Friday 1 December 2017

30 Cara Pupuk Bakat Anak Anak Anda

Sumber: Dr Tengku Asmadi 
Gambar: Google
  1. Biarkan anak anda mencari sendiri minatnya. 
  2. Dedahkan anak anda kepada pengalaman yang pelbagai. 
  3. Beri peluang kepada anak anda untuk membuat kesilapan. 
  4. Kemukakan pertanyaan. 
  5. Rancangkan satu projek kreatif khas yang melibatkan semua ahli keluarga. 
  6. Jangan memberi tekanan kepada anak anda untuk belajar. 
  7. Wujudkan harapan yang tinggi tetapi realistik.
  8. Kongsikan pengalaman pekerjaan anda.  
  9. Wujudkan persekitaran yang kaya dengan rangsangan deria. 
  10. Kekalkan semangat dan minat anda terhadap ilmu dan pendidikan kerana ia akan menjadi teladan baik kepada anak anda.
  11. Jangan memanggil atau melabel anak anda dengan sesuatu panggilan atau label yang negatif kerana ia akan menghadkan keazamannya untuk mengembangkan keistimewaan dalamannya.
  12. Adakan aktiviti permainan bersama sekeluarga.
  13. Wujudkan masa sekeluarga yang tetap untuk membaca, berhibur dan berbincang bersama-sama.
  14. Sediakan bahan-bahan rujukan untuk anak anda menjelajah dunia ini.
  15. Benarkan anak anda mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti yang ia minati.
  16. Gunakan senda-gurau, jenaka dan cerita rekaan untuk menggalakkan kreativiti mereka.
  17. Jangan cepat mengkritik atau menghakimi perkara yang anak anda lakukan. 
  18. Bekalkan anak anda dengan kemudahan komputer di rumah atau sekolah.
  19. Dengar dengan teliti perkataan anak anda. Perkara yang ia paling ambil berat mungkin memberi petunjuk kepada bakat istimewanya.
  20. Berikan anak anda kawasan khas di rumah untuk melakukan aktiviti kreatifnya.
  21. Pujilah sikap tanggungjawabnya apabila ia berjaya melengkapkan kerja di rumah yang diberikan.
  22. Adakan lawatan sekeluarga ke tempat-tempat baru.
  23. Berikan anak anda permainan yang terbuka (cara bermain yang tidak mempunyai had).  Mainan seperti blok (Lego dsb.) dan boneka menggalakkan imiginasi.
  24. Berikan anak anda masa bebas untuk berfikir dan berangan-angan tentang masa depan.
  25. Berkongsilah kisah-kisah inspirasi tentang orang-orang yang telah berjaya dalam masyarakat.
  26. Jangan terlalu tonjolkan perbezaan peranan umum dari segi jantina. Dedahkan anak anda dengan kedua-dua mainan dan aktiviti untuk lelaki dan perempuan.
  27. Elakkan membanding anak anda dengan orang lain. Bantu anak anda membandingkan dirinya dengan pencapaian lampaunya sendiri.
  28. Jadilah ibu atau bapa yang anak anda boleh bergantung, meluah perasaan dan berbincang.
  29. Gunakan acara dan institusi komuniti untuk menghidupkan minatnya. Selalulah membuat lawatan ke perpustakaan, muzium, pameran dan sebagainya.
  30. Hargai hasil-hasil ciptaan  dan rekaan anak anda.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM



No comments:

Post a Comment