Thursday 31 May 2018

Minum 8 Gelas Air Ketika Berpuasa

Ada anak anak yang sembelit waktu puasa. Bila dengar perkataan sembelit, seriau kan. Boleh bayangkan, pedih, berdarah, menjerit jerit sakit.

Najis keras kan, nak keluar mesti lah sakit. Salah satu faktor kurang air, tapi macam mana nak minum air banyak. Kan puasa?.

Boleh aje, ikut cara ni.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Wednesday 30 May 2018

Bahaya Posisi "W" Pada Anak

Bahaya Huruf "W" Kesannya Pada Huruf 'X'

Bila tengok ni gerun rasanya, ye lah kita mak ayah, kita yang bertanggungjawab atas anak kita.

Bila nampak anak kita macamni terus tarik kakinya ke postur yang betul.
Bila nampak anak macamni terus tegur baik baik.

Jom tengok gambar.






Biar lambat tahu tapi jangan lambat bertindak.

Sila #SHARE dengan kawan kawan yang lain tentang bahaya kedudukan posisi huruf 'W' ni.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Saturday 26 May 2018

Cara Mudah Untuk Menarik Anak Minat Buku

Bila sebut pasal buku pada anak anak, mesti mereka akan banyak alasan. Cari terbaik untuk memastikan mereka meminati secara buku adalah kenalpasti dahulu anak anak ini dominan kepada Auditory, Visual atau Kinesthetic.

Contoh ringkas adalah seperti berikut:-

Anak Visual : Bagi buku yang colourful, penuh lukisan dan penuh corak
Anak Auditory : Bacakan buku tu kat dia. Baca dengan intonasi yang menarik ye
Anak Kinesthetic : Bacakan buku tu sambil buat pergerakan tangan ( hand gestures ) dan lakonkan watak dalam tu bersama-sama anak

Sila klik ni untuk faham lebih mendalam tentang Auditory, Visual atau Kinesthetic.

Sumber: Nota Taufiqrazif



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Thursday 24 May 2018

8 Langkah Lindungi Anak Dari Pedofilia


Pada zaman perkongsian maklumat ni kita banyak dengar kes-kes salahlaku dan jenayah yang macam-macam. Buat kita fikir, semakin ramai manusia tak betul. Salah satunya ialah penjenayah pedofilia.

Pedofilia adalah gangguan jiwa yang terjadi kepada orang dewasa atau remaja yang telah mulai dewasa (secara spesifiknya berumur 16 tahun ke atas), dan mempunyai keinganan seksual primer atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum matang (secara umumumnya mereka yang berusia 13 tahun dan ke bawah).

Macam mana kita nak lindungi anak kita dari monster macam ni?

1. Elak kongsi gambar anak yang tidak berpakaian
2. Kawal perkongsian maklumat tentang anak di media sosial
3. Ajarkan anak terma alat sulit mereka yang betul
4. Ajarkan anak bahawa sentuhan pada bahagian sulit adalah salah
5. Kenali orang yang sering bergaul dengan anak
6. Bina kepercayaan antara anda dan anak
7. Join aktiviti anak sambil buat pemantaun
8. Elak check in lokasi anak berada



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Sunday 6 May 2018

2 Tip Anak Skor Dalam Pelajaran

Ibu bapa sememangnya bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju anak anak mereka untuk skor dalam pelajaran, mahupun dalam kehidupan dunia dan akhirat. 

Hala tuju atau matlamat menentukan tindakkan anak anak kita dan sebagai ibu bapa yang prihatin semestinya hendakkan anak skor dalam pelajaran. Nak anak skor dalam pelajaran?. Jom kita semak 2 tip hendak anak skor dalam pelajaran.

1. Kenali samada anak kita ini seseorang yang jenis Visual, Auditory ataupun Kinesthetic.

Anak anak yang jenis visual (gambar), anak akan lebih cepat faham jika diberikan informasi dalam bentuk gambar dan peta minda. 

Anak anak yang auditory pula lebih cepat faham jika diberikan informasi dalam bentuk pendengaran contohnya dalam bentuk lagu dan atonansi.

