Wednesday 22 November 2017

Masalah Bantut Dikalangan Kanak Kanak

Sumber: Malaysia Kini dan wikipedia
Gambar: Google Image

Semalam Kak Chah ada terbaca artikel tentang masalah obes dan kurang berat badan dikalangan kanak kanak. Rupanya masalah kurang berat badan juga kritikal isu di malaysia.

Ini kata wakil UNICEF Malaysia Marianne Clark-Hattingh. "Malaysia sebuah daripada negara di Asia Tenggara yang menghadapi kedua-dua masalah pemakanan iaitu masalah berat badan berlebihan dan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak".

Masalah bantut dikalangan kanak kanak masih ada. Masalah bantut (stunting) dan susut berat badan (wasting) dalam kalangan kanak-kanak negara ini masih wujud.

Memetik statistik terkini daripada Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS 2015), Clark-Hattingh berkata lapan peratus (8%) kanak-kanak dalam kumpulan yang sama menderita masalah kekurangan nutrisi yang teruk.

Malnutrisi boleh berlaku dan maksud malnutrisi adalah kekurangan makanan seimbang pada individu. Contohnya:-
  • Kekurangan sumber seperti protein yang diperlukan untuk membina badan dan otot yang sihat.
  • Kekurangan karbohidrat untuk tenaga yang diperlukan oleh badan. 
  • Kekurangan zat besi pula diperlukan untuk membolehkan sel darah berfungsi dengan sempurna.
Antara simptom yang boleh menunjukkan berlakunya malnutrisi adalah seperti kanak yang sangat kurus. Namun malnutrisi juga boleh berlaku kepada anak-anak terlebih berat badan.

Kesan daripada malnutrisi akan melambatkan tumbesaran kanak-kanak, menyebabkan mereka lebih mudah sakit dan memberi kesan pada kebolehan kognitif, lalu menghalang mereka mencapai potensi sebenar dalam kehidupan mereka.




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment