Monday 30 April 2018

4 Kelebihan Ringkas Lobak Merah Pada Anak Anak

Lobak merah dalam bahasa inggeris adalah "carrot" sememangnya baik untuk diberikan kepada anak anak se awal 6 bulan ke atas.

Jom kita baca 4 kelebihan Ringkas lobak merah pada anak anak.

1. Mengekalkan gigi yang cantik
Ramai ibu bapa yang inginkan anak mempunyai gigi yang cantik. Tahukah korang, mineral semulajadi yang terkandung dalam lobak merah dapat membantu untuk membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.

Anak anak yang ingikan gigi yang cantik tanpa berlubang lubang, Kak Chahkan sarankan makan lobak merah banyak banyak.

2. Baik untuk mata
Lobak merah juga kaya akan kandungan beta-kerotin, yang diubah menjadi vitamin A dalam hati. Vitamin A ditransformasikan dalam retina, untuk rhodopsin, pigmen ungu yang diperlukan untuk mempertajam penglihatan di malam hari.

3. Lobak Merah mempunyai serat
Lobak merah tinggi kandungan serat larut yang mampu merendahkan tahap kolesterol.

4. Elemen alkali
Lobak merah kaya dengan elemen alkali yang menggiatkan dan membersihkan darah selain mengimbangi ratio asid/alkali tubuh.

Hebat bukan lobak merah untuk anak anak, kita orang dewasa pun boleh amalkan. Hari hari blend minum segar segar. Sedap!.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Sunday 29 April 2018

5 Kelebihan Ringkas Makan Kurma Sewaktu Berbuka Puasa

Salam Pink Bergetar dari Kak Chah

Hari ni Kak Chah terangkan 5 kelebihan ringkas makan kurma sewaktu berbuka puasa. Lebih kurang dalam 2 minggu lagi hendak puasa ramadhan 2018. Eloklah Kak Chah kongsikan kelebihan makan kurma terlebih dahulu sebelum jamah  makanan lain.

5 kelebihan ringkas makan kurma sewaktu berbuka puasa:-

1. Senang hadam oleh perut kosong.
2. Mengurangkan lapar supaya kita tidak makan lebig waktu berbuka.
3. Mengatifkan sistem penghadaman setelah berpuasa.
4. Membekalkan tenaga setelah seharian berpuasa
5. Padat dengan serat untuk elak sembelit.

Hebat bukan kurma, nak lagi senang boleh cuba qaseh junior. 14 Makanan terpilih dalam satu botol, kurma tentu tentu ada.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Wednesday 25 April 2018

2 Sunnah Nabi Ketika Maghrib

2 Sunnah Nabi ketika magrib.


Pertama: Termasuk sunnah, memasukkan anak-anak ke dalam rumah saat masuknya waktu maghrib

Kedua: Termasuk sunnah, menutup pintu-pintu di awal waktu maghrib sambil menyebut nama Allah ta’ala

Mengerjakan dua adab ini merupakan salah satu upaya menjaga diri dari syaitan dan jin.

Menahan anak-anak di rumah ketika awal waktu maghrib merupakan bentuk upaya menjaga anak-anak dari syaitan yang berkeliaran di waktu tersebut, demikian pula menutup pintu rumah sambil menyebut nama Allah pada saat tersebut. 

Betapa banyak anak-anak dan rumah-rumah yang dihinggapi syaitan pada waktu maghrib, sedangkan orang tua si anak dan si empunya rumah tidak menyadarinya. 

Kredit: muslim.or.id


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Solusi Anak Sihat dan Cerdik: Oral Rehydration Salt (ORS) Pengganti Air dan Gar...

Solusi Anak Sihat dan Cerdik: Oral Rehydration Salt (ORS) Pengganti Air dan Gar...: Sumber : My Health Portal Gambar : Google Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan...

TIP KESIHATAN PANTAS: Air kompenan yang terbaik buat tubuh

TIP KESIHATAN PANTAS: Air kompenan yang terbaik buat tubuh: Kita boleh bertahan tanpa makanan selama beberapa hari tetapi kekurangan air boleh mengakibatkan dehidrasi dan kehilangan tenag...

TIP KESIHATAN PANTAS: Beza Simptom Selsema dan Resdung

TIP KESIHATAN PANTAS: Beza Simptom Selsema dan Resdung: Sumber: doktorbudak.com (answered by Dr Ramiza Ramza Bin Ramli) Gambar: Google Hidung berfungsi sebagai deria bau dan organ pernafa...

Tuesday 24 April 2018

7 Cara Bantu Anak Tidur Lena

Anak korang sudah tidur, jom baca 7 cara bantu anak tidur lena.



1. Bacakan buku supaya mereka boleh rileks atau korang juga boleh baca Al-Quran pada anak anak.


2. Biarkan mereka aktif di siang hari


3. Suasana bilik haruslah bersih dan selesa


4. Tepati waktu tidur dan waktu bangun


5. Elak bagi kafein


6. Jangan makan sebelum tidur


7. Jauhi gajet dan tv sekurang kurang jarak 2 jam


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Monday 23 April 2018

Amal Suku Suku Separuh Untuk Anak Sihat

"Kak, saya cuba bagi makanan seimbang tapi tak faham la konsep Piramid Makanan! Ada ke, suruh saya bagi anak 11 pinggan karbohidrat!" 

Eh jangan! Kalau tak faham Piramid Makanan, guna lah portion PINGGAN SIHAT SUKU SUKU SEPARUH. Kementerian Kesihatan Malaysia dah keluarkan panduan pinggan sihat ni.

SUKU KARBOHIDRAT
SUKU PROTEIN 
SEPARUH SAYUR DAN BUAH

Diet seimbang tak cukup kuat nak push poopoo keluar. Maka, kita kena pastikan anak minum 8 GELAS AIR setiap hari. 

Jom kita jadi mommy daddy yang hebat dan berilmu!



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Sunday 22 April 2018

Oral Rehydration Salt (ORS) Pengganti Air dan Garam Dalam Badan

Sumber : My Health Portal
Gambar : Google

Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk.

Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.

Cara pemberian larutan ORS

1. Larutan ORS haruslah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak dengan menggunakan sudu atau cawan yang bersih. Ia tidak patut diberikan dengan menggunakan botol susu.

2. Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah, larutan ORS diberikan dengan menggunakan sudu kecil : Satu sudu kecil ORS setiap 1 – 2 minit.

3. Untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas ataupun orang dewasa, mereka boleh minum secara terus daripada cawan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi secara kerap.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Saturday 21 April 2018

8 Jenis Najis Memberi Kesan Kesihatan Anak Anak

Mommy ada check kualiti poopoo anak-anak, kalau belum pernah, lebih baik check selalu untuk pastikan kesihatan mereka. 
Manalah tahu kot anak sembelit tapi tak nak bagitahu kita. Dia anggap masalah biasa. Tapi sembelit ni sebenarnya MASALAH BESAR.

Jom kita terjah bagaimana keadaan bentuk najis boleh mempengaruhi kesihatan anak kita. Sumber dari Carta Poopoo Bristol.

1. Najis keras dan berbiji biji
Masalah : Jika poopoo anak korang keras dan berbiji biji macam kacang, ianya bermaksud anak anda kekurangan serat dan juga air.
Solusi : Banyakkan minum air dan juga buah buahan atau sayur.

2. Najis berbentuk sosej dan lembut 
Bermaksud anak korang memang sihat.

3. Kandungan najis penuh dengan air, tidak ada bentuk dan cecair
Masalah : Anak korang mungkin terkena cirit birit mungkin di sebabkan oleh jangkitan kuman atau virus.
Solusi : Banyakkan minum air dengan banyak untuk menggantikan air yang telah banyak keluar. Korang juga cari "Oral Salt" di farmasi berdekatan. 

Oral Salt atau Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.

4. Berbentuk sosej tetapi kental
Masalah : Ianya tidak keras dan tidak berbiji biji seperti nombor 1, berkemungkinan kekurangan serat dan juga air.
Solusi : Banyakkan minum air dan juga serat

5. Gumpalan lembut tetapi masih mempunyai bentuk
Bermaksud anak korang memang sihat.

6. Berbentuk sosej, kasar dan terdapat pecahan pecahan kering
Masalah : Pecahan kering pada poop menandakan anak korang kekurangan air 
Solusi : Banyakkan minum air dan serat

7. Berbentuk tidak sekata dan najis lembap
Najis yang sihat akan tetapi kemungkinan anak anda akan menghadapi cirit birit nanti.

8. Najis lembut dan melekat pada mangkuk tandas.
Masalah : Berdapat banyak minyak dalam pemakanan anak anda.
Solusi : Banyakkan minum air dan juga serat


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Friday 20 April 2018

Tip Mudah Kawal Sebaran Selsema


Pernah kan kena macam ini, baru anak pertama sihat selsema, dua tiga hari kemudian terkena balik selsema. Mungkin berjangkit dengan anak kedua.

