Monday 4 December 2017

7 Aktiviti Jimat Di Musim Cuti Sekolah

Sumber: Qaseh Gold Junior
Gambar: Qaseh Gold Junior

7 aktiviti jimat untuk anak anak di musim cuti sekolah. Boringkan tak ada apa nak buat. Jom ajak anak buat aktivit jimat ini. Senang sahaja.

1. Bersenam

Bawa anak anak bersenam di taman taman. Kalau di kl ni, tempat paling popular adalah Taman Layang Layang Kl. Kalau petang memang ramai orang. Kalau tidak suka ramai orang, pergi pagi. Segar pun segar, hirup udara pagi.



2. Sesi Bercerita

Contoh paling senang buat makan makan simple, ajak kawan kawan anak untuk makan dirumah kita. Buatkan satu ruang untuk anak anak beraktiviti. Beraktiviti seperti bercerita. Ceritakan yang anak anak suka. Insha Allah. boleh buatkan anak anak kembangkan idea kreatif mereka.



3. Memasak

Antara aktiviti yang paling jimat adalah aktiviti memasak. Ajak anak anak buat aktiviti memasak bersama sama. Contoh masakkan simple adalah masak cekodok. Biarkan anak anak tolong kita semasa menggoreng misalnya.



4. Melakukan Eksperimen Sains

Eksperimen sains tidak semestinya yang hebat hebat, meletop bagai. cukuplah sekadar yang simple simple. Contohnya pemahaman tentang fotosintesis, daun memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Fotosintesis ini adalah tumbuhan untuk membuat makanan bagi tenaga untuk membesar. Tanpa cahaya tumbuhan itu tidak boleh hidup. Simple kan.



5. Menaman Tumbuhan Hidroponik

Yeyyy, ini juga aktiviti yang simple dan jimat. Tumbuhan juga boleh hidup tanpa tanah, cuma perlu air. Macam macam boleh taman, contohnya kangkung, bayam dan sebagainya.



6. Ajar Kemahiran Asas

Ya, time cuti cuti yang panjang adalah waktu terbaik untuk ajar kemahiran asas. contohnya lipat baju, basuh pinggan dan bersih rumah. Gunakan aitiviti tersebut dengan maksima supaya jadi anak yang berdikari.



7. "Indoor Camping"

Indoor camping contohnya main pondok pondok dalam rumah atau aktiviti buat rumah di kawasan rumah kita. Bawakan makanan atau peralatan untuk camping. Tentu anak anak suka.



Wow, jimat kan dengan 7 aktiviti anak anak di musim cuti sekolah.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment