Wednesday 29 November 2017

Pupuk Bakat Anak Anda Dari Kecil

Asalnya Kak Chah nak google tentang prestasi dan anak anak sebagai rujukan untuk anak anak Kak Chah. Kak Chah tertarik dengan topik yang di bawa oleh Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad tentang bakat perlu dipupuk diawal usia.

Mentaliti sekarang, anak anak perlu hebat dalam pelajaran. Isu contohnya ibu bapa terlalu utamakan kejayaan akademik.  Malah ada yang obses semua ‘A’. Hakikatnya tidak semua anak anak akan berjaya dalam bidang akademik, ada juga yang tercicir. 

Setengah ibu bapa tidak sedar bahawa bakat membolehkan anak mencari rezeki dan tidak menganggur. Mungkin ibu bapa dimogokkan dengan persepsi lama, hendak gaji besar kena kerja makan gaji.

Antara isu yang diketengahkan oleh Dr. Tengku Asmadi juga adalah seperti berikut:
  • Bakat juga boleh menjadi pendapatan sampingan.
  • Apabila bakat lambat dipupuk, anak rugi dan negara juga rugi.

Antara contoh bakat yang boleh membawa pendapatan adalah melukis (komik), bertukang, mengurut, mengandam, bersolek, fotografi, menggubah, bersukan, dan sebagainya.
  • Setiap anak itu unik.
  • Setiap anak Allah telah tentukan rezekinya.
  • Bukan pelajaran sahaja yang penting.
  • Setiap tingkahlaku ada positifnya.
  • Bakat dan minat itu berbeza.  Anak mungkin minat (pengaruh) tapi dia tidak berbakat.
  • Mengenali bakat diperingkat awal membolehkan kita memupuk dan mengembangkannya.


Punca sebenarnya adalah mindset kita sebagai ibu bapa. Betulkan mindset Inshaa Allah segalanya akan baik sahaja. Antara contohnya adalah:-


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment