Tuesday 30 January 2018

Simptom Resdung Alahan Rhinitis Dan Selsema Pada Anak Anak

Sumber: doktorbudak.com (answered by Dr Ramiza Ramza Bin Ramli)
Gambar: Google

1. Resdung
Dikenali sebagai Sinusitis ialah radang pada sinus yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Radang boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman (Virus, bakteria atau fungus). Ini berlaku apabila proses pengaliran mukus terganggu disebabkan oleh faktor seperti anatomi hidung yang abnormal.

Simptom-simptom resdung ialah:
  •  Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwana kuning atau kehijauan.
  • Hidung yang tersumbat
  • Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
  • Demam.
  • Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.

2. Rhinitis
Alahan rhinitis atau dikenali sebagai Allergic Rhinitis, ialah radang pada rongga hidung yang disebabkan oleh alahan.

Simptom alahan rhinitis ialah:
  • Hidung berhingus. Hingus yang mengalir ialah jernih dan pekat
  • Hidung yang tersumbat.
  • Bersin yang melampau.
  • Rasa hingus mengalir dibelakang tekak. Ini disebabkan oleh hingus yang berlebihan dihasilkan dan ini akan menyebabkan ia mengalir ke belakan hidung dan seterusnya ke belakan tekak. Ini juga menyebabkan pesakit akan batuk.
  • Gatal hidung, mata dan muka.

3. Selsema
Selsema adalah terdiri dari beberapa simptom yang disebabkan oleh jangkitan kuman, kebiasaanya virus.

Simptom-simptom selsema ialah:
  • Demam
  • Hidung berhingus
  • Batuk
  • Sakik tekak



Istilah selsema selalunya digunakan untuk menerangkan seseorang itu mengalami simptom hidung berhingus. Begitu juga dengan penggunaan istilah resdung yang kerap kali digunakan untuk menerangkan simptom alahan rhinitis.

Kesimpulannya, amat penting untuk kita memahami perbezaan antara selsema, resdung dan alahan rhinitis.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment