Wednesday 1 November 2017

9 Cara Galakkan Kreativiti Anak Anak

Kreativiti bermaksud mencipta, mengkaji, mengambil risiko, berkembang, melanggar sempadan, membuat kesilapan dan berseronok kata Mary Lou Cook.

Jom kita baca 9 cara untuk menggalakkan kreativiti anak anak anda.

1. Berikan pertanyaan tanpa batas.

Biarkan anak anak petah bertanya. Jangan marahkan anak anak bila bertanya sesuatu yang tidak terjangkau dek akal. Kita jawab sajalah pertanyaan mereka. Ini adalah proses terokai buat mereka.

2. Tawarkan pilihan pada anak. 

Jangan hanya memberikan satu pilihan yang harus diambil. Berikan anak anak tawaran lebih daripada satu. Contohnya waqqas nak kereta warna biru ke kuning?. Biarkan mereka membuat keputusan. Biarkan mereka berfikir dan dan memilih. Di sini melatih mereka cara berfikir dan membuat keputusan.

3. Izinkan mereka melakukan kesalahan. 

Kalau tidak pernah salah, bagaimana boleh belajar?. Kesalahan akan pengajar anak anak erti sakit, jadi bila sudah sakit, tentu tentu mereka akan faham. oohh, kalau buat begini akan dapat begini. 

Perkembangan minda anak-anak tidak sama dengan orang dewasa. Minda anak-anak sentiasa dahagakan aktiviti & kreativiti. Biarkan melakukan kesalahan tersebut buat sementara dan tegur jika berlebihan.


4. Dorong mereka untuk bermain musik.

Musik adalah sesuatu yang seronok didengar, berikan mereka bermain musik.

5. Bermainlah bersama mereka dengan permainan yang mengasah imajinasi.

Idea si kecil tampak kecil di mata ibubapa, ianya besar di mata anak. Bak kata Pablo Picasso iaitu anak hebat bermula dari sebuah idea.

Bermainlah dengan anak dengan permainan yang mereka suka contohnya main pondok pondok dengan menbuatkan rumah pondok menggunakan bantal misalnya. Bermainlah bersama mereka. 

6. Selitkan kreativiti dalam kegiatan sehari-hari.

Kreativiti yang ringkas sudah memadai untuk anak anak, malah ada yang tidak memerlukan kos duit, contohnya guna kreativiti botol air mineral, buatkan sebagai bot dan boleh bermain di dalam besen.


7. Berhentilah memperhatikan apa yang telah dicapai anak-anak.

Dunia sekarang akademik adalah nombor satu, prestasi disekolah mesti nombor satu. Anak anak menjadi tertekan dek tekanan daripada ibu bapa. 

Biarkan anak-anak selagi tidak melanggar adab tatasusila.
Biarkan anak-anak selagi tidak melanggar peraturan agama.
Biarkan anak-anak selagi tidak melanggar sempadan sosial.

8. Biarkan anak-anak memiliki pendapat yang berbeza.

Anak anak juga ada pendapat mereka sendiri. Berikan mereka ruang untuk menegakkan pendapat mereka sendiri. Tanyakan kenapa mereka berkata demikian, proses ini memberikan mereka berfikir dna berkreatif.

9. Perluaskan pengetahuan mereka.

Memperluaskan pengetahuan mereka, contohnya membawa mereka ke zoo negara, perpustakaan, taman taman dan berikan mereka bersosial dengan rakan rakan mereka.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment