Tuesday 7 November 2017

5 Aktiviti Mudah Untuk Fokuskan Anak Anak

Ramai rata rata ibu bapa yang tidak tahu cara mudah untuk fokuskan anak anak termasuk juga Kak Chah. Disini Kak Chah ingin kongsikan 5 aktiviti mudah untuk fokuskan anak anak anda.

Info ini Kak Chah ambil dari Siraplimau.com. Jom kita baca 5 aktiviti mudah untuk fokuskan anak anak anda. Inshaa Allah, boleh tolong korang applikasikan untuk anak anak anda kan.

1. ‘Q & A BALL’

Q & A merujuk kepada ‘Question & Answer’. Bermain sambil bersoal jawab dengan anak membantu atasi masalah anak kurang fokus.

Contoh permainan bola, aktiviti membaling dan menangkap bola sambil bersoal jawab dengan anak. Apabila membaling bola ke arah anak, tanyakan soalan kepada anak. Anak pula perlu menangkap bola sambil menjawab soalan tersebut.

Aktiviti ini juga dapat melatih anak untuk fokus ketika ingin menangkap bola, mengasah mereke untuk mendengar soalan yang diajukan sebelum memberi jawapan.

2. ‘TOUCH YOUR BODY’

Ibu bapa akan memberi arahan kepada anak untuk memegang anggota badan. Anak perlu fokus untuk mendengar arahan daripada ibu bapa dan seterusnya mengikut arahan tersebut.

Inshaa Allah, dengan tahap fokus yang baik, anak pasti dapat menyentuh anggota badan tersebut dengan tepat dan cepat.

3. TIRU SUSUNAN KAD BERGAMBAR (FLASH CARD)

Contoh mainan flash card. Sediakan dua set kad permainan bergambar atau flash card yang sama.

Satu set gambar disusun dan ditunjukkan kepada anak. Minta anak untuk mengingati susunan gambar-gambar tersebut. Kemudian, tutup gambar tersebut dan minta anak menyusun semula gambar tadi dengan menggunakan satu set gambar lagi sepertimana yang dilihatnya.

Permainan ini bukan sahaja dapat melatih anak untuk lebih fokus, malah dapat melatih dan meningkatkan lagi keupayaan memori anak.

4. TEKA BENTUK

Contoh mainan adalah lego. Ibu bapa perlu membina beberapa objek dengan menggunakan lego seperti kereta, kapal terbang, nombor, huruf dan sebagainya tanpa diketahui oleh anak. Kemudian, minta anak tutup mata dan beri binaan tersebut kepada anak.

Biarkan anak menyentuh, membayangkan objek tersebut dalam mindanya dan seterusnya meneka objek tersebut.


5. AKTIVITI BERASASKAN PERGERAKAN

Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah bermain baling bola ke dalam bakul, sepak bola ke arah gol, boling botol, membina bangunan menggunakan cawan atau aktiviti mengasingkan objek mengikut kategori tertentu (sorting).

Ini adalah kerana sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan anak terutamanya yang berkaitan dengan koordinasi tangan dan mata anak contohnya dapat melatih anak untuk lebih fokus.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment