Tuesday 30 January 2018

Kaitan Warna Poop Dengan Kesihatan Anak Anak


Sumber: theasianparent
Gambar: Google

Kak Chah nak kongsi kaitan warna poop dengan kesihatan anak anak. Kita sebagai Supermak kena prihatin tau dengan perubahan warna poop anak anak. Jika korang bawa anak ke klinik atau ke hospital, kadang kadang doktor akan tanya warna poop anak korang.

Jadi jom  kita jadi supermak prihatin dengan mengenali warna poop anak dan kesihatannya.

Perang - Poop yang sihat

Hijau - Terlalu banyak makan sayur hijau, makanan berwarna hijau atau makanan melalui usus besar dengan laju. 

Kuning - Biasanya didatangi dengan bau yang busuk dan berlemak atau berminyak. Ini bermaksud makanan tidak dihadam dengan baik kerana celiac disease atau anak makan terlalu banyak makanan berlemak.

Hitam atau coklat gelap - Ada pendarahan dalam usus disebabkan kecederaan, ulser atau kanser. Kadang-kadang ada vitamin yang menyebabkan poopoo jadi hitam. 

Putih atau kelabu - Kesan dari sesetengah ubat atau masalah saluran hempedu. 

Kemerahan atau berdarah - Selalunya tanda-tanda kanser.

Selalunya anak anak korang poop yang mana.

Ok sekarang dah tahukan. Jom kongsikan kepada rakan rakan yang lain.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment