Monday 27 August 2018

4 Sebab Kenapa Anak Suka Mengutip

Kita mak mak geram kan. Anak asyik nak mengutip aje. Pantang ada benda di lantai. Zzapppp di masukkan ke dalam mulut.
Woitt geramnya, belum sempat nak berkelip mata dah kutip yang lain. Haruuu.
Uhhmmmm, sebenarnya anak umur bawah 2 tahun mengutip, tu normal dan ini 4 sebab ringkas kenapa anak suka mengutip?.
1. Mulut bayi memiliki hujung saraf yang lebih banyak berbanding bahagian tubuh lain ujar Penney Hames, seorang ahli psikologi.
2. Rasa ingin tahu terhadap persekitaran dan diri sendiri yang amat tinggi.
Umur begini, sememangnya bayi ingin mengetahui tentang rasa atau tekstur daripada sesuatu, maka mereka lebih cenderung untuk memasukkan barang tersebut ke dalam mulut.
3. Proses nak tumbuh gigi. Bayi kerap memasukkan benda ke mulutnya untuk digigit-gigit kerana gusinya terasa gatal.
4. Secara psikologinya, menghisap ini juga memberi rasa selamat atau aman kepada sesetengah bayi, seolah-olah semasa menghisap susu ibunya.
Ibu ibu hebat mohon #SHARE supaya ramai lagi ibu ibu hebat yang lain tahu.


No comments:

Post a Comment