Monday 27 August 2018

4 Sebab Kenapa Anak Suka Mengutip

Kita mak mak geram kan. Anak asyik nak mengutip aje. Pantang ada benda di lantai. Zzapppp di masukkan ke dalam mulut.
Woitt geramnya, belum sempat nak berkelip mata dah kutip yang lain. Haruuu.
Uhhmmmm, sebenarnya anak umur bawah 2 tahun mengutip, tu normal dan ini 4 sebab ringkas kenapa anak suka mengutip?.
1. Mulut bayi memiliki hujung saraf yang lebih banyak berbanding bahagian tubuh lain ujar Penney Hames, seorang ahli psikologi.
2. Rasa ingin tahu terhadap persekitaran dan diri sendiri yang amat tinggi.
Umur begini, sememangnya bayi ingin mengetahui tentang rasa atau tekstur daripada sesuatu, maka mereka lebih cenderung untuk memasukkan barang tersebut ke dalam mulut.
3. Proses nak tumbuh gigi. Bayi kerap memasukkan benda ke mulutnya untuk digigit-gigit kerana gusinya terasa gatal.
4. Secara psikologinya, menghisap ini juga memberi rasa selamat atau aman kepada sesetengah bayi, seolah-olah semasa menghisap susu ibunya.
Ibu ibu hebat mohon #SHARE supaya ramai lagi ibu ibu hebat yang lain tahu.


4 Hal Elak Mak Jadi Hijau Waktu Cuti Sekolah

4 Hal Elak Mak Jadi Hijau Waktu Cuti Sekolah
Mak mak solehah yang bisneh dirumah, makin jadi hijau waktu cuti sekolah. Yea lah, anak ada di rumah sepanjang hari.
4 hal mungkin boleh bantu uols ya.
1. Rancang aktiviti korang sekeluarga setiap hari. Walaupun sekecil kecil perkara atau perkara routine. Listkan apa yang perlu buat.
2. Bawa keluarga berjalan jalan, balik kg atau bercuti ke tempat lain.
3. Jika berjimat, boleh pergi ke tempat free contohnya taman mainan, mandi dipantai/sungai, bawa kepustakaan, pergi melawat anak yatim atau rumah orang tua.
4. Sentiasa senyum dan sabar ya mak mak solehah dunia akhirat 


😍

Sunday 26 August 2018

Mee Goreng Cepat 2 Minit

Ketuk bawang putih dan tumis. Masuk semua bahan kecuali telur.

Lepas tu, masuk garam dan gula sedikit.

Last skali mee kuning dan telur. Gaul gaul. Siap!



Saturday 25 August 2018

Persamaan Bill Gates & Stave Job

Persamaan Bill Gates & Stave Job
Bill Gates dan Stave Job, dua nama yang hebat dalam dunia teknologi.
Kedua duanya arif tentang usia terbaik bagi seorang anak untuk memegang gadget.
Dan dan satu persamaan antara dua jutawan ni adalah mereka tidak membenarkan anak mereka bermain gadget pada peringkat kanak kanak.
Contohnya Bill Gates, anaknya tidak memiliki gadget sebelum berusia 14 tahun.

Thursday 23 August 2018

Gadget dan Otak Mengecil

Kajian mengatakan anak selalu tengok telefon, otak mengecil.

Bila otak mengecil, maka sel saraf otak pun sedikit. Pendek kata, sel otak anak kurang berhubung. Banyak sel otak mati dan sakit.

Kenapa ya?.

Sebab radiasi telefon.

Radiasi telefon diklasifikasikan sebagai "kemungkinan karsinogenik terhadap manusia" oleh WHO.

Nota kaki: Karsinogenik adalah boleh penyebab barah.



Begedil Grill Untuk Anak Umur 1 Tahun Ke Atas

Begedil Grill Untuk Anak Umur 1 Tahun Ke Atas.
Bahannya
1. Kentang rebus dilenyek
2. Ayam rebus ditumbuk bagi hancur)
3. Sayur (apa apa sayur pun boleh janji boleh menarik perhatian anak)
4. Tepung gandum (pengikat supaya doh tak lembik)
Caranya mudah gaulkan semua dan grill.
Tengok gambar ya.
Bahan bahanya

Bulatkan dan leperkan.



Grill kan dengan api kecil

Tada, siapp

Wednesday 22 August 2018

Ketagih Gadget Macam Dadah

Bahaya gadget pada anak adalah sama macam dadah. Ketagih! nak lagi nak lagi dan nak lagih.
Bak kata Dr Delaney Ruston dalam kajiannya mendapati jika otak manusia terdedah kepada smartphone selama 20 jam.
Imbasan MRI memperlihatkan kesan yang sama sepertimana kesan 1 gram kokain terhadap otak manusia.

Saturday 18 August 2018

Air manis dan Demam Anak Kecil

Soalan: Anak demam, bagi air manis untuk tenaga. Betul ke?.

Jawapan : Gula pembiak bakteria, sumber keradangan, memburukkan sistem imun badan.

Soalan: Saya suka bagi air madu. Tapi kalau macam yakult tu boleh ke?

Jawapan: madu elok, sebab ianya bercirikan anti bakteria, anti virus, anti inflamasi dan anti histamin.




Friday 17 August 2018

Makan Buah Untuk Sistem Imun Kuat

"Sistem pertahanan pada penyakit berkurang jika anak kurang makan buah".
Datuk Dr Arshad Hamid.

Thursday 16 August 2018

Anak dan Gula

"Anak usia 1-3 tahun boleh amal 5 sudu teh gula sahaja".


"Anak usia 3-6 tahun boleh amal 8 sudu teh gula sehari".


tapi tapi "anak sekarang makan gula lebih 3x ganda dari apa yang syorkan".

Sumber dari WHO

Teknik Gebukan Pampers Anak

Teknik Gebukan Pampers Anak.

Teringat ada sorang akak ni, kongsikan teknik nak gebukan pamper anak.

Yea lah kekadang anak pun tak selesa pamper keras sangat. Berbirat merah di celah peha. Kesian kan.

Inshaa Allah cara ni kurangkan rasa tak selesa dan merah kat punggung anak tu.

Anak pun malam malam boleh tido lena. pamper sudah lembut kan.

Jom #SHARE jika bermanfaat.




Tuesday 14 August 2018

Tip Pemilihan Buku Untuk Anak Kecil

Tip Pemilihan Buku Untuk Anak 0-5 Tahun.

Mungkin boleh bantu mak mak muda gojes untuk belikan buku yang macamna pada anak bijak korang.

Bayi 6-12 Bulan
1. Kertas tebal ie; kadbod supaya boleh disentuh
2. Objek foto yang biasa dilihat
3. Halaman muka surat yang kukuh
4. Material jenis plastik jika terkena air tiada masalah atau jenis kain (clothbook) yang boleh dibasuh

Kanak-kanak 1-2 Tahun
1. Kertas tebal yang ada pemegang
2. Gambar yang biasa anak lakukan
3. Jadikan bahan bacaan sebelum tidur
ie; buku yang berkaitan dengan 'good bye' dan 'hello'
4. Warna terang dan ilustrasi menarik
5. Buku jenis boleh 'rasa' dan 'sentuh' ie; haiwan dan bunga

Kanak-kanak 2-3 Tahun
1. Buku yang bercerita mudah
2. Ayat mudah dengan gambar yang menerangkan teks
3. Perkataan yang mudah supaya anak boleh mengingatinya
4. Berkaitan dengan kiraan, abjad, bentuk, haiwan kenderaan atau buku tentang masa bermain
5. Buku dengan gambar dan perkataan yang lucu

Kanak-kanak 3-5 Tahun
1. Buku ada elemen matematik dan sains ie; saiz, masa atau trak sampah
2. Buku mengenai perkara yang disukai oleh anak pada usia ini ie; kereta api, haiwan atau memasak
3. Illustrasi dan foto yang jelas, warna-warni dan menarik
4. Ada bahagian perkataan yang berulang-ulang untuk daya memori anak
5. Isi kandungan buku mengenai kehidupan seharian. Untuk menggalakkan anak bertanya soalan dan meneroka dunia mereka
6. Buku mengandungi gambar dan ayat ringkas iaitu lebih kurang lima patah perkataan dan ada jalan cerita yang menyeronokkan

Dah baca sampai habis, #SHARE tau biar orang lain dapat info jugak.


Monday 13 August 2018

Saturday 11 August 2018

Kesalahan Anak

"Kita mudah mencari kesalahan anak daripada mencari 1001 kebaikan anak".

Friday 10 August 2018

Gilap Potensi Anak


"Mak Ayah hebat adalah mereka yang berjaya gilap potensi atau skill anak anak".


Thursday 9 August 2018

Wabak HFMD

Wabak HFMD masih aktif lagi, 3 buah taska dah di tutup hari ni di Gombok. kata Dr Khalid, Doktor Klinik 24.

Sedikit info ringkas pasal HFMD. HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut.

Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ni.

Mak mak ambil tahu juga pasal tanda-tandanya. Kalau nampak tanda tandanya cepat cepat ke klinik tau.

Ini tanda tanda HFMD.

1. Ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki. 
2. Mengalami sakit tekak
3. Demam ringan
4. Kelihatan keletihan

Bayi yang dijangkiti HFMD mungkin tak mahu menyusu atau makan kerana kudis dalam mulut mereka yang sangat menyakitkan.

Mak mak hebat, ambil cakna tau pasal ni.


Wednesday 8 August 2018

3 Cara Naikkan Keyakinan Diri Anak Lelaki

1. Berikan kepercayaan terhadap anak lelaki. Percaya dia boleh lakukan sesuatu dengan baik.

Al maklumlah anak lelaki agak lasak dan jika mereka melakukan sesuatu tentu tentu agak kasar sedikit. Usah risau, terus percaya pada mereka.

2. Selalu bagitahu tanggungjawab lelaki lebih besar dari perempuan.

3. Wujudkan hubungan rapat antara anak lelaki dengan ayahnya.

Dalam sebuah kajian oleh Father Involvement Research Alliance telah menunjukkan bahawa anak memiliki sifat lebih konfiden, emosi yang stabil, dan berani meneroka persekitaran mereka.

Dan bila meningkat usia 3 tahun, mereka juga lebih bijak bersosial, mudah menyelesaikan masalah, dan memiliki IQ yang lebih tinggi.

Boleh #SHARE jika bermanfaat.


Tuesday 7 August 2018

Tip Anak Anak Dulu Dulu

Ibu bapa berpengaruh ni. Berdehem sikit, berdecit anak berlari.

Mak mak hebat setuju tak?.

Monday 6 August 2018

Didikan Anak Lelaki VS Anak Perempuan

Stress kan nak didik anak macamne, mungkin mak mak hebat boleh rujuk ini untuk panduan kita semua.



Sunday 5 August 2018

Pendengaran (Telinga) Anak Lelaki VS Anak Perempuan

Pendengaran (Telinga) Anak Lelaki VS Anak Perempuan

Mak mak hebat meh ambik tahu jugak tentang fitrah anak lelaki dan anak perempuan.

Bila kita tahu tentang keadaan ni, Inshaa Allah kurang sikit kita beremosi dengan anak. Nak marah, nak melenting, eh sabar istifar cepat cepat.

Telinga anak lelaki bersifat "mono", contohnya di mana mata memandang, di situlah telinga akan mendengar.

Jadi kalau anak lelaki tengah menonton TV, janganlah dipanggil dan suruh buat apa-apa, memang mereka tak dengar.

Mak mak hebat ni harus berdiri di hadapan mereka, kemudian baru ucapkan apa yang ingin disampaikan.

Telinga anak wanita pulak bersifat "stereo", contohnya sambil buat kerja sekolah, boleh dengar lagu, dan kalau ada cicak di dinding pun, semua boleh didengarnya.

Mak mak hebat setuju tak, Kak Chah setuju. Sumber Dr Aisyahariz, moh ler #SHARE jika bermanfaat.


Friday 3 August 2018

Tiada anak yang nakal

Kata Dari Alhabib Muhammad Alhabsyi

"Tiada anak yang nakal, yang ada hanyalah ibu bapa yang tak sabar".
"Tiada anak yang nakal, yang ada anak belum mengerti".
"Tiada anak yang nakal, yang ada hanyalah pendidik yang terburu buru melihat hasilnya".



Thursday 2 August 2018

Doa Ringkas Untuk Mak Mak Stress

Bila buntu dengan anak anak. Stress yang amat sangadd, tak tahu nak buat apa. Usah fikir sampai macam nak pecah kepala. 

Baca ni Lailahaila anta subhanaka iini kuntu minal zalimin.

Bila kita baca ayat tu Allah akan keluarkan kita dari kebuntuan, kesakitan, kemiskinan, fitnah, musibah, kesedihan dan Allah beri jalan keluar dari segalanya.

-Ustaz Ebit Liew-


Wednesday 1 August 2018

9 Penyebab Anak Anak Berperangai Negatif

9 Penyebab Anak Anak Berperangai Negatif
1. Jika anak kita kedekut, mungkin kerana kita tidak mengajarnya hidup berkongsi.
2. Jika anak kita lemah, mungkin kita sering menakut nakutkannya.
3. Jika anak kita suka buli, mungkin kita sentiasa menunjukkan perbuatan ganas kepadanya.
4. Jika anak kita mudah menjerit, mungkin kerana kita tidak memberikan perhatian penuh kepadanya.
5. Jika anak kita suka marah, mungkin kerana kita sering kali mengabaikannya.
6. Jika anak kita suka mencuri, mungkin kita tidak memberi.
7. Jika anak kita mudah cemburu, mungkin kerana kita sentiasa mempertahankannya walaupun anak itu melakukan kesalahan.
8. Jika anak kita pendiam, mungkin kita kurang bercakap dengannya.
9. Jika anak kita suka nenipu mungkin kerana kita sentiasa menghukumnya dengan kesakitan di setiap kesalahan yang dilakukan.