Anak anak yang Kinesthetic pula cepat faham jika diberikan informasi dalam bentuk pergerakkan contoh ringkas adalah menyuruh anak anak tersebut untuk praktiskan apa informasi yang mereka terima.

Jika ibu bapa sudah kenal pasti anak mereka lebih cenderung ke arah mana. Contohnya anak tersebut lebih kepada visual, maka perbanyakkanlah memberikan informasi dalam bentuk video dan gambar.

2. Di galakkan ibu bapa pelbagaikan cara anak belajar, samada melalui Visual, Auditory mahupun melalui pergerakan badan (kinesthetic) walaupun kita sudah tahu mereka lebih bercenderung terhadap salah satu daripada tiga tersebut.

Tujuan di galakkan ibu bapa pelbagaikan cara anak belajar samada melalui Visual-nya, Auditory-nya dan Kinesthetic adalah untuk mengelakkan anak anak berasa bosan. Pelbagaikan persembahan adalah lebih menarik!.

Selain itu juga, dapat mengukuhkan lagi kefahaman tentang informasi yang anak anak terima.

Gambar dari Google

Jom ibu bapa hebat, kita pasangkan hala tuju untuk anak kita supaya mereka skor cemerlang dalam pelajaran dunia dan juga akhirat nanti.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Friday 4 May 2018

7 Makanan Bantu Anak Lambat Lapar Sewaktu Puasa

Anak-anak yang berpuasa memang banyak ragamnya. Sekejap-sekejap merungut penat lah, lapar lah. Mungkin para ibu boleh sediakan makanan ini untuk bantu mereka rasa kenyang dan selesa lebih lama. 

7 Makanan bantu anak lambat lapar sewaktu puasa:-
1. Yogurt
2. Susu
3. Buah dan Sayur
4. Air
5. Protein
6. Kekacang
7. Roti Gandum



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Thursday 3 May 2018

6 Punca Gigi Anak Rosak Walaupun Berus Gigi Setiap Hari


6 Punca gigi anak anda rosak walaupun berus gigi setiap hari.

Dr Q terbaca berkenaan kes anak perempuan Wawa Zainal yang rosak walaupun sudah berus gigi hari-hari.

Jadi, Dr Q nak bagitahu punca berlakunya keadaan seperti dalam gambar di bawah. Jom baca sama-sama.

1) Hisap botol susu sehingga tertidur.
Untuk menggantikan susu ibu, selalunya ibu akan beri susu formula. Jadi anak leka menghisap botol dan ada yang sampai tertidur. Para ibu bapa pun berasa aman kerana anak tidak merengek dan lena dibuai mimpi.

Tapi ketahuilah, bahawasanya anda telah merisikokan anak anda untuk mengalami sakit gigi. Mungkin anda merasa aman sekarang tapi tidak beberapa bulan nanti apabila anak merengek sakit gigi malam-malam.

Di dalam susu formula ada gula atau bahasa sainsnya karbohidrat. Karbohidrat inilah yang menjadi makanan untuk bakteria dan seterusnya menghasilkan asid yang menghakis permukaan gigi. Seterusnya menyebabkan gigi berlubang/rosak.

Bayangkan, sisa-sisa susu yang melekat pada botol dan gigi sewaktu anak kecil anda tidur dikerumuni oleh bakteria yang sedang rosakkan gigi anak anda. Lama-lama, tinggal tunggul sahaja gigi anak anda. Kasihan betul.

2) Hisap susu badan sampai tertidur (ngempeng).
Updated: kajian terbaru yang Dr Q baca berkenaan susu ibu ialah susu ibu tidak menyebabkan gigi rosak. Tapi bila anak anda menyusu, gigi akan terlindung dari air liur jadi tidak dapat memampan acid daripada bakteria yang menyebabkan gigi rosak.

Susu bagus untuk pertumbuhan anak. Tapi jika gigi anak tidak dijaga dengan betul, gigi mudah rosak.

3) Pengambilan makanan ringan yang kerap.
Jajan, cikedes, coklat, gula-gula dan banyak lagi makanan ringan yang lain menyebabkan kerosakan gigi cepat berlaku. Bukan sahaja tidak berkhasiat pada diri tapi boleh rosakkan gigi.

4) Tidak amalkan untuk membersihkan gigi.
Ada yang tanya Dr Q, bila masa yang sesuai bersihkan gigi anak?

Waktu yang paling diwajibkan untuk mula bersihkan gigi dan mulut ialah seawal tumbuhnya gigi pertama. Ingat ye, gigi pertama. Bukan tunggu tumbuh semua baru mula bersihkan. Wajib amalkan bersihkan gigi sebelum dan selepas bangun tidur.

Jika anak anda tertidur, angkat bibirnya pelan-pelan dan bersihkan dengan kain yang lembut dan lembab. Yang penting, anak anda tidur dengan gigi yang dibersihkan.

5) Tidak bawa ke klinik sewal pertumbuhan gigi pertama.
Jika sudah sakit baru ke klinik gigi. Jangan begitu ibu bapa sekalian. Pergilah ke klinik gigi seawal tumbuhnya gigi pertama bagi tujuan pemeriksaan dan pemantauan.

Jika ada tanda awal, gigi rosak, boleh dirawat segera sebelum bertambah teruk. Disamping dapat dipantau pertumbuhan giginya.

Jika anda amalkan, perkara diatas, jangan tanya kenapa gigi masih berlubang/rosak walaupun sudah berus gigi hari-hari.

Sumber dari Dr Naqiuddin Bin Ahmad Moin, Doktor gigi anda


Sumber gambar Pa&Ma

Jom kita ramai ramai follow Dr Q.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

Wednesday 2 May 2018

Tip Ringkas Merawat Sembelit

Tip Ringkas Merawat Sembelit

Berikut antara tip ringkas yang para ibu boleh lakukan sekiranya anak sembelit:-

1. Beri makanan yang mengandungi banyak kuah

2. Banyak makan buah-buahan yang mengandungi banyak air dan pemberian makanan kaya serat, seperti buah akan lebih baik dan boleh dimakan dengan kulitnya. Contohnya seperti buah kurma, pir dan anggur.


3. Minum banyak air terutama air putih.


4. Tingkatkan juga pengambilan makanan seperti kekacang, karbohidrat kerana ia membantu meringankan sembelit.


5. Sekiranya si kecil masih minum susu ibu, kerapkan penyusuan susu ibu.


6. Kurangkan makan makanan rendah serat serta tinggi gula dan tepung.



Sumber Gambar google


7. Hentikan seketika pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi dan kalsium seperti kuning telur, hati ayam/lembu, daging dan keju sepanjang mengalami sembelit kerana akan membuatkan najis menjadi keras.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -



Tuesday 1 May 2018

Ingatan Dan Tidur Penting Untuk Anak Anak

Ini jawapan, kenapa ingatan dan tidur penting untuk anak anak?.

Mike McInnes of Isoactive dari Edinburgh, U.K, penulis Hibernation Diet, menyatakan keadaan demensia dan kognitif selalu dikaitkan dengan usia tua tetapi bibit-bibitnya mungkin bermula pada zaman kanak-kanak lagi.

Mike menerangkan bahawa ini adalah kerana kualiti tidur yang rendah mungkin disebabkan oleh kekurangan bekalan tenaga untuk otak. Untuk mengatasi ini, beliau mencadangkan hanya sedikit madu sebelum tidur.

Mudah untuk kita faham.

Otak manusia memerlukan tenaga ketika tidur. Apabila sumber makanan tidak tersedia, kita mengalami apa yang dipanggil puasa malam. Apabila madu dimakan sebelum tidur, ia bertindak sebagai bahan bakar untuk otak dan membantu memelihara ingatan.

Dalam tidur itu juga berlakunya proses self-healing sel sel pada anak. Inshaa Allah, memori pun senang terbentuk bila anak tidur.

So, tak kan kita nak bagi makan malam malam dekat anak kan, lebih senang bagi anak makan qaseh junior. Kak Chah pasti, lepas ni pasti ibu-ibu takkan 'skip' anak-anak untuk tidak ambil Qaseh Gold Junior sebelum tidur.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -