Tuesday 30 January 2018

Kaitan Warna Poop Dengan Kesihatan Anak Anak


Sumber: theasianparent
Gambar: Google

Kak Chah nak kongsi kaitan warna poop dengan kesihatan anak anak. Kita sebagai Supermak kena prihatin tau dengan perubahan warna poop anak anak. Jika korang bawa anak ke klinik atau ke hospital, kadang kadang doktor akan tanya warna poop anak korang.

Jadi jom  kita jadi supermak prihatin dengan mengenali warna poop anak dan kesihatannya.

Perang - Poop yang sihat

Hijau - Terlalu banyak makan sayur hijau, makanan berwarna hijau atau makanan melalui usus besar dengan laju. 

Kuning - Biasanya didatangi dengan bau yang busuk dan berlemak atau berminyak. Ini bermaksud makanan tidak dihadam dengan baik kerana celiac disease atau anak makan terlalu banyak makanan berlemak.

Hitam atau coklat gelap - Ada pendarahan dalam usus disebabkan kecederaan, ulser atau kanser. Kadang-kadang ada vitamin yang menyebabkan poopoo jadi hitam. 

Putih atau kelabu - Kesan dari sesetengah ubat atau masalah saluran hempedu. 

Kemerahan atau berdarah - Selalunya tanda-tanda kanser.

Selalunya anak anak korang poop yang mana.

Ok sekarang dah tahukan. Jom kongsikan kepada rakan rakan yang lain.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Simptom Resdung Alahan Rhinitis Dan Selsema Pada Anak Anak

Sumber: doktorbudak.com (answered by Dr Ramiza Ramza Bin Ramli)
Gambar: Google

1. Resdung
Dikenali sebagai Sinusitis ialah radang pada sinus yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Radang boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman (Virus, bakteria atau fungus). Ini berlaku apabila proses pengaliran mukus terganggu disebabkan oleh faktor seperti anatomi hidung yang abnormal.

Simptom-simptom resdung ialah:
  •  Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwana kuning atau kehijauan.
  • Hidung yang tersumbat
  • Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
  • Demam.
  • Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.

2. Rhinitis
Alahan rhinitis atau dikenali sebagai Allergic Rhinitis, ialah radang pada rongga hidung yang disebabkan oleh alahan.

Simptom alahan rhinitis ialah:
  • Hidung berhingus. Hingus yang mengalir ialah jernih dan pekat
  • Hidung yang tersumbat.
  • Bersin yang melampau.
  • Rasa hingus mengalir dibelakang tekak. Ini disebabkan oleh hingus yang berlebihan dihasilkan dan ini akan menyebabkan ia mengalir ke belakan hidung dan seterusnya ke belakan tekak. Ini juga menyebabkan pesakit akan batuk.
  • Gatal hidung, mata dan muka.

3. Selsema
Selsema adalah terdiri dari beberapa simptom yang disebabkan oleh jangkitan kuman, kebiasaanya virus.

Simptom-simptom selsema ialah:
  • Demam
  • Hidung berhingus
  • Batuk
  • Sakik tekak



Istilah selsema selalunya digunakan untuk menerangkan seseorang itu mengalami simptom hidung berhingus. Begitu juga dengan penggunaan istilah resdung yang kerap kali digunakan untuk menerangkan simptom alahan rhinitis.

Kesimpulannya, amat penting untuk kita memahami perbezaan antara selsema, resdung dan alahan rhinitis.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Tuesday 23 January 2018

Resdung Pada Anak Anak

Sumber: Wikipedia.org
Gambar: Google

Resdung pada anak anak juga ada, ramai customer Kak Chah mempunyai anak anak yang ada resdung dan bagaimana Qaseh Gold Junior boleh membantu korang.

Qaseh Gold Junior boleh membantu kerana mempunyai 14 ramuan yang hebat yang bercirikan anti inflamasi atau anti radang. Contohnya Habbatu' Sauda, Madu, Kurma, Tiin, Kismis, Bayam, Minyak Zaitun, Gam Arab, Pegaga, Badam, Gingko Biloba dan Za'faran.

Jom kita faham dulu tentang resdung. Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. 

Resdung dikenali sebagai sinusitis atau jangkitan sinus atau rinosinusitis.  Ianya keradangan pada sinus yang menunjukkan gejala/tanda. Tanda dan gejala biasa adalah:-

1. Lendir tebal dalam hidung
2. Hidung tersumbat
3. Sakit pada muka.
4. Sakit kepala
5. Kurang deria bau
6. Sakit tekak
7. Demam
8. Batuk - Batuk sering lebih teruk pada waktu malam

Ia ditakrifkan sebagai rinosinusitis akut (ARS) jika ia berlangsung kurang dari 4 minggu, dan sebagai rinosinusitis kronik (CRS) jika ia berlangsung selama lebih daripada 12 minggu.

Resdung disebabkan oleh:-
1. Jangkitan
2. Alahan
3. Pencemaran udara
4. Masalah struktur dalam hidung 

Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih daripada sepuluh hari. Episod berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma, cystic fibrosis, dan fungsi imun yang lemah. 


Resdung juga boleh bawa maut.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Pendarahan Hidung atau Epistaxis Pada Anak Anak

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd
Gambar: Google

Pendarah hidung pada anak anak, ibu bapa jangan pandang enteng ya. Mungkin petanda penyakit lain contohnya rinitis dan resdung.

Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dari sebuah hospital swasta di ibu negara, Dr. Abdul Hakim Jaafar, pendarahan hidung atau epistaxis, katanya, ia merupakan perkara biasa yang berlaku terutama di kalangan kanak-kanak.

Faktor penyebab berlakunya pendarahan hidung akibat luka pada lapisan dalam hidung. Walaupun saiznya kecil, hidung mempunyai banyak salur darah halus yang berbaris di bahagian atas lubang hidung.

Korang perasankan walaupun bersin, akan keluar tahi hidung bersama tompok tompok darah pekat. Sebenarnya permukaan dalaman hidung dilapisi membran mukosa (lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti saluran pernafasan) supaya kulit sentiasa lembap.

Membran mukosa ini mempunyai banyak salur darah yang sensitif dan mudah luka. Kehadiran salur darah ini bertujuan membantu memanas dan melembapkan udara yang disedut ketika bernafas.

Oleh kerana salur darah ini hampir dengan kulit dalam lubang hidung, ini menyebabkan ia mudah terluka walaupun menerima hentakan kecil, terutama di kalangan kanak-kanak.

Sikap kanak-kanak yang suka memasukkan objek kecil ke dalam hidung juga boleh menyebabkan salur darah halus luka dan berdarah. Malah perubahan cuaca, alahan, selesema, bersin dan batuk juga boleh menyebabkan hidung berdarah.

 Dr. Abdul Hakim Jaafar turut menjelaskan bahawa pendarahan hidung boleh dibahagikan kepada dua jenis. 

1. Anterior

Anterior adalah pendarahan bermula pada bahagian septum iaitu dinding yang memisahkan dua lubang pada hidung.

Septum mempunyai banyak salur darah yang mudah luka. Apabila kita menghembuskan nafas terlalu kuat atau terkena objek tajam seperti hujung kuku, darah akan mengalir keluar melalui satu daripada lubang hidung.

Pendarahan hidung anterior juga boleh disebabkan cuaca terlalu panas dan kering. Kekeringan membran hidung (lapisan luar dalam hidung) akan menyebabkan ia retak, menggelupas dan berdarah seperti yang biasa berlaku pada kanak-kanak.

2. Posterior

Posterior iaitu pendarahan yang bermula di bahagian hidung paling dalam yang mengalir ke mulut dan tekak ketika pesakit berdiri atau duduk. Tetapi jenis ini jarang berlaku di kalangan kanak-kanak.

Beliau turut mengaitkan trauma kecil juga boleh berlaku apabila seseorang mengorek hidung dengan kuku tajam atau jari pada mukosa hidung yang radang. Ia juga terjadi apabila seseorang itu bersin dengan kuat.




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Tuesday 16 January 2018

Elak Pendarahan Hidung Berulang Pada Anak Anak

Sebelum ini, Kak Chah ada kongsikan langkah langkah untuk hentikan pendarahan hidung pada anak anak. Hari ini Kak Chah nak kongsikan bagaimana hendak elakkan pendarahan hidung yang berulang. Konsep ringkas sahaja, tengok di bawah ya.

    1. Jangan mencederakan membram mukosa. Contohnya masukkan objek keras, tajam ke dalam hidung.
    2. Sekiranya ada luka di membran mukosa, elak berpanas bersin dan mengangkat benda berat.
    3. Rawat luka di membram mukosa sehingga pulih, boleh guna ubat titis dari doktor yang sah.

Punca sebenar pendarahan hidung adalah permukaan di dalam hidung sangat nipis dan di kawasan itu juga banyak kapilari darah, oleh sebab itu ianya sangat sensitif untuk berdarah. 

Tak mo buat macam ya, boleh rosakkan lapisan kulit.

Selamat mencuba!


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Tuesday 9 January 2018

Langkah Atasi Pendarahan Hidung Pada Anak Anak

Kita sebagai ibu bapa panikkan apabila ada anak anak yang mengalami pendarahan hidung, tambah tambah lagi pertama kali berlakunya pendarahan hidung pada anak anak.

Jom kita terjah langkah langkah yang perlu di lakukan jika anak anak mengalamai pendarahan hidung.

  1. Arahkan anak bertenang, duduk (jangan baring), dan bernafas melalui mulut dengan perlahan-lahan.
  2. Picit bahagian lembut hidung di bawah tulang hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. 
  3. Picit sekurang-kurangnya lima hingga 10 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Jika hidung masih berdarah terus picit lagi sehingga 10 minit.
  4. Boleh juga letakkan pek sejuk atau ketulan ais di atas tulang hidung.
  5. Arah meludah atau mengeluarkan darah dari mulut dengan perlahan (lembut). Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti.



Inshaa Allah, akan berhenti pendarahan tersebut.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM