Saturday 9 March 2019

Selesaikan Ekzema Di Musim Panas

Musim panas, memang kerap terjadi pada anak ekzema. Jom kita baca, bagai hendak selesaikannya.

Ekzema dan apakah tanda tanda dan gejala ekzema?.
Ringkasan tanda tanda adalah seperti ini 
1. Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki. 
2. Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit. 
3. Bengkak kecil yang berair. 

Inilah cara ringkas bagaimana hendak menolong anak ekzema?.
1.Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman. 
2. Elakkan mandi air panas/suam. 
3. Elakkan memakai baju berlapis-lapis. 
4. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis. 
5. Elakkan dari fabrik yang kasar. 
6. Jangan gunakan sabun apabila mandi. 
7. Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda. 
8. Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor. 

sumber: http://www.myhealth.gov.my/ekzema/

Semoga bermanfaat.


Friday 8 March 2019

Perihal Dunia Untuk Ditinggalkan

Teringat Kak Chah dalam radio IKIM tentang ini.

"Dunia ini tempat meninggal bukan tempat tinggal pun".

Tapi Kak Chah terlupa nama ustaz yang membibitkan ayat itu.

Kata kata ini juga pernah di katakan oleh para ulama.

Tanda Allah swt sayang apabila Dia ringankan kita untuk beribadah.

Beribadah yang macam mana?.

Beribadah ini bukan solat sahaja. Termasuk kerja di office, berniaga atau apa apa jua yang manfaat. Jika rasa terbeban, sedih,  penat, perit yak amat . Semak hati dan dosa waktu kita lalai.

Buat kerja ibadah seolah olah kita akan meninggal esok hari.

Buat sehabis baik dalam semua kerja antaranya tempat kerja, di rumah, jadi seorang ibu ayah & anak yang terbaik.

Kita boleh!


Thursday 7 March 2019

Lihat Anak Terus Doa

Setiap Kali Saya Lihat, Saya Doakan Anak Saya

Ketika lihat dia sedang main-main, Yaa Allah baguskan nasibnya.

Ketika lihat dia sedang nonton film kartun, Yaa Allah bahagiakan hidupnya dunia akhirat.

Saya lihat anak saya lagi makan, Yaa Allah kurniakan rezeki yang melimpah baginya yang berkah, yang bawa kebaikan.

Saya lihat anak saya sedang tidur, Yaa Allah pandang ia dengan pandangan kasih sayang-MU.

Doa apa saja yang terlintas difikiran kita, kerana saya yakin entah sekarang, entah lusa, pasti ada diantara do'a-do'a tersebut yang di ijabah oleh Allah.

Sumber: Ustazah Halimah Alaydrus




Wednesday 6 March 2019

Fakta Ekzema Pada Anak

Atopic ekzema (AE) bermaksud keradangan kulit manakala ‘atopi’ ialah istilah yang digunakan untuk menjelaskan kecenderungan mendapat masalah alergi seperti ekzema, asma, rinitis bermusim.
Secara umumnya kita akan panggil ekzema atau kegatalan pada kulit.

Penyidap ekzema akan mengalami gatal berulang dan boleh menjadi kronik, dan sangat lazim dalam kalangan kanak-kanak. 

Ia sering kali bermula dalam lima tahun pertama kehidupan (90-95%) tetapi juga boleh berlaku pada bila-bila masa.

Penyakit kulit paling lazim dalam kanak-kanak, ia mewakili 40% rujukan ke klinik Dermatologi Kanak-kanak dan menjejaskan secara puratanya 14% kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.

Punca ekzema adalah faktor genetik dan persekitaran. Dalam satu keluarga di mana salah seorang ibu atau bapa mempunyai alergi, risiko anak mendapat penyakit alergi ialah sekitar 20-40%. 

Risikonya meningkat ke 60-80% jika kedua-dua ibu bapa menghidapi alergi. Genetik dipercayai memainkan peranan penting, terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah ekzema, asma dan demam rinitis.

Penyakit ekzema tiada penawar dan kebanyakan kanak-kanak (60-70%) akan pulih dengan sendiri menjelang umur 7-10 tahun tetapi bagi kanak-kanak lain (10-30%) pula ia mungkin berlarutan sepanjang hayat. 

Oowahh bahaya juga ekzema jika kita tidak tahu bagaimana hendak pulihkannya.

Sumber dari https://mypositiveparenting.org/ms/2017/04/03/memahami-mengatasi-ekzema/. Boleh baca disini untuk maklumat lanjut.



Tuesday 5 March 2019

Waktu Mandi Terbaik Bila Anak Batuk, Selsema dan Demam

Waktu mandi terbaik apabila anak batuk, selsema dan demam adalah

1. Jam 8 pagi
2. Selepas zohor 
3. Sebelum jam 7 malam. 

Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Mak mak hebat juga biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun ubun anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak.

Kalau orang dulu dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi, oleh itu panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. 

Monday 4 March 2019

Hukum Fizio Untuk Anak Demam, Batuk dan Selsema

Hukum Fizio untuk anak demam, batuk dan selsema.

Anak Demam
Jika anak demam, pastikan anak kita dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.  Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.

Anak Selsema
Bila anak selsema, tetap mandikan 3 kali sehari, mandikan dengan air suam supaya lendir itu mudah keluar. Ramai ibu ibu hari ini, tidak mandikan anak selsema, kata kata yang selalu di ungkapkan adalah nanti anak sejuk, makin selsema.

 Jika tidak mandi, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, mandi tapi jangan kerap ya. Mandi macam biasa, 3 kali iaitu pagi, tengahari dan malam.

Anak Batuk
Anak kerap batuk, juga kerap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi,

InsyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.

(Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak anak dah longgar tepuk belakang anak setiap kali anak batuk)

Waktu bila nak mandi, jom terjah next post ya.

Nota tambahan: Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.

Sumber: Copy dari Group Wassap.

Semoga bermanfaat.

Pendaftaran Prasekolah 2019

Siapa yang berminat nak hantar ke prasekolah. Boleh daftar anak ya. Pendaftaran bagi prasekolah secara online telah dibuka 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019. Sahabat hebat boleh layari laman web berikut untuk pendaftaran https://eprasekolah.moe.gov.my

Sunday 3 March 2019

Petua Atasi Kahak dan Selsema Pada Bayi

Kak Chah kongsikan 5 tip simple untuk atasi batuk berkahak dan selsema dengan mengguna bahan yang sering kita jumpa dan laluinya.

1) Minyak bawang putih
+ Bakar seulas bawang putih atas dapur. gunakan garfu(tak perlu buang kulit). 
+ Lenyek bawang putih
+ Letak sedikit minyak zaitun… Siap!
+ sapu minyak di bahagian dada, belakang, leher dan kaki (pakaikan stokin) tiap malam sebelum tidur.

2) Madu dan lemon
+ 1 sudu kecil madu
+ Perah sedikit lemon
+ Campur sedikit air suam
+ Amalkan tips ini setiap pagi atau malam sebelum tidur.

3) Kunyit hidup
+ Tumbuk kunyit hidup
+ Sapu di ubun-ubun, batang hidung dan dada sebelum tidur.

4) Bawang besar
+ Di potong dua.
+ Letak bersebelahan bantal baby ketika tidur.

5) Urutan manja
+ Baby suka dibelai dan dimanja. Cara ini beri keselesaan pada baby dan bantu tingkatkan imuniti sistem mereka.

Kan mudah, tapi bagi ibu-ibu yang tidak ada masa nak buat tips diatas, bolehlah dapatkan Qaseh Junior hari ini.

Qaseh Junior pastikan batuk berkahak dan selsema si manja hilang supaya bayi dapat tidur yang lebih lena. Baby sihat, ibu senang hati!

Saturday 2 March 2019

3 Ringkasan Kelebihan Badam

Untuk ibu hebat yang sedang mencari Qaseh Junior. Qaseh Gold Junior dirumus dengan ramuan terpilih yang mempunyai banyak manfaat ke atas tubuh badan dan minda anak-anak.

Salah satu dari ramuan utamanya adalah kacang badam. badam adalah bagus dalam mengatasi masalah antaranya

1. Sembelit
2. Gangguan pernafasan
3. Batuk
4. Gangguan jantung
5. Anemia

Badam dikenali sebagai "superfood", khasiat badam turut memberi impak yang bagus dalam membantu perkembangan otak anak-anak dan menguatkan ingatan.

Selain itu, Badam juga mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain dan sangat kaya dengan vitamin E.

Ini menjadikan Qaseh junior sebagai satu-satunya makanan tambahan yang lengkap dengan khasiat. Sangat bagus untuk perkembangan minda dan kecerdasan anak-anak.

Friday 1 March 2019

Jerlum Petua Untuk Anak Demam

Petua ampuh jika anak demam adalah jerlum.

Kalau anak demam, hendak mandikan boleh, tapi menggunakan air suam ataupun cukup sahaja dengan sentiasa jerlum / spray.

Kalau kita sendiri demam pun kita sendiri tidak mahu nak mandi kan? Apatah lagi anak kita.

Jerlum sudah cukup.

Bila badan anak tengha panas, kita mandikan air sejuk. Boleh jadi sawan tau sebab ada perubahan suhu secara mendadak. Bahaya!

Sentiasa pantau suhu anak dan sering Lap di setiap pelipat pelipat seperti ketiak, paha dan leher.

Inshaa Allah, akan kebas dengan cepat.