Meh, Kak Chah kongsikan tip mudah kawal sebaran selsema pada kanak kanak. Jom lihat gambar ya.

1. Asingkan tempat tidur dari adik-beradik yang lain.


2. Buka tingkap supaya ada pengaliran udara segar


3. Asingkan baju "pesakit" ketika membasuh


4. Buang tisu dalam tong sampah bertutup


5. Berikan air suam untuk melegakan mukus


6. Berikan double dose Qaseh Junior



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Thursday 19 April 2018

3 Ringkasan Tentang Gam Arab Wajib Anda Tahu

Korang jangan salah faham ya, gam Arab bukan gam yang budak-budak hisap sampai weng tu. Ni sejenis getah dari pokok Akasia. Gam ni memang bagus untuk kesihatan perut. Nak anak tubuh badan sihat dan juga minda hebat. 

Jaga kesihatan perut dahulu, pasti anak korang hebat apabila besar nanti. 3 ringkasan umum tentang gam arab wajib anda tahu seperti di bawah:-

1. Sebagai sumber serat yang mengembang dalam usus dan melawaskan poopoo

2. Sebagai prebiotik semulajadi untuk sihatkan bakteria usus

3. Membantu kontrol kolesterol




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Wednesday 18 April 2018

5 Langkah Latih Anak Berpuasa Di Bulan Ramadan


Allahu, tak sabarnya nak bertemu dengan bulan Ramadan al-Mubarak! Lagi seronok bila anak-anak cakap mereka pun nak join puasa bulan ni. Alhamdulillah! Jom semak apa yang kita boleh buat sebagai persediaan menuju Ramadan!

5 Langkah latih anak sebulan sebelum berpuasa di bulan Ramadan.

1. Latih bangun awal untuk sahur
2. Kurangkan makan
3. Mulakan membaca Al-Quran
4. Rancang menu Ramadan
5. Berdoa supaya dapat dipertemukan dengan bulan Ramadan


27 hari lagi hendak puasa 2018. Yeay!

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Tuesday 17 April 2018

Anak Aktif Bukan Hiperaktif

Anak aktif bukan hiperaktif. Apa nak buat?.

Hampir setiap masa, ada je aktiviti anak anak. Macam tidak mengenal erti letih. Saat bangun pagi sehingga malam. Asyik bermain aje.

Kalau kita bertandang rumah saudara, ada aje benda yang dipegangnya. Selongkar itu, diambil ni. Saat disekolah pula, cikgu komplen. Anak puan tak duduk diam.

Ibu ibu stress bukan, semua kesedihan dalam satu rasa. Tip simple untuk kurangkan anak aktif. Pastikan anak anak kurang pengambilan air bergas, air manis atau makanan yang bergula.

Inshaa Allah, kurang aktif. Ada yang nak tahu apa itu maksud hiperaktif bagi kanak kanak. Mohon komen yea, baru bersemangat nak menulis.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Monday 16 April 2018

Tip Berkesan Untuk Anak Lebih Fokus Berganda ganda

Tip berkesan untuk anak lebih fokus berganda ganda. Kak Chah, anak saya tak boleh fokus. Fokusnya sekejap aje. Tak sampai 50 saat. Sudah bosan. Mengeja pun belum pandai lagi. Risau saya.

Saya geram sangat, saya pukul dia. Tak boleh aje, saya pukul. Allahu, terdiam Kak Chah.

Takpe puan pelan pelan, nak ajar anak memang perlukan sabar yang banyak. Tarik nafas dan lepaskan hembusan nafas ibarat lepasan amarah tu.

Tip psychology yang selalu Kak Chah buat. Cari apa minat anak yang anak anak terlalu minat.

Contoh anak suka main game. "Sebelum bermain game kena buat homework dahulu, buat 5 soalan aje. Selepas itu, baru boleh main game". Pastikan korang bersabar dan tegas, terus konsisten aje.

Inshaa Allah, bila anak anak sudah dapat rentak. SuperMak tak payah jerit keluar anak tekak, sekali berdeham, anak anak sudah faham.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Sunday 15 April 2018

Anak Badan dan Minda Hebat Perlukan Perhatian

Nak Anak Hebat Badan dan Minda Hanya Perlukan PERHATIAN.

Banyak situasi Kak Chah dengar contohnya anak pembuli, anak dibuli, anak liar, anak malas, anak tercorok, anak kurus dan anak sering sakit.

Mereka hanya perlukan satu jawapan untuk pulih iaitu PERHATIAN. Anak anak sebenarnya perlukan perhatian. Mereka perlukan perhatian ibu bapa untuk bentuk dan jaga mereka.

Kekadang, kita sebagai ibu pun tak tahu apa yang anak anak suka dan minat. Yang menyedihkan orang luar lagi faham anak kita.

Babysitter lagi faham minat anak kita berbanding dengan kita.
Atuk nenek lagi faham minat anak kita berbanding dengan kita
Cikgu cikgu lagi faham minat anak kita berbanding dengan kita.

Sedih kan. Padahal amanah itu, kita yang wajib galas bukan orang lain. Meh la, kita luangkan masa bersama sama anak. Berikan perhatian kepada anak anak supaya mereka rasa dihargai dan sayangi. Barulah anak sihat badan dan minda.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Saturday 14 April 2018

Tip simple untuk jadikan anak kreatif

Tip simple untuk jadikan anak kreatif. Inshaa Allah, jika betul betul amalkan anak jadi makin kreatif. Jom kita praktikkan.

Biarkan anak menerokai dunia imaginasinya sendiri. Contohnya macam cerita upin dan ipin cerita tentang dunia lautan.

Namun begitu, ibu bapa harus memantau apabila anak menerokai dunianya. Kekadang, ditakuti anak hanyut dengan dunia imaginasinya jika tidak dipantau.

Proses interaksi antara ibu bapa dan anak amat diperlukan semasa anak sedang berimaginasi. Ianya bertujuan untuk membantu anak berimaginasi dengan betul.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Friday 13 April 2018

Petua Kunyit Untuk Anak Pulih Selsema

Petua kunyit untuk anak pulih selsema secara semulajadi. Banyak khasiat kunyit antaranya bagus untuk sediakan lapisan pada perut bagi mengelak asid terlebih terkena terus pada dinding usus, jadikan aura kecantikkan supaya kulit lagi berseri dan juga bagus untuk elak selsema.

Antara cara cara untuk sediakan kunyit pada kanak kanak selsema adalah seperti berikut:-

1. Sediakan kunyit hidup. Gosok-gosokkan ke permukaan kasar, contohnya lesung untuk mendapatkan air kunyit.

2. Sapukan air kunyit itu pada batang hidung anak selsema. Ini boleh mengelakkan hidung anak anak tersumbat dan memberi kelegaan kepada pernafasan anak. Amat sesuai untuk anak kecil.

Selain itu, ibu juga boleh menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang anak.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Thursday 12 April 2018

Petua Sembuh Cepat Selsema Dengan Mandikan Air Suam

Petua sembuh cepat selsema dengan mandikan Air Suam. Betul ke, memang betul Kak Chah sudah praktik dekat anak anak. Alhamdulillah, menjadi.

Ibu boleh mandikan anak 3 kali sehari dengan menggunakan air suam. Letakkan sedikit minyak kayu putih dan mandikan bayi seperti biasa.

Wap air yang bercampur dengan minyak kayu putih akan memberikan keselesaan kepada pernafasan anak.

Nak tahu ubat semulajadi untuk elak selsema. Boleh cuba #QasehGoldJunior sebabnya ia mengandungi anti histamin, anti virus dan anti bakteria semulajadi.

14 ramuan padat #QasehGoldJunior mampu pulihkan selsema anak anda.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Wednesday 11 April 2018

Petua Vicks Untuk pulih Selsema

Petua Untuk Pulih Selsema Secara Semulajadi Dengan Gunakan Vicks. Hanya beli Vicks khas untuk bayi yang ada dijual di farmasi, anak pulih selsema dengan cepat.

Caranya ambil sedikit Vicks, sapukan ke dada, belakang, tapak kaki kanak kanak tersebut dan pakaikan stokin.

Selain itu, para supermak juga boleh tinggikan bantal bayi agar dia mudah bernafas.

Inshaa Allah, anak anak tido lena, nak lagi anak pulih, boleh amalkan Qaseh Junior. Terdapat 14 ramuan padat Qaseh Junior mampu pulihkan selsema anak anda.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Tuesday 10 April 2018

Si Bawang Putih dan Si Minyak Zaitun Ubat Selsema Semulajadi





Si Bawang Putih dan Si Minyak Zaitun boleh rawat selsema secara semulajadi. 

