Wednesday 6 March 2019

Fakta Ekzema Pada Anak

Atopic ekzema (AE) bermaksud keradangan kulit manakala ‘atopi’ ialah istilah yang digunakan untuk menjelaskan kecenderungan mendapat masalah alergi seperti ekzema, asma, rinitis bermusim.
Secara umumnya kita akan panggil ekzema atau kegatalan pada kulit.

Penyidap ekzema akan mengalami gatal berulang dan boleh menjadi kronik, dan sangat lazim dalam kalangan kanak-kanak. 

Ia sering kali bermula dalam lima tahun pertama kehidupan (90-95%) tetapi juga boleh berlaku pada bila-bila masa.

Penyakit kulit paling lazim dalam kanak-kanak, ia mewakili 40% rujukan ke klinik Dermatologi Kanak-kanak dan menjejaskan secara puratanya 14% kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.

Punca ekzema adalah faktor genetik dan persekitaran. Dalam satu keluarga di mana salah seorang ibu atau bapa mempunyai alergi, risiko anak mendapat penyakit alergi ialah sekitar 20-40%. 

Risikonya meningkat ke 60-80% jika kedua-dua ibu bapa menghidapi alergi. Genetik dipercayai memainkan peranan penting, terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah ekzema, asma dan demam rinitis.

Penyakit ekzema tiada penawar dan kebanyakan kanak-kanak (60-70%) akan pulih dengan sendiri menjelang umur 7-10 tahun tetapi bagi kanak-kanak lain (10-30%) pula ia mungkin berlarutan sepanjang hayat. 

Oowahh bahaya juga ekzema jika kita tidak tahu bagaimana hendak pulihkannya.

Sumber dari https://mypositiveparenting.org/ms/2017/04/03/memahami-mengatasi-ekzema/. Boleh baca disini untuk maklumat lanjut.



No comments:

Post a Comment