Tuesday 12 December 2017

Bahaya Minuman Soda

Sumber: Qaseh Gold Junior
Gambar: Qaseh Gold Junior


Mesti ramai yang tentang bahaya minuman soda, tetapi ramai yang minum soda ini. Termaksud anak Kak Chah sendiri. Insha Allah  tengah berusaha sifar soda. Jom kita baca bahaya minuman soda kepada kesihatan.

1. Gigi Rosak



2. Diebetes




3. Osteoporosis



4. Obesiti



5. Dehidrasi



6. Penyakit Jantung



Jom ramai ramai kongsikan tentang bahaya minuman soda.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Friday 8 December 2017

Qaseh Gold Junior Berevolusi

Alhamdulillah, perubahan demi perubahan untuk baiki taraf kesihatan anak anak kita. Setiap hari kian mencabar sistem imun anak-anak kita.

Semakin moden kehidupan kita maka kita tak boleh bergantung pada cara melindungi anak-anak kita dengan cara yang sama.

Kuman & bakteria sentiasa berevolusi maka pemakanan kesihatan pun perlu berevolusi.

Qaseh Gold Junior juga berevolusi dengan kandungan FORMULASI DIPERTINGKATKAN untuk melindungi anak-anak yang aktif membesar dengan perlindungan sistem imun yang baik setiap hari.

Sudah pasti Qaseh Junior yang terbaik buat mereka supaya ibu bapa juga senang hati dan gembira. 

Anak sihat dan cerdik, ibu ibu pun gembira.

Packging lama

Packging baru

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya

Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Thursday 7 December 2017

Kelebihan Qaseh Gold Junior Edisi Omar dan Hana

Post sebelum ini, Kak ada share tentang Vitamin K dan Vitamin D ada kaitan dengan kalsium dan kalisiumsangat penting dalam kehidupan kita seharian.

Oleh itu, Qaseh Gold Junior memilih KALISUM MARIN dalam formulasi diperbaharui Qaseh Gold Junior kerana kelebihannya dalam memberikan solusi sumber kalsium untuk anak-anak.

KALSIUM MARIN menawarkan 2 alternatif kepada anak-anak, iaitu:


  • Alternatif untuk anak-anak yang tidak suka minum susu.
  • Alternatif untuk anak-anak yang ada masalah dengan makanan dan sumber tenusu, contohnya Lactose Intolerance, Milk Allergy dan Casein Sensitivity



Kalsium marin merupakan salah satu sumber kalsium semulajadi yang tinggi khasiat dan diperlukan oleh tubuh untuk membina dan menguatkan tulang & gigi.




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya

Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Wednesday 6 December 2017

7 Simptom Tonsilitis Pada Anak Anak

Sumber: Qaseh Gold Junior
Gambar: Qaseh Gold Junior



Apakah itu Tonsilitis. Ini basic medical termilologis yang Kak Chah belajar. Perkara yang berakhir dengan "itis" adalah merujuk kepada "inflammation" atau radang. Ini bermaksud tonsil yang sedang radang. Contoh radang adalah merah, bengkak dan panas.

Tonsil adalah 2 nodus limfa yang ada dalam mulut kita. Ianya berada di belakang tekak manusia. Fungsi tonsil adalah untuk menghalang bakteria masuk kedalam tubuh badan kita.

Perasan kan, biasanya doktor akan check mulut dulu. nak tengok merah atau bengkak ke tidak tekak kita. Tonsilitis boleh terjadi pada sesiapa, tidak kira umur dan jantina. Tonsil tidak memberbahaya, ianya sebagai petunjuk kepada sistem imun badan sedang berfungsi dengan baik.

Simptom tonsilitis adalah seperti ini.

1. Tonsil merah




2. Sakit Tekak


3. Tak selera makan


4. Sakit telinga


5. Nafas berbau


6. Demam


7. Sakit kepala


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday 4 December 2017

7 Aktiviti Jimat Di Musim Cuti Sekolah

Sumber: Qaseh Gold Junior
Gambar: Qaseh Gold Junior

7 aktiviti jimat untuk anak anak di musim cuti sekolah. Boringkan tak ada apa nak buat. Jom ajak anak buat aktivit jimat ini. Senang sahaja.

1. Bersenam

Bawa anak anak bersenam di taman taman. Kalau di kl ni, tempat paling popular adalah Taman Layang Layang Kl. Kalau petang memang ramai orang. Kalau tidak suka ramai orang, pergi pagi. Segar pun segar, hirup udara pagi.



2. Sesi Bercerita

Contoh paling senang buat makan makan simple, ajak kawan kawan anak untuk makan dirumah kita. Buatkan satu ruang untuk anak anak beraktiviti. Beraktiviti seperti bercerita. Ceritakan yang anak anak suka. Insha Allah. boleh buatkan anak anak kembangkan idea kreatif mereka.



3. Memasak

Antara aktiviti yang paling jimat adalah aktiviti memasak. Ajak anak anak buat aktiviti memasak bersama sama. Contoh masakkan simple adalah masak cekodok. Biarkan anak anak tolong kita semasa menggoreng misalnya.



4. Melakukan Eksperimen Sains

Eksperimen sains tidak semestinya yang hebat hebat, meletop bagai. cukuplah sekadar yang simple simple. Contohnya pemahaman tentang fotosintesis, daun memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Fotosintesis ini adalah tumbuhan untuk membuat makanan bagi tenaga untuk membesar. Tanpa cahaya tumbuhan itu tidak boleh hidup. Simple kan.



5. Menaman Tumbuhan Hidroponik

Yeyyy, ini juga aktiviti yang simple dan jimat. Tumbuhan juga boleh hidup tanpa tanah, cuma perlu air. Macam macam boleh taman, contohnya kangkung, bayam dan sebagainya.



6. Ajar Kemahiran Asas

Ya, time cuti cuti yang panjang adalah waktu terbaik untuk ajar kemahiran asas. contohnya lipat baju, basuh pinggan dan bersih rumah. Gunakan aitiviti tersebut dengan maksima supaya jadi anak yang berdikari.



7. "Indoor Camping"

Indoor camping contohnya main pondok pondok dalam rumah atau aktiviti buat rumah di kawasan rumah kita. Bawakan makanan atau peralatan untuk camping. Tentu anak anak suka.



Wow, jimat kan dengan 7 aktiviti anak anak di musim cuti sekolah.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Friday 1 December 2017

30 Cara Pupuk Bakat Anak Anak Anda

Sumber: Dr Tengku Asmadi 
Gambar: Google
  1. Biarkan anak anda mencari sendiri minatnya. 
  2. Dedahkan anak anda kepada pengalaman yang pelbagai. 
  3. Beri peluang kepada anak anda untuk membuat kesilapan. 
  4. Kemukakan pertanyaan. 
  5. Rancangkan satu projek kreatif khas yang melibatkan semua ahli keluarga. 
  6. Jangan memberi tekanan kepada anak anda untuk belajar. 
  7. Wujudkan harapan yang tinggi tetapi realistik.
  8. Kongsikan pengalaman pekerjaan anda.  
  9. Wujudkan persekitaran yang kaya dengan rangsangan deria. 
  10. Kekalkan semangat dan minat anda terhadap ilmu dan pendidikan kerana ia akan menjadi teladan baik kepada anak anda.
  11. Jangan memanggil atau melabel anak anda dengan sesuatu panggilan atau label yang negatif kerana ia akan menghadkan keazamannya untuk mengembangkan keistimewaan dalamannya.
  12. Adakan aktiviti permainan bersama sekeluarga.
  13. Wujudkan masa sekeluarga yang tetap untuk membaca, berhibur dan berbincang bersama-sama.
  14. Sediakan bahan-bahan rujukan untuk anak anda menjelajah dunia ini.
  15. Benarkan anak anda mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti yang ia minati.
  16. Gunakan senda-gurau, jenaka dan cerita rekaan untuk menggalakkan kreativiti mereka.
  17. Jangan cepat mengkritik atau menghakimi perkara yang anak anda lakukan. 
  18. Bekalkan anak anda dengan kemudahan komputer di rumah atau sekolah.
  19. Dengar dengan teliti perkataan anak anda. Perkara yang ia paling ambil berat mungkin memberi petunjuk kepada bakat istimewanya.
  20. Berikan anak anda kawasan khas di rumah untuk melakukan aktiviti kreatifnya.
  21. Pujilah sikap tanggungjawabnya apabila ia berjaya melengkapkan kerja di rumah yang diberikan.
  22. Adakan lawatan sekeluarga ke tempat-tempat baru.
  23. Berikan anak anda permainan yang terbuka (cara bermain yang tidak mempunyai had).  Mainan seperti blok (Lego dsb.) dan boneka menggalakkan imiginasi.
  24. Berikan anak anda masa bebas untuk berfikir dan berangan-angan tentang masa depan.
  25. Berkongsilah kisah-kisah inspirasi tentang orang-orang yang telah berjaya dalam masyarakat.
  26. Jangan terlalu tonjolkan perbezaan peranan umum dari segi jantina. Dedahkan anak anda dengan kedua-dua mainan dan aktiviti untuk lelaki dan perempuan.
  27. Elakkan membanding anak anda dengan orang lain. Bantu anak anda membandingkan dirinya dengan pencapaian lampaunya sendiri.
  28. Jadilah ibu atau bapa yang anak anda boleh bergantung, meluah perasaan dan berbincang.
  29. Gunakan acara dan institusi komuniti untuk menghidupkan minatnya. Selalulah membuat lawatan ke perpustakaan, muzium, pameran dan sebagainya.
  30. Hargai hasil-hasil ciptaan  dan rekaan anak anda.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM



Kenali Bakat Anak Anak Anda

Sumber: Dr Tengku Asmadi
Gambar:Google image

Bagaimana Mengenali Bakat Anak?

Lihat dalam keluarga dan keturunan, apa kebolehan istimewa yang ada.  Berkemungkinan besar anak kita memilikinya juga.  Oleh itu cubalah asuh dan lihat hasilnya.

Jalankan ujian psikometri.  Ujian psikometri memerlukan anak-anak menjawab beberapa soalan, malah ada yang disediakan secara online.

Ia membolehkan ibu bapa mengenali kecerdasan pelbagai anak (Dr. Howard Gardner, 1983). Bahasa  ("word smart"): 

  1. Logik-Matematik ("number/reasoning smart") 
  2. Spatial/Ruang ("picture smart") 
  3. Jasmani Kinestatik ("body smart") 
  4. Muzik ("music smart") 
  5. Interpersonal ("people smart") 
  6. Intrapersonal ("self smart") 
  7. Alam Semulajadi - Naturalis ("nature smart")
  8. Spritual - Agama
Berikan perhatian kepada anak.  Teliti betul-betul perkembangannya.  Lihat apa yang dia boleh lakukan dengan baik.  Berikan anak tugasan yang pelbagai.  Dampingi anak ketika dia melakukan aktiviti dan bermain.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Wednesday 29 November 2017

Pupuk Bakat Anak Anda Dari Kecil

Asalnya Kak Chah nak google tentang prestasi dan anak anak sebagai rujukan untuk anak anak Kak Chah. Kak Chah tertarik dengan topik yang di bawa oleh Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad tentang bakat perlu dipupuk diawal usia.

Mentaliti sekarang, anak anak perlu hebat dalam pelajaran. Isu contohnya ibu bapa terlalu utamakan kejayaan akademik.  Malah ada yang obses semua ‘A’. Hakikatnya tidak semua anak anak akan berjaya dalam bidang akademik, ada juga yang tercicir. 

Setengah ibu bapa tidak sedar bahawa bakat membolehkan anak mencari rezeki dan tidak menganggur. Mungkin ibu bapa dimogokkan dengan persepsi lama, hendak gaji besar kena kerja makan gaji.

Antara isu yang diketengahkan oleh Dr. Tengku Asmadi juga adalah seperti berikut:
  • Bakat juga boleh menjadi pendapatan sampingan.
  • Apabila bakat lambat dipupuk, anak rugi dan negara juga rugi.

Antara contoh bakat yang boleh membawa pendapatan adalah melukis (komik), bertukang, mengurut, mengandam, bersolek, fotografi, menggubah, bersukan, dan sebagainya.
  • Setiap anak itu unik.
  • Setiap anak Allah telah tentukan rezekinya.
  • Bukan pelajaran sahaja yang penting.
  • Setiap tingkahlaku ada positifnya.
  • Bakat dan minat itu berbeza.  Anak mungkin minat (pengaruh) tapi dia tidak berbakat.
  • Mengenali bakat diperingkat awal membolehkan kita memupuk dan mengembangkannya.


Punca sebenarnya adalah mindset kita sebagai ibu bapa. Betulkan mindset Inshaa Allah segalanya akan baik sahaja. Antara contohnya adalah:-


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Dato' Aliff Syukri dan Surat Dari Pengetua Sekolah

Sumber: Qaseh Gold Junior
Gambar: Qaseh Gold Junior

Subhanallah, Kak Chah terkesan dengan surat yang di hantar oleh pengetua sekolah belum peperiksaan. Memang realiti ibubapa teruja dengan bilangan "A" UPSR hingga terlupa perjalanan anak anak kita masih jauh lagi.

Jangan disangka anak anak yang kelas tercorok, akhirnya lagi berjaya mendapat income yang banyak berbanding dengan pelajar yang kelas pertama. Contoh yang terdekat adalah Dato' Aliff Syukri, pengasas dherbs terlajak laris.

Berdasarkan Ig yang Kak Chah selalu follow. Dato' Aliff Syukri adalah orang sederhana, macam kita kita sahaja, tetapi macam mana beliau boleh hebat dalam kehidupannya itu. Satu sahaja yang Kak Chah perhatikan adalah sikap yang nekad. Nekad dalam melakukan apa sahaja, tidak kisah apa yang nak kata.

Jom kita baca surat yang disampaikan oleh seorang pengetua sekolah di Singapura kepada ibu bapa sebelum peperiksaan.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
https://www.wasap.my/60176155038/aisyahhamidblog

Saturday 25 November 2017

5 Aktiviti Bina Keyakinan Anak Anak

Sumber: Qaseh Gold Junior HQ
Gambar: Qaseh Gold Junior HQ

1. Mempunyai kawan baik

Dengan pergaulan rakan sebaya dapat menjadikan anak lebih terbuka untuk berkomunikasi. Selain menimbulkan perasaan sayang & ambil berat terhadap orang sekeliling.

2. Jadual tugas harian

Dengan penanda aras yang anak perlu ikut, ia akan menjadikan anak berdikari & menepati masa. Tdak perlu jadual yang padat, cukup sekadar tugasan harian & tidak membebankan anak.

3. Biar mereka buat pilihan

Apabila anak tahu apa yang mereka inginkan, bermaksud anak jelas tentang sesuatu kemahuan. Biar mereka buat keputusan disamping kita perlu beritahu tentang kesan baik atau buruk sesuatu tindakan,

4. Galakkan membuat kerja rumah

Mulakan dengan skala kecil, seperti susun kasut dirak tersedia atau lipat pakaian sendiri. Seterusnya beralih kepada siram pokok bunga mama atau basuh kereta papa. 

5. Beri pujian kepada anak

Dalam setiap apa yang dilakukan oleh anak kata-kata pujian seperti "syabas", "tahniah" atau "bijak" adalah dapat meningkatkan keyakinan si anak. Ia akan menjadi galakkan untuk anak lebih melakukan yang terbaik.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
https://www.wasap.my/60176155038/aisyahhamidblog

Kisah Semut Dari Ustaz Amin



Sekadar Berkongsi tentang Kisah Semut dari Ustaz Amin.

P/S: Klau ada semut gigit kita, kita ambil letak tempat selamat ke atau kasi mati terus..huhu..yang pilihan korang. Ingat! semut adalah satu masyarakat yang bertasbih.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
https://www.wasap.my/60176155038/aisyahhamidblog

Friday 24 November 2017

8 Kebaikan Delima Untuk Kanak Kanak

Jom kita baca 8 kebaikan delima untuk kanak kanak.




1. Mengurangkan demam




2. Kuatkan sistem imunisasi



3. Melagakan imflamasi



4. Anti Kanser


5. Melegakan masalah penghadaman




6. Mengurangkan risiko enemia




7. Melegakan sakit otot



8. Melindungi hati


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Wednesday 22 November 2017

Masalah Bantut Dikalangan Kanak Kanak

Sumber: Malaysia Kini dan wikipedia
Gambar: Google Image

Semalam Kak Chah ada terbaca artikel tentang masalah obes dan kurang berat badan dikalangan kanak kanak. Rupanya masalah kurang berat badan juga kritikal isu di malaysia.

Ini kata wakil UNICEF Malaysia Marianne Clark-Hattingh. "Malaysia sebuah daripada negara di Asia Tenggara yang menghadapi kedua-dua masalah pemakanan iaitu masalah berat badan berlebihan dan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak".

Masalah bantut dikalangan kanak kanak masih ada. Masalah bantut (stunting) dan susut berat badan (wasting) dalam kalangan kanak-kanak negara ini masih wujud.

Memetik statistik terkini daripada Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS 2015), Clark-Hattingh berkata lapan peratus (8%) kanak-kanak dalam kumpulan yang sama menderita masalah kekurangan nutrisi yang teruk.

Malnutrisi boleh berlaku dan maksud malnutrisi adalah kekurangan makanan seimbang pada individu. Contohnya:-
  • Kekurangan sumber seperti protein yang diperlukan untuk membina badan dan otot yang sihat.
  • Kekurangan karbohidrat untuk tenaga yang diperlukan oleh badan. 
  • Kekurangan zat besi pula diperlukan untuk membolehkan sel darah berfungsi dengan sempurna.
Antara simptom yang boleh menunjukkan berlakunya malnutrisi adalah seperti kanak yang sangat kurus. Namun malnutrisi juga boleh berlaku kepada anak-anak terlebih berat badan.

Kesan daripada malnutrisi akan melambatkan tumbesaran kanak-kanak, menyebabkan mereka lebih mudah sakit dan memberi kesan pada kebolehan kognitif, lalu menghalang mereka mencapai potensi sebenar dalam kehidupan mereka.




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

7 Langkah Kurangkan Gula Di Kalangan Kanak Kanak

Sumber: Myhealth Portal,KKM
Gambar: Google image

7 Langkah bijak mengurangkan gula di kalangan kanak kanak. Memang mencabar untuk ibu ibu diluar sana untuk kurangkan gula kepada anak anak mereka.

Kunci utama bagi Kak Chah adalah disiplin dan konsisten. Inshaa Allah berjaya. Baca seperti dibawah:-

1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.

6. Ibu bapa di galakkan membaca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan sebelum berikan pada anak anak.

7. Selain itu, pilihlah produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.

Inshaa Allah, anak anak akan bebas dari obes dan penyakit diabetis.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday 20 November 2017

Gula Tersembunyi Dalam Makanan Anda



Statistik obesiti dikalangan anak anak, semakin meningkat hari ke hari. 

Menurut kajian yang dijalankan Persatuan Pemakanan Malaysia, hampir 30 peratus (28.4 peratus) kanak-kanak dan remaja, berusia enam hingga 17 tahun, mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti - Malaysia kini.

Kajian yang melibatkan 8,705 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara itu, turut menunjukkan lebih ramai pelajar lelaki (32.9 peratus) mempunyai berat badan berlebihan berbanding pelajar perempuan (24.7 peratus) - Malaysia kini.

Peratusan di atas memang menakutkan, seiring itu Kak Chah ingin kongsikan gula yang tersembunyi dalam makanan harian kita.






Kekadang kita tidak sedar bahawa makanan tersebut tinggi gula. Nak tahu kesan apabila mengambilan gula berlebihan, boleh klik sini.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Sunday 19 November 2017

Qaseh Gold Membantu Bukan Penyembuh

Alhamdulillah, Kak Chah terkesan dengan kata kata founder Qaseh Gold pada 2 minggu lepas, semasa Kak Chah menghadiri bengkel rebranding Qaseh Gold Junior dengan kolabrosi antara Omar dan Hana.

Kata kata Puan Hasniza Hassan mengenai Qaseh Gold adalah produk ini membantu bukan menyembuhkan sesuatu penyakit, dengan izin Allah. Contoh ringkas tentang membantu seperti ini.

Pesakit mempunyai kanser, sekurang kurang boleh membantu memberikan kualiti yang baik kepada pesakit kanser. Kualiti yang baik dari segi:-
  • Membantu pesakit kanser senang tidur
  • Membantu menyenang untuk pembuangan air besar
  • Melengkapkan nutrisi nutrisi yang kurang pada pesakit kanser

Alhamdulillah, Kak Chah menjiwai kata kata itu. 


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Saturday 18 November 2017

Tip Penjagaan Perut Anak Anak Anda

Hari ini Kak Chah nak post tentang tip penjagaan perut anak anak anda. Lihat pada gambar ya.










Jom kita sama sama jaga perut anak kita ya.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM