Tuesday 14 August 2018

Tip Pemilihan Buku Untuk Anak Kecil

Tip Pemilihan Buku Untuk Anak 0-5 Tahun.

Mungkin boleh bantu mak mak muda gojes untuk belikan buku yang macamna pada anak bijak korang.

Bayi 6-12 Bulan
1. Kertas tebal ie; kadbod supaya boleh disentuh
2. Objek foto yang biasa dilihat
3. Halaman muka surat yang kukuh
4. Material jenis plastik jika terkena air tiada masalah atau jenis kain (clothbook) yang boleh dibasuh

Kanak-kanak 1-2 Tahun
1. Kertas tebal yang ada pemegang
2. Gambar yang biasa anak lakukan
3. Jadikan bahan bacaan sebelum tidur
ie; buku yang berkaitan dengan 'good bye' dan 'hello'
4. Warna terang dan ilustrasi menarik
5. Buku jenis boleh 'rasa' dan 'sentuh' ie; haiwan dan bunga

Kanak-kanak 2-3 Tahun
1. Buku yang bercerita mudah
2. Ayat mudah dengan gambar yang menerangkan teks
3. Perkataan yang mudah supaya anak boleh mengingatinya
4. Berkaitan dengan kiraan, abjad, bentuk, haiwan kenderaan atau buku tentang masa bermain
5. Buku dengan gambar dan perkataan yang lucu

Kanak-kanak 3-5 Tahun
1. Buku ada elemen matematik dan sains ie; saiz, masa atau trak sampah
2. Buku mengenai perkara yang disukai oleh anak pada usia ini ie; kereta api, haiwan atau memasak
3. Illustrasi dan foto yang jelas, warna-warni dan menarik
4. Ada bahagian perkataan yang berulang-ulang untuk daya memori anak
5. Isi kandungan buku mengenai kehidupan seharian. Untuk menggalakkan anak bertanya soalan dan meneroka dunia mereka
6. Buku mengandungi gambar dan ayat ringkas iaitu lebih kurang lima patah perkataan dan ada jalan cerita yang menyeronokkan

Dah baca sampai habis, #SHARE tau biar orang lain dapat info jugak.


No comments:

Post a Comment