Sunday 14 April 2019

18 Tip Untuk Anak Mendirikan Solat

Sememang susah untuk mangajak anak anak kita mendirikan solat. Sebab anak anak tidak mengerti kenapa kena mendirikan solat? Apakah kebaikkan mendirikan solat?
Kita sebagai ibubapa hebat pasti tertekan kan. Jom kita baca tip untuk anak mendirikan solat.

1. Fokuskan minda anak pada ibadat sembahyang sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu dia baik-baik yang solat tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti. 

2. Usah paksa mereka tetapi mendorong mereka, Kemudian tanamkan dalam jiwa dan minda mereka tentang kepentingan solat.

3. Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk dia fasih membaca bacaan sembahyang seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dsbnya. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdal. 

4. Ajar & perhatikan anak kita ambil wuduk' dan termasuk juga juga lafaz niat.

5. Beritahu anak kita, Nabi yang kita sayangi menyuruh anak-anak berlatih sembahyang dari umur 7 tahun. Pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar utk mengajar) kalau ingkar dan malas. 

6. Belikan dia telekong untuk anak perempuan dan songkok untuk anak lelaki. Berikan pilihan untuk mereka memilih warna apa yang mereka dia suka. 

7.Pada awal latihan solat, biar dia baca kuat-kuat. Kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya waktu itu. Perhatikan juga pergerakan tubuh, ajar cara duduk, qiam, takbir, ruku', sujud dan sebagainya. 

8. Usah hadkan tempat untuk dia berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Mereka boleh berlatih pada bila bla masa sahaja. Uji kefasihan anak kita. Contohnya sambil kita memasak atau sambil sikat rambut dia, suruh dia baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyya. 

10. Ajak dia dan adik beradiknya solat jamaah sama-sama kalau ada kelapangan masa di rumah. 

11. Bersabar lihat karenah mereka masa peringkat awal mengajar sembahyang

12. Doa pada Allah agar dia tiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita. 

13. Atur jadual harian mereka, ada waktu tengok TV, main, belajar dan solat. Pastikan mereka buat dan kita mestilah bertegas.

14. Beritahu mereka sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Usah menipu dalam solat walaupun ibubapa tidak nampak ketika itu. 

15. 2-3 bulan selepas mereka semakin mahir membaca bacaan solat, ajar dia untuk baca pelan-pelan seperti orang dewasa. 

16. Pasikan mereka solat setiap hari, walaupun ada aktiviti lain. Contohnya balik kampung, mungkin memakan terjalan agak jauh. berhenti dan ajak mereka solat. 

17. Usah paksa mereka cepat pandai dalam sekelip mata, bersabar dan berikan mereka masa.

18. Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak. Usah suruh mereka solat, tapi kita leka tengok TV atau main komputer. 

Sumber FB.


No comments:

Post a Comment