Wednesday 1 November 2017

7 Langkah Mudah Ajar Anak Basuh Tangan Dengan Betul

Sarang penyakit adalah perut dan manakala penyaluran peyakit yang utama adalah tangan. Anak kecil memang tidak mengerti bahawa tangan kotor adalah pembawa penyakit. Kita sebagai ibu bapa harus menasihati dan mendisiplinkan mereka. Jadikan tabiat ini setiap hari. Inshaa Allah, lama kelamaan akan melekat jua tabiat ini.

Ceitakan kepada anak anak keburukkan jika tidak basuh tangan yang betul, boleh membawa kepada sakit perut, cirit birit dan sebagainya. Inshaa Allah mereka akan faham. Hendak tahu langkah mudah basuh tangan dengan betul. Baca dibawah, sumber ini Kak Chah ambil daripada KKM portal. 

7 langkah mudah ajar anak basuh tangan dengan betul. 

1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna
2. Gosok kedua-dua belah tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari 
4. Gosok kuku di tapak tangan 
5. Gosok belakang tangan dan celah jari
6. Basuh tangan dengan aliran air yang bersih
7. Keringkan tangan dengan tisu atau kain yang bersih




Konsisten amal 7 langkah mudah ajar anak basuh tangan dengan betul, Inshaa Allah akan jadi kebiasaan pada anak anak. 

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment