Wednesday 24 October 2018

Fakta Pertumbuhan Gigi Anak

Jom mak mak hebat baca tentang fakta pertumbuhan gigi anak hebat kita. 
1. Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh bila umur anak 6 bulan.

2. Biasanya anak umur 2 setengah tahun - 3 tahun, semua gigi susu tumbuh sepenuh iaitu memiliki set lengkap 20 batang gigi susu.

3. Aturan Pertumbuhan Gigi Susu
Biasanya gigi kacip akan tumbuh terlebih dahulu, gigi yang depan tu. Dan diikuti dengan gigi geraham pertama. 

Kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua mulai tumbuh.

4. Biasanya ajarkan anak berus gigi sejak mereka berusia18 bulan atau 2 tahun.

Jom berus gigi anak hebat kita.



Aisyah Hamid
Kak Chah Tip Supermak











Korang ajar anak berus gigi umur berapa?.


Tuesday 23 October 2018

5 Kelebihan Jigsaw Puzzle Untuk Anak Kecil

1. Latih anak lebih fokus
Bermain jigsaw puzzle bagus untuk latih anak hebat lebih fokus. Anak hebat fokus dalam menyiapkan puzzle terserbut. Kedua dua otak kanan dan kiri berfikir untuk sempurnakan jigsaw puzzle tersebut.

Dengan kata lain, bahagian imajinasi dan logik sedang berhubung.

2. Boleh hilangkan tekanan atau stress pada anak
Fitrah anak kecil suka bermain, biarkan mereka bermain sambil belajar. Anak hebat mesti tidak sabar hendak tengok hasil dari cantuman tersebut. Tersenyum lebar, itu tandanya hasil cantuman lengkap.

Ianya dapat membantu memberi peluang kepada keadaan separa-sedar (subconcius mind) anak kita untuk berfikir perkara lain. Secara tidak langsung minda anak kita lebih rileks.

3. Kepingan jigsaw puzzle yang besar boleh bantu anak menghadapi masalah lembam
Ajar anak lembam secara konsisten, terus gunakan jiqsaw puzzle tersebut secara berulang ulang.

Inshaa Allah, lama lama anak hebat makin laju.

4. Latih anak supaya bersabar
Untuk melengkapkan jigsaw puzzle memerlukan masa untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Anak hebat terpaksa bersabar untuk lihat hasil akhir.

5. Jigsaw puzzle paksa anak berfikir kreatif
Ya, kreatif untuk padankan objek, warna dan hubungan antara satu sama lain. Secara tidak langsung anak jadi kritis dan kreatif.

Jom beli jigsaw puzzle sekarang.



Aisyah Hamid
Kak Chah Tip Supermak

Monday 22 October 2018

Pilih Permain Jigsaw Puzzle Mengikut Umur Anak

Bilangan kepingan jigsaw yang dicadangkan adalah berbeza mengikut umur. Mak mak hebat boleh rujuk ni tau.


2 - 3 tahun : 4 hingga 12 keping 
3 - 5 tahun : 12 hingga 50 keping 
5 - 6 tahun : 50 hingga 100 keping 
6 - 7 tahun : 100 hingga 200 keping 
7 - 8 tahun : 200 keping
8 - 10 tahun : 300 keping
11 tahun ke atas : 500 keping dan keatas




Aisyah Hamid
Kak Chah Tip Supermak

Sunday 21 October 2018

Anak Perempuan Atau Anak Lelaki Banyak Bertanya

Mungkin ramai yang sudah mengagak yang anak perempuan banyak bertanya berbanding anak lekaki. 

Ya betul, anak perempuan yang banyak bertanya. Kajian yang lain mengatakan anak perempuan umur 4 tahun boleh memberikan 390 pertanyaan pada ibunya dalam sehari.

Fuhh!

Kajian itu menambahkan lagi, purata ibu boleh ditanyakan 300 pertanyaan dari anak mereka dalam sehari.

Memang anak yang bijak bertanya ini bersikap kritis dan kreatif dan bila sudah besar nanti.



Aisyah Hamid
Kak Chah Tip Supermak

Saturday 20 October 2018

Anak Bertanya Pada Ibu Atau Ayah Dahulu

Kak Chah rasa part ini best juga kalau di bincangkan. Biasanya anak akan bertanya pada siapa dahulu. Ibu atau ayah dahulu.

Berdasarkan kajian dari yahoo new, "82% anak suka bertanya pada ibu terlebih dahulu berbanding ayah". Ohh jelaslah, anak akan bertanya pada ibu terlebih dahulu berbanding ayah.

Kajian lain pula mengatakan 24% anak yang berumur 2-10 tahun mengaku jika bertanya pada ayah. Maka ayah mereka menyuruh bertanya pada ibu mereka terlebih dahulu.

Kesimpulannya, kedua keduanya sama penting. Tugas ayah lebih besar, ketua dalam sebuah keluarga, oleh itu, bagilah ibu hebat menjawab setiap persoalan anak anak hebat ini.



Aisyah Hamid
Kak Chah Tip Supermak




Friday 19 October 2018

Kenapa Anak Kecil Suka Bertanya

Kita para mak hebat mesti tertanya pada sendiri, banyak betul celoteh anak hebat, ada aja soalan ingin bertanya, kenapa, apa, kemana dan sebagainya. Letih juga nak menjawabnya.

Ada kajian mengatakan anak akan bertanya 20 soalan sehari secara berulang pada ibu bapa.
Fuhh! 20 soalan, kalau seminggu 7 hari x 20 soalan, jadinya 140 soalan. Itu seminggu, kalau sebulan setahun. Memang jenuh juga ya.

Mak mak hebat sabar, itu proses bertanya hanya masa kecil bila sudah dewasa, kita pula yang merindukan soalan dari mereka. Bahkan, kita yang banyak bertanya pula.

Oleh itu, jawablah selagi boleh. Proses bertanya merupakan fitrah bagi kehidupan seorang anak. Tarik nafas, sabar.

Eh, kenapa anak bertanya?.

Kerana sel-sel neuron otak anak kecil tak menelan setiap informasi begitu saja. Anak perlu bertanya dan faham sebelum disimpan dalam file memorinya.

Biasanya anak banyak bertanya anak yang bijak. Mereka banyak bertanya kerana memiliki rasa ingin tahu yang amat tinggi.

Betul! Otak sedang berkembang. Kita, ibubapa pancing anak supaya banyak bertanya dan jawapan mestilah sesuai dengan kemampuan fikiran anak. Usah terlampau tinggi sangat huraian. Banyak berikan perumpamaan pada anak supaya dekat dengan pemikiran mereka.

Ok sahabat, jom kongsi pendapat uols tau.



Aisyah Hamid
Tip SuperMak


Thursday 18 October 2018

3 Tip Kekalkan Momentum Untuk Anak Belajar

Hampir kesemua para ibu bersetuju, memang susah hendak kekalkan momentum untuk anak hebat belajar. Bagi Kak Chah juga memang agak susah juga nak kekalkan momentum supaya anak minat belajar. 

Kejap rajin kejap malas.

Meh, Kak Chah sediakan 3 tip mudah bagaimana hendak kekalkan semangat untuk belajar.

1. Matlamat yang jelas

Anak yang memiliki matlamat lebih termotivasi untuk belajar dari anak yang tidak memiliki matlamat. Matlamat ibarat impian anak anak kita, cari dan gali apa impian anak. Asuh dan terapkan, jadikan ianya satu perjalanan kehidupan.

2. Kaitkan belajar dengan realiti kehidupan

Motivasi belajar anak meningkat jika kita beritahu kepentingan belajar dengan kehidupan nyata. Kekadang anak anak tidak faham apa kepentingan belajar di sekolah atau di mana mana dengan mereka.

Jika anak anak faham, Inshaa Allah mereka lebih bersemangat untuk belajar.

3. Jadikan pembelajaran itu seronok

Tetapkan bahawa belajar itu seronok, bukan membebankan. belaja bukan setakat buka buku tetapi pembelajaran itu luas. pembelajaran dirumah, di masjid atau di mana mana sahaja.

Mind set anak selalunya berkata, belajar payah kena ingat, hafal. LETIH. Jom kita para ibu tukar mind set sekarang. Cari method yang mudah dahulu untuk anak. Biarkan mereka seronok rasa seronok untuk belajar.

Selamat mencuba ya ibu ibu hebat.



Aisyah Hamid
TipSupermak