Tuesday, 17 October 2017

9 Punca Sistem Imun Anak Anak Lemah

Assalamualaikum.

Hari ini Kak Chah hendak kongsikan punca anak anak mempunyai sistem imunisasi lemah. Kenapa anak anak jadi macam ini?.

Kejap kejap selsema, demam dan batuk. Badan pun cepat panas dan tonsil jadi membengkak. Setiap minggu pasti akan ada hari yang tidak pergi sekolah. Kita sebagai ibu bapa sedihkan, bagaimana prestasi anak anak kita. Apakah punca sebenarnya?.

Punca sistem imum anak anak lemah adalah disebabkan seperti berikut.

1. Stress

Seperti post yang lepas Kak Chah ceritakan tentang anak anak juga boleh stress termasuklah bayi. Keadaan ini akan mengubah rembesan hormon anak yang memberikan kesan kepada kesihatan fizikalnya.

2. Diet yang tidak seimbang

Bahan bahan kimia seperti bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan dalam makanan segera dan jajan juga akan memberikan kesan kepada anak anak terutamanya otak.Tanpa otak lumpuh seluruh badan.

3. Kurang tidur

Tanpa tidur yang cukup, tubuh anak anak tidak ada peluang untuk membina sistem imun. Rehat yang terbaik adalah tidur. Tidur yang cukup diperlukan untuk membina sistem imum terutama tidur pada waktu malam.

Sebaliknya, tidur yang sedikit memperngaruhi tenaga anak anak, anak anak akan menjadi tidak bermaya, tidak fokus dan kurang aktif.

4. Obesiti

Kegemukkan juga salah satu punca sistem anak anak lemah. Statistik menunjukkan obesiti di malaysia semakin meningkat. Pada tahun 1996, peratusan obes adalah 4.4%, tahun 2006 pula peratusan adalah 14.1% dan manakala pada tahun 2016 semakin meningkat sehingga 30%. Cuba lihat pada angka peratusan, saban hari makin meningkat dan menakutkan.

Obesiti boleh membantutkan penghasilan sel darah putih yang diperlukan untuk memerangi bendasing seperti bakteria dan virus yang masuk ke dalam badan anak - anak.

5. Kurang bersenam

Senaman membantu pengaliran darah yang lancar ke seluruh tubuh dan menyinkirkan toksin. Pastikan senaman yang kerap dan konsisten untuk menyah toksin yang terkumpul dalam badan anak anak.

6. Pengambilan ubat ubatan

Sesetengah ubatan menambah toksin dalam badan anak anak. Terlebih dos tidak elok ya. Berikan anak anak makan ubat yang telah disarankan oleh doktor.

7. Kurang penjagaan kebersihan

Kebersihan anak anak dan persekitarannya perlu dijaga untuk memastikan anak anak sentiasa sihat, bebas alahan dan tidak terjangkit penyakit dari orang sekeliling. Ajari juga kepada anak anak tentang cara cara dan kesan jika menjaga kebersihan.

8. Asap rokok

Asap rokok sangat berbahaya kepada anak-anak walaupun tidak dihembus kepada anak anak. Ia mengandungi lebih 4000 bahan kimia merbahaya dan asapnya boleh melekat dibaju dan bertebangan di udara.

9. Kena matahari

Pendedahan kepada sinar matahari yang terik juga merbahaya kerana sinar UV, radiasi dan bahan kimia. Sinar UV, radiasi dan bahan kimia diudara dalam keadaan tempoh yang lama boleh melemahkan sistem imun anak anak.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

No comments:

Post a Comment