Jom kita terjah cara cara untuk sediakan Garlic Oil. Bahan-bahan untuk sediakan Garlic Oil adalah seperti berikut:-

1. Ambil beberapa ulas bawang putih, bakar tanpa minyak sampai keperangan dan ketuk.

2. Masukkan bahan tersebut ke dalam minyak zaitun. Ramas-ramas bahan tersebut agar pati bawang putih tu bercampur dengan minyak.

3. Kemudian sapukan di dada, belakang dan tapak kaki bayi sekerap yang boleh.

4. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang boleh membantu si comel tau.




Nak lagi cepat sembuh selsema dengan cara semulajadi. Boleh cuba #QasehJunior. Best rasanya manis manis kurma dan madu.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Monday 9 April 2018

2 cara selsema boleh merebak dengan cepat

2 cara selsema boleh merebak dengan cepat.

1. Melalui udara - Selalunya selsema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain.

2. Melalui sentuhan tangan - Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika korang sentiasa membasuh tangan. Post sebelum ini Kak Chah dah kongsikan cara mudah nak basuh tangan dengan betul. 

Kalau sudah tahu, jom kita praktikkan sekarang juga ya.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Sunday 8 April 2018

Selsema pada Kanak Kanak

Sumber: Google
Gambar: Kak Chah

Selsema pada kanak kanak dalam bahasa mudah adalah jangkitan pada bahagian atas saluran pernafaan berpunca dari pelbagai virus.


Kajian menyatakan kanak kanak akan menghadapi selsema sebanyak 6 hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka.


Nak elak selsema cepat kering pada anak anak secara semulajadi. Boleh cuba Qaseh Junior sebab ramuanya kaya dengan anti oksidan, anti bakteria, anti virus dan mempunyai serat & prebiotik semulajadi yang boleh melawan penyakit selsema, demam dan batuk.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -


Saturday 7 April 2018

Suhu Air Untuk Anak Demam Panas

Suhu air juga memainkan peranan penting dalam menurunkan demam panas anak anak. Tetapi air sejuk sesuaikah untuk turunkan demam panas anak?.

Ada setengah ibu bapa yang menggunakan air sejuk pada kanak kanak untuk turunkan panas akibat demam. Uishh, kasian anak terkejut mereka. Yea la, anak tengah badan panas, dengan tiba tiba di lap dengan air sejuk. Mesti lah terkejut.

Penggunaan air sejuk, air AIS, atau ketulan AIS untuk tuaman atau sponging akan menyebabkan peningkatkan lagi suhu badan anak. 

Air yang sejuk menyebabkan pembuluh darah dikulit mengecut sehingga panas yang dibawa darah ke kulit terhalang.

Kesimpulanya, elak guna air yang sejuk untuk anak yang sedang demam panas.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

9 Punca Kanak Kanak Mudah Demam

Sumber: Google
Gambar: Kak Chah

Anak anak memang umur 0 - 7 tahun selalu demam sebab sistem pertahanan waktu itu belum cukup matang. Sistem pertahanan belum cukup matang lawan penyakit. 

Sistem pertahanan atau sistem imun ni sama tau. Antara punca demam bagi kanak – kanak seperti berikut:-

1) Jangkitan pada tekak atau telinga

2) Jangkitan paru paru

3) Jangkitan saluran kencing

4) Radang otak

5) Demam denggi

6) Demam campak

7) Penyakit tidak berjangkit seperti

8) Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

9) Juvenile Idiopathic Arthritis (JIA)

Bagaimana Qaseh Junior boleh mengatasi masalah kanak kanak mudah demam, batuk dan selsema?. Adalah dengan bantuan makanan yang ada dalam Qaseh Junior. Qaseh Junior mengandungi 14 ramuan antaranya ialah madu, kurma, delima, tiin, kismis, bayam, minyak zaitun, minyak habbatus sauda, gam arab, pegaga, badam, gingko biloba dan za'faran.

Ramuan ini berfungsi sebagai anti oksidan yang bertindak melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan kuasa sistem imun badan anak anak.

Selain itu Qaseh Junior juga sebagai anti bakteria dan anti virus semulajadi yang melindungi tubuh daripada ancaman bakteria and virus serta menghalang jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan anak anak.

Terdapat juga Vitamin seperti Vitamin E, Folate dan Mineral contohnya zat besi, magnesium dan kalsium.  Vitamin dan Mineral amat diperlukan secara khusus untuk membantu meningkatkan sistem imun bagi melawan ancaman penyakit.

Jom cuba Qaseh Junior.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -