendak bermain, asyik hendak tidur. Gelisah kan, Hati ibu mana tak rungsing bila anak bangun untuk ke sekolah dalam keadaan lemah tak bermaya?

Ditambah keadaan musim minggu ini yang panas terik, sungguh merisaukan. "Anak-anak mudah sakit macam ni."

Insha Allah dengan sistem imun yang baik atau bahasa yang lain ialah benteng pertahanan kubu anak anak baik, kukuh. Insha Allah, penyakit tidak akan menyerang. Kalau nak serang pun, tidak lama hinggap penyakit itu, 2,3 hari serang aje, sudah baik.

Namun, sistem imun mestilah diawasi setiap hari. Virus dan bakteria ada dimana mana sahaja diluar rumah mahupun didalam rumah. Hendak sistem imunisasi baik yang berpanjangan, Kak Chah cadangkan Qaseh Gold Junior. Sebabnya ia mengandungi 17 makanan sunnah yang semulajadi, tinggi serat dan tinggi anti-oksidan.

Ingat tau, sistem imun anak anak mesti dijaga dan diberi.

Sumber Qaseh Junior HQ
Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

5 Makanan Terbaik Untuk Anak Anak Demam

Anak anak adalah anugerah terbaik dari Allah untuk kita dan kita sebagai ibu bapa, sudah tentu tentu hendak berikan yang terbaik untuk anak anak. Hari ini, Kak Chah hendak kongsikan makanan 5 terbaik untuk anak anak.

1. Yogurt

Tindakan bijak memberikan yogurt kepada anak-anak terutama ketika sakit demam dan selsema.
Prebiotik adalah bakteria yang memberi manfaat menguatkan sistem imun. Anak tak suka yogurt sebab masam? Sumber Prebiotik selain yogurt seperti Kultur Susu juga boleh atau boleh dapatkan nasihat doktor pakar paedratik (pakar kanak-kanak) tentang makanan tambahan prebiotik untuk anak-anak.

Selain itu, boleh juga prebiotik juga terdapat dalam Gum Arab. Kebaikan Gum Arab adalah suburkan bakteria baik dalam perut. Inshaa Allah, tiada sembelit dan gastrik.

2. Ubi Keledek

Warna oren pada ubi keledek menunjukkan kelebihan kaya dengan Vitamin A , nutrisi penting kepada sistem imun yang membantu tisu dalam mulut, usus, saluran pernafasan dalam keadaan sihat.
Hanya setengah cawan ubi keledek masak setiap hari cukup memenuhi keperluan Vitamin A anak-anak.
Resepi 'fries' ubi keledek boleh dibuat dengan oven tau. Google dan Youtube kan ada!

3. Daging

Daging secara semulajadi yang kaya dengan protein merupakan komponen penting kepada sistem imun.
Daging selain kaya dengan protein juga kaya dengan sumber Zink dan mineral digunakan badan untuk menghasilkan sel-T iaitu peranan penting dalam imunisasi.

4. Sup Ayam

Macam tak percaya, kan? Sup ayam yang 'ceroi' pun ada manfaat. Ini orang sakit pun macam tak sakit bila hirup sup ayam!
Kelebihan sup ayam mungkin kerana pelbagai bahan dalam sup menjadikannya pesakit rasa lebih baik.
Penyelidik menganggap kelebihan pelbagai bahan mempunyai kelebihan anti-radang yang boleh melegakan jangkitan saluran pernafasan.

5. Minuman suam

Penyelidikan yang dibuat, pesakit yang mempunyai tanda selsema apabila hirup air panas atau suam, memberi kelegaan kepada hidung, batuk, bersin, sakit tekak, menggigil dan keletihan.
Budaya arab pula, kalau anak sakit demam dan selsema ibu beri minum air teh yang dicampur dengan madu atau limau pasti melegakan.

Sumber Qaseh Junior HQ

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907


Sunday, 22 October 2017

Khasiat Madu dan Buah Tiin

Nak tak sihat kalau sistem sistem imun tak hebat. Nak hebat cuba amalkan makan dua makanan terbaik dunia ini:

Madu - Penggalak pemulihan ketika tidur.

Madu adalah bantuan tidur semulajadi yang terbukti. Mengambil MADU sebelum tidur badan akan melepaskan MELATONIM yang berperanan meningkatkan imuniti badan serta membantu membina tisu semasa tempoh rehat.

Buah Tiin- Merangsang tindak balas sistem imun

Buah Tiin menjadi penggalak sistem imun yang sangat hebat. Ini mungkin menjelaskan kenapa buah tiin adalah pejuang melawan penyakit umum yang hebat disebabkan oleh bakteria dan penceroboh sistem pertahanan imun yang lain.

"Dua-dua makanan nak ke anak-anak makan hari-hari?"
Nak sihat hari-hari, sistem imun perlu diperhebatkan hari-hari.
Kalau anda setuju anak tak sihat kalau sistem imun tak hebat,
Jadi...

Ibu-ibu telah bersetuju Sistem Imun perlu diperhebatkan hari-hari bukan kadang-kadang, Sebab itu orang bijak pandai kata, "Mencegah Lebih Baik Dari Mengubat."



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907


Nampak Hijau Terus Buang

Susahkan hendak deal dengan anak anak yang tidak suka makan sayur. Nampak aje hijau terus buang. Adoi, kita sebagai ibu terasa penatkan.

"Letih kan, dengan terkejar-kejar nak bersiap pergi kerja, tambahan lagi nak buat makanan khasiat bagi kreatif untuk anak-anak, last-last tak makan."

Sayur hijau seperti bayam adalah makanan penggalak sistem imunisasi badan yang mengandungi tinggi Antioksidan yang membantu melawan jangkitan dan menjana antioksidan lain dalam badan seperti Vitamin E.

"Saya tahu, tapi itulah anak tetap tak nak makan. Pantang nampak hijau dalam makanan terus, wek wek."

"Boleh Kak Chah tanya Puan., dah pernah cuba Qaseh Gold Junior untuk anak, ke?"

Kalau belum, boleh cuba. Yang dah cuba rata-rata masih lagi konsisten dengan Qaseh Gold Junior sebagai minuman nutrisi asas harian anak-anak.

Anak Sihat Anak Hebat.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

Saturday, 21 October 2017

5 Sebab Kismis Mesti Dijadikan Snek Harian

Sambungan 5 sebab kismis mesti dijadikan snek harian anda ya.

4. Bantu urus Diabetis

Para penyelidik mendapati kismis dalam diet harian ini dapat menurunkan tekanan darah dengan ketara.

Di samping itu, kismis yang kaya dengan electrolyte potassium untuk kesihatan jantung. Potassium adalah mineral penting untuk fungsi sel, tisu dan organ penting dalam tubuh manusia. Orang yang mengambil banyak potassium dalam diet mereka mempunyai risiko strok yang lebih rendah, terutamanya ischemic stroke.

Penyelidikan menyokong kismis dijadikan pilihan snek yang sihat untuk pesakit diabetes jenis II. Apabila anda makan kismis, kandungan serat dalam kismis membantu tubuh anda memproses gula dalam kismis secara semulajadi dan mampu mengurus diabetis secara semulajadi.

5. Cegah Kanser

Kajian menunjukkan bahawa buah-buahan kering terutamanya kurma, prun dan kismis, mengandungi komponen tinggi phenolic yang mempunyai kuasa Antioksida yang lebih kuat berbanding dengan buah-buahan segar.

Antioksidan sangat penting untuk kesihatan kita kerana Antioksidan menghalang radikal bebas daripada menyebabkan kerosakan sel di dalam badan kita. Oleh itu makanan yang Antioksidan tinggi seperti kismis adalah rawatan kanser semulajadi yang hebat. Dengan memasukkan kismis dalam diet anda, bukan sahaja anda boleh meningkatkan tahap Antioksidan tetapi boleh mengurangkan kerosakan sel dan menangkis kanser.

Wah, hebatkan kelebihan Kismis makanan sunnah.




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

5 Sebab Kismis Mesti Dijadikan Snek Harian

5 sebab kismis mesti dijadikan snek harian adalah seperti berikut.

1. Kismis baik untuk kesihatan Oral

Siapa disini takut hendak jumpa doktor gigi, Kak Chah ada solusi elak jumpa doktot gigi.  Ada solusi yang tidak menyakit tetapi hanya perlu rajin dan jadikan amalan seharian. Jadikan kismis snek harian anak anak anda.

Perkara yang paling menakjubkan adalah kismis boleh meningkatkan kesihatan mulut. Walaupun manis, kismis adalah salah satu cara terbaik untuk menyembuhkan gigi sakit akibat cavities dan tooth decay ( gigi berlubang) secara semulajadi.

Tambahan lagi, penyelidikan yang diterbitkan dalam Phytochemistry Letters mendedahkan bahawa kismis boleh memberi manfaat kesihatan mulut kerana kismis mempunyai antimicrobial phytochemicals yang menghalang pertumbuhan bakteria mulut yang dikaitkan dengan rongga gigi dan penyakit gusi. 

2. Bebas sembelit

Sembelit adalah nightmare bagi ibu bapa apabila anak-anak mengerang dan menangis akibat susah buang air besar. Kismis salah satu makanan tinggi serat, ianya membantu sistem pencernaan yang sangat baik.

Kismis mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut, yang kedua-dua membantu menjaga hal-hal yang bergerak melalui saluran usus melalui cara yang sihat dengan mengurangkan sembelit.

Walaupun kismis dalam kategori buah-buahan kering yang mempunyai lebih banyak kalori daripada anggur segar tetapi jika kita fokus pada serat Kismis adalah pemenang, sebagai contoh, satu cawan anggur mempunyai 1g serat manakala satu cawan kismis mempunyai 7g serat.

3. Kesihatan jantung dan tekanan darah

Data yang dikemukakan di American College of Cardiology’s 61st Annual Scientific Session pada tahun 2012 mencadangkan individu yang mengalami peningkatan tekanan darah yang sederhana dapat memanfaatkan kelebihan Kismis dalam rutin harian mereka (3 kali sehari).

Jom kita manfaatkan kismis jadikan snek harian. Kak Chah postkan sambungannya sebab panjang sangat artikelnya, takut jemu pulak ya.

Sumber Qaseh Junior HQ


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

Friday, 20 October 2017

Review Pelanggan Setia Qaseh Gold Junior

Review Pelanggan Setia Qaseh Junior.

Masa Kak Chah edar flyer pada 17.10.2017 rabu, terjumpa pengguna setia Qaseh Junior. 4 tahun masih setia bersama dengan junior.

Sebelum 4 tahun yang lepas, anaknya kerap demam, batuk dan asma. Sebulan sekali masuk hospital. Ulang alik ke hospital. Adik iparnya yang kenalkan Qaseh Junior kepadanya. Alhamdulillah, masih setia dengan Qaseh Junior sampai sekarang.

Wow, sudah 4 tahun pengguna setia Qaseh Gold Junior. Kak Chah tanyakan kenapa puan terus mengamalkan Qaseh Junior?.

Ini jawapannya. Kerana sejak konsisten amal Qaseh Junior, demam, batuk dan asma jarang datang menyerang. Anaknya juga boleh aktif berlari.

Alhamdulillah puan teruskan ya. Terus istiqomah ya puan. Jadi, korang bila nak amal Qaseh Gold Junior. Memang tidak rugi pun, apalah sangat hendak berkira dengan kesihatan anak anak. Anak anak ini amanah Allah, jagalah sepenuh hati dan berikan yang terbaik untuk anak.

Bila anak sudah sakit, baru nak cari penawar, memang agak payah hendak sembuh dengan cepat. Jadinya, install penawar siap siap dalam badan anak anak, bila kena serang penyakit, Insha Allah senang nak sembuh dengan izin Allah.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

Thursday, 19 October 2017

5 Ciri Anti-Oksidan Ibu Perlu Tahu

5 ciri ciri anti-oksidan yang mesti ibu ibu perlu tahu untuk kesihatan anak mereka.

1. Anti-Oksidan melindungi prestasi penglihatan dan mata

Kajian mendapati sumber sumber lutien seperti yang terdapat dalam BAYAM terbukti membantu menajamkan visual penglihatan. Kelebihan anti-oksidan seperti BAYAM juga membantu mengurangkan masalah penglihatan akibat penuaan.

2. Anti-Oksidan mampu mencegah Dementia dan Alzeimer

The Journal of The America Medical Association of Neurology melaporkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan E boleh mengurangkan risiko Dementia dan Alzheimer untuk tempoh jangka masa yang panjang.

3. Anti-Oksidan melawan serangan jantung dan strok

Fungsi anti-oksidan yang mengurangkan kerosakan tisu dan sel akibat daripada radikal bebas. Banyak kajian telah dibuat mendapati mereka yang mengambil diet yang berasaskan sayur-sayuran segara, herba, rempah dan buah-buahan mempunyai peluang hidup yang lebih sihat lebih lama.




Selain itu mereka juga kurang mendapat serangan sakit jantung.

4. Anti-Oksidan mengurangkan risiko mendapat kanser

Asid Retinoik mampu melawan kanser seperti paru paru, prostat, payu udara, ovari, pundi kencing danjuga kulit. Dalam kajian yang lain, Asid Retinoik yang terdapat dalam sumber anti-oksidan seperti vitamin A paling selamat diperoleh dari makanan semulajadi berbanding makanan tambahan.

5. Melambatkan proses penuaan

Bahaya radikal bebas adalah ianya boleh mempercepatkan proses penuaan, sumber anti-oksidan seperti vitamin C, Beta Karotena sangat membantu untuk memerangi kerosakan kulit akibat daripada pencemaran, stress dan tidak mengikut diet yang betul.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

Wednesday, 18 October 2017

7 Jenis Permainan Terbaik Untuk Anak Anak

Post kali ini tentang 7 jenis permainan yang terbaik untuk anak anak yang berumur 3 tahun. Permainan yang terbaik mestilah sesuai dengan umur anak anak uols. Pernah tak korang check pada permainan anak anak korang tentang umur yang sesuai untuk bermain mainan tersebut. 

Kalau korang tidak pernah check, better pergi check sekarang kerana permainan tidak sesuai boleh menyebabkan anak anak korang tidak berminat untuk bermain. Contohnya anak baru 3 bulan, sudah bagi mainan puzzle, mesti mereka tidak pandai kan.

Menurut Lambeth Hochwald, Parents Magazine "Anak berumur 3 tahun sudah menjadi kanak kanak yang lebih komplek dari segi fikiran, minda dan kawalan yang lebih baik terhadap tubuh badannya. Anak ini juga boleh beri perhatian yang lebih lama, bermaksud mereka boleh beri perhatian kepada permainan dan seni kraf"

Jom kita pelajari kenapa 7 permainan ini terbaik untuk anak anak yang berumur 3 tahun dan apa kata pakar mengenainya.

1. Rumah Olok - Olok 

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Kawasan Larangan - ibu bapa tidak benarkan masuk. Ya, anak anak umur 3 tahun punya kawasan atau tempat bermain sendiri.

Buat tembok berbentuk kotak kecil daripada bantal sudah memadai untuk menghasilkan "kawasan larangan". Pasti mereka suka.

Kenapa pakar kata  terbaik untuk anak 3 tahun

Anak anak pada peringkat umur ini sedang meningkatkan keupayaan mereka untuk mengawal dan membiasakan diri - Briggs


2. Rumah Boneka

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Dah kemas rumah tetapi sekejap sahaja, tidak sampai 10 saat sudah sepah balik. Dah suruh jangan sepah tetapi tidak diendahkannya. Manalah anak umur 3 tahun akan faham kehendak dan arahan kita kan?.

Ibu ibu boleh buat seribu jenis peraturan dalam rumah tetapi anak anak berumur 3 tahun ada peraturan sendiri juga tau.

Nak buat macam mana? Jawapannya rumah boneka. Biarkan mereka uruskan rumah mereka dengan cara sendiri.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Anak anak pada peringkat ini mempunyai dunia mereka sendiri, berikan ruang untuk mereka - Briggs


3. Play-doh

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Ini memang kesukaan anak anak  bermain play-doh. Play-doh atau seumpamanya kerana sifatnya yang lembut, boleh diramas dan boleh dibentuk sesuka hati tanpa had.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Play-doh mempunyai begitu banyak kegunaan terutamanya jika dilengkapkan dengan peralatan pelbagai bentuk - R. Keith Sawyer, Phd, seorang professor psikologi yang mengkaji kanak kanak di Washington University, Missouri


4. Bahan Bacaan

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Bayangkan apa perasaan anak anda apabila menerima bungkusan pos atas nama mereka sendiri? Di tambah dalam bungkusan tersebut adalah buku kesukaan mereka pula?.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Tiada istilah terlalu awal untuk anak anak mula membaca - Rahil Briggs, psikologis kanak kanak di Albert Einstain College of Medicine dan Children's Hospital di Montefiora, New York City


5. Permainan Minda

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Kanak kanak pada peringkat ini sudah boleh duduk bermain dengan lebih lama dan lebih fokus. Kenalkan dengan permainan yang meningkatkan konsentrasi dan hafalan mereka adalah yang terbaik.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Pada peringkat umur ini, anak anak lebih peka dan akan kerap bertanya persamaan dan perbezaan sesuatu benda. Malah pada peringkat ini juga anak anak sedang membangunkan skil menyelesaikan masalah - Adair


6. Set Perubatan

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Baru buka pintu bilik doktor, anak terus menangis. Hal ini kerana, pada peringkat ini mereka mudah faham dan mudah takut. Set perubatan mainan akan menjadikan mereka faham dan mungkin menyelesaikan masalah antara anak anak dengan doktor.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Kanak kanak yang bermain dengan peralatan doktor boleh membantu melegakan anak anak apabila melakukan pemeriksaan doktor - Briggs


7. Alatan Seni

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Pening ibu ibu apabila dinding penuh dengan tampalan hasil contengan anak anak. Kanak kanak sangat suka tempat yang terbuka luas seperti dinding untuk merealisasikan imaginasi mereka.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Kanak kanak pra sekolah menggunakan seni sebagai cara ekspresi emosi - Sue Adair.


Hah apalagi, jom praktis.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907


Tuesday, 17 October 2017

9 Punca Sistem Imun Anak Anak Lemah

Assalamualaikum.

Hari ini Kak Chah hendak kongsikan punca anak anak mempunyai sistem imunisasi lemah. Kenapa anak anak jadi macam ini?.

Kejap kejap selsema, demam dan batuk. Badan pun cepat panas dan tonsil jadi membengkak. Setiap minggu pasti akan ada hari yang tidak pergi sekolah. Kita sebagai ibu bapa sedihkan, bagaimana prestasi anak anak kita. Apakah punca sebenarnya?.

Punca sistem imum anak anak lemah adalah disebabkan seperti berikut.

1. Stress

Seperti post yang lepas Kak Chah ceritakan tentang anak anak juga boleh stress termasuklah bayi. Keadaan ini akan mengubah rembesan hormon anak yang memberikan kesan kepada kesihatan fizikalnya.

2. Diet yang tidak seimbang

Bahan bahan kimia seperti bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan dalam makanan segera dan jajan juga akan memberikan kesan kepada anak anak terutamanya otak.Tanpa otak lumpuh seluruh badan.

3. Kurang tidur

Tanpa tidur yang cukup, tubuh anak anak tidak ada peluang untuk membina sistem imun. Rehat yang terbaik adalah tidur. Tidur yang cukup diperlukan untuk membina sistem imum terutama tidur pada waktu malam.

Sebaliknya, tidur yang sedikit memperngaruhi tenaga anak anak, anak anak akan menjadi tidak bermaya, tidak fokus dan kurang aktif.

4. Obesiti

Kegemukkan juga salah satu punca sistem anak anak lemah. Statistik menunjukkan obesiti di malaysia semakin meningkat. Pada tahun 1996, peratusan obes adalah 4.4%, tahun 2006 pula peratusan adalah 14.1% dan manakala pada tahun 2016 semakin meningkat sehingga 30%. Cuba lihat pada angka peratusan, saban hari makin meningkat dan menakutkan.

Obesiti boleh membantutkan penghasilan sel darah putih yang diperlukan untuk memerangi bendasing seperti bakteria dan virus yang masuk ke dalam badan anak - anak.

5. Kurang bersenam

Senaman membantu pengaliran darah yang lancar ke seluruh tubuh dan menyinkirkan toksin. Pastikan senaman yang kerap dan konsisten untuk menyah toksin yang terkumpul dalam badan anak anak.

6. Pengambilan ubat ubatan

Sesetengah ubatan menambah toksin dalam badan anak anak. Terlebih dos tidak elok ya. Berikan anak anak makan ubat yang telah disarankan oleh doktor.

7. Kurang penjagaan kebersihan

Kebersihan anak anak dan persekitarannya perlu dijaga untuk memastikan anak anak sentiasa sihat, bebas alahan dan tidak terjangkit penyakit dari orang sekeliling. Ajari juga kepada anak anak tentang cara cara dan kesan jika menjaga kebersihan.

8. Asap rokok

Asap rokok sangat berbahaya kepada anak-anak walaupun tidak dihembus kepada anak anak. Ia mengandungi lebih 4000 bahan kimia merbahaya dan asapnya boleh melekat dibaju dan bertebangan di udara.

9. Kena matahari

Pendedahan kepada sinar matahari yang terik juga merbahaya kerana sinar UV, radiasi dan bahan kimia. Sinar UV, radiasi dan bahan kimia diudara dalam keadaan tempoh yang lama boleh melemahkan sistem imun anak anak.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

Saturday, 14 October 2017

5 Tip Kuatkan Benteng Kesihatan Anak Anak Anda

Sememangnya musim Oktober, November Disember adalah musim hujan. Anak anak senang terdedah dengan penyakit selsema, batuk dan demam. Anak Kak Chah juga begitu. Nak elak anak anak kerap demam, batuk dan selsema Kak Chah amal Qaseh Junior.

Cuba korang bayangkan anak anak korang sihat, tidak mudah terkena 3 serangkai ini (demam, batuk dan selsema), happy kan. Hendak berjalan anak anak ke mana mana pun senang sebab tidak payah fikirkan tentang kesihatan anan anak. Hendak kuatkan sistem imunisasi anak anak korang, cuba 5 tip ini.

Ini adalah 5 tip untuk kuatkan benteng kesihatan anak anak anda:-

1. Tamankan sikap pentingkan kesihatan setiap hari.

Jalan terbaik untuk melawan penyakit segala semulajadi adalah dengan menamankan sikap pentingkan kesihatan yang baik setiap hari. Kesihatan anak anak akan terjejas dengan pengambilan pemakanan yang tidak berkhasiat contohnya makanan yang banyak bahan perasa atau banyak gula.

Pengambilan makanan yang tidak berkhasiat akan menyebabkan peningkatan radang pada badan. Kesannya melambatkan sistem badan untuk menyerang balik virus atau bakteria jahat. Pastikan anak anak korang makan sekurang kurangnya satu jenis sayur setiap hari.

Selain daripada itu juga, pastikan kebersihan persekitaran dan badan. Sering mengingatkan anak anak tentang kebersihan tangan contohnya.

2. Berikan anak anak makanan yang berkhasiat.

Berdasarkan website www.foxnews.com, berikan prebiotics kepada anak anak boleh membantu sistem percernaan menjadi lebih baik, membantu membuang toksin dan juga boleh kuatkan imunisasi anak anak korang. Galakkan anak anak untuk makan makanan berkhasiat contohnya sayur, bijian dan sebagainya.

Contoh macam anak Kak Chah susah hendak makan sayur, jadi Kak Chah berikan makanan berfungsi kepada anak anak. Makanan berfungsi yang Kak Chah amalkan adalah Qaseh Junior. Anak anak suka makan Qaseh Junior adalah disebabkan rasa yang sedap, manis manis kurma dan madu. 

Selain itu terdapat 17 ramuan didalam Qaseh Junior dan salah satunya juga bertindak sebagai prebiotic iaitu gum arah. Gam Arab ada dalam Qaseh Gold ya, sememangnya digalakkan anak anak junior untuk mengamalkannya.

3. Kurangkan stess.

Bukan orang dewasa sahaja yang stress, anak anak kecil juga mempunyai stress. Kebanyakkan ibu bapa fikirkan anak anak tidak stress, sebenarnya persepsi tersebut adalah tidak tepat. Stress boleh jadi kepada sesiapa pun termasuklah bayi.

Hormon stress boleh menyebabkan menurunan sistem imunisasi badan. Contoh stress yang ringkas adalah anak pergi sekolah setiap hari, penuh dengan aktiviti sekolah dan tambahan pula musim peperiksaan. Sebaiknya berikan anak anak masa rehat dengan bermain dengan aktiviti yang mereka suka untuk memastikan hormon stress dibebaskan. 

Salah satu makanan sunnah yang hormon penenang adalah kurma. Kurma mengandungi triptofan, iaitu hormon penenang. Inshaa Allah anak anak akan lebih tenang.


4. Tidur yang cukup.

Bergantung pada umur anak anak, biasanya anak anak akan tidur 10 - 14 jam setiap hari. Jika mereka  kekurangan tidur akan menyebabkan sistem imunisasi akan terjejas. Punca utama anak anak mudah mendapat penyakit, terutama penyakit demam, batuk dan selsema adalah daripada sistem imunisasi yang tidak kuat.

Pengguna gadget juga menjadi punca anak anak kurang tidur Elakkan terlalu lama menggunakan gadget, contohnya telefon  kerana terdapat radiasi yang boleh membuatkan anak anak letih. Pastikan tutup pengguna gadget beberapa jam sebelum tidur dan galakan anak anak supaya tidur awal.

5. Boleh berikan herba atau makanan tambahan pada anak anak.

Terdapat banyak dipasaran makanan yang terbaik untuk kuatkan sistem imunisasi anak anak dan pasti diambil secara konsisten berbanding kita tunggu bila anak sakit baru hendak ambil makanan tambahan tersebut.

Selamat bercuti korang, hari ini ahad, korang berjalan ke mana.




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907




Friday, 13 October 2017

10 Cara Memikat Anak Anak Makan Makanan Berkhasiat

5 cara lagi memikat hati anak anak makan makanan berkhasiat seperti dibawah ya:-

Cara 6: Minta tolong anak untuk membantu kita sediakan makanan tersebut.

Bagi memastikan anak anak teruja adalah memberikan peluang untuk anak anak menolong kita sediakan makanan tersebut.

Biarkan anak anak basuh sayur ke, atau masukkan pecah telur ke dalam bekas. Korang boleh juga membawa anak anak ke supermarket, biarkan anak anak memilih makanan yang diorang suka. Tetapi pastikan makanan yang berkhasiat.

Cara 7: Kita sebagai ibu bapa adalah contoh yang terbaik.

Hendak suruh anak makan makanan berkhasiat. Kita sebagai parent kena makan dulu. Tunjuk contoh yang terbaik.

Cara 8: Jadikan makanan tersebut kreatif.




Cara 9: Kurangkan ganguan ketika makan.

Contohnya tutup tv, phone dan sebagai ketika hendak makan untuk memastikan anak anak fokus ketika hendak makan.

Cara 10: Elakkan beri pemanis makanan pada anak anak sebagai ganjaran.

Ini kerana pemanis boleh menyebabkan anak anak lebih tertarik untuk makan berbanding makanan yang berkhasiat. Korang juga boleh tukarkan pemanis makanan yang berkhasiat, contohnya yogurt atau buah buahan.

Hah, korang amalkan tau, sebab Kak Chah dah praktikkan. Alhamdulillah, menjadi ya. Jadi ibu ibu jangan stress ya jika anak anak memilih makanan, itu lumrah anak anak. Korang bukan keseorangan, ramai lagi yang diluar sana tidak tahu hendak pujuk anak anak mereka makan. So kongsikanlah cara ini dengan rakan rakan yang lain.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

Thursday, 12 October 2017

10 Cara Memikat Anak Anak Makan Makanan Berkhasiat

Kak Chah kongsikan 5 cara memikat hati anak anak untuk makan makanan berkhasiat setiap hari.  5 cara lagi Kak Chah kongsi next post ya. Korang tahukan jajan atau junk food, tidak elok untuk kesihatan terutamanya otak. Nak anak sihat dan cerdas. Mestilah makan makanan berkhasiat.

10 cara memikat hati anak anak untuk makan makanan berkhasiat seperti di bawah yea:-

Cara 1: Sediakan portion makan yang sedikit.

Maksud Kak Chah sediakan makanan dengan kuantiti yang sedikit dahulu. Kemudian jika makanan tersebut habis, tanya anak samaada anak ingin tambah atau tidak makanan tersebut.

Tujuan meletakkan portion makanan yang sedikit terlebih dahulu untuk mengelakkan anak anak merasa kecewa ketika hendak makanan. Perihal ini kerana mereka melihat terlalu banyak makanan yang perlu dihabiskan.

Biarkan anak anak merasa dahulu makanan tersebut, Inshaa Allah jika mereka rasa sedap, anak anak akan habis makan makanan tersebut. Korang jangan paksa anak makan tau, ditakuti anak anak stress hendak makan.

Cara 2: Tetapkan peraturan waktu makan dan jadikan routine setiap hari.

Pastikan korang tetapkan waktu makan, pagi, tengahari dan malam anak anak. Contohnya jika korang tetapkan pukul 8.00 pagi untuk sarapan pagi, maka pastikan konsisten makan sarapan pada pukul 8.00 pagi setiap hari.

Pastikan anak anak duduk dan tidak kemana mana, walaupun anak anak tidak mahu makan. Biarkan seketika. Jika anak anak masih tidak mahu makan juga, korang boleh bagi air masak dan tidak di galakkan bagi air juice, susu atau snack. Ini kerana susu, juice dan snack akan meyebabkan anak anak kurang selera makan makanan korang dah sediakan. Yea la, perut diorang dah penuh dengan air kan. Dah rasa kenyang yang makanan yang kurang berkhasiat.

Cara 3: Sediakan makanan yang berlainan setiap hari.

Part ini Kak Chah memang gagal, Kekadang Kak Chah kekeringan idea hendak masak apa. Tahap kesabaran korang juga penting tau, bersabar untuk bagi ruang anak anak terokai makanan tersebut.

Ujian kesabaran memang menguji kita sebagai ibu bapa. Yea la kita dah masak penat penat, tiba tiba anak tak nak makan kan.

Cara 4: Jika anak menolak makanan dan request hendak makanan yang lain. Tunggu sebentar, Jangan terus buat makanan yang baru.

Ini pengalaman Kak Chah ya, dulu dulu Kak Chah macam ini. Anak meminta makanan lain, Kak Chah terus buat apa yang anak nak. Rupanya anak Kak Chah makin memilih dan tak nak itu, nak ini. Nak nasi sedikit, kekadang nak nasik banyak.

Jadi seeloknya, biarkan dulu anak mengadap makanan tersebut. Biarkan dahulu. Inshaa Allah, lama lama anak anak akan makan juga.

Cara 5: Memastikan anak seronok.

Bahasa mudah adalah pastikan anak anak teruja hendak makan. Contohnya kita sediakan makanan berbentuk teddy bear ke, atau design tempat makan yang cantik, sudu dan garpu yang comel. Pasti anak anak seronok.

Korang juga boleh amalkan supplement tambahan jika anak anak masih memilih makanan berkhasiat, tambah tambah lagi yang tidak suka makan sayur. Eh, dalam Qaseh Junior ada bayam juga ya.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907