Wednesday 22 November 2017

7 Langkah Kurangkan Gula Di Kalangan Kanak Kanak

Sumber: Myhealth Portal,KKM
Gambar: Google image

7 Langkah bijak mengurangkan gula di kalangan kanak kanak. Memang mencabar untuk ibu ibu diluar sana untuk kurangkan gula kepada anak anak mereka.

Kunci utama bagi Kak Chah adalah disiplin dan konsisten. Inshaa Allah berjaya. Baca seperti dibawah:-

1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.

6. Ibu bapa di galakkan membaca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan sebelum berikan pada anak anak.

7. Selain itu, pilihlah produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.

Inshaa Allah, anak anak akan bebas dari obes dan penyakit diabetis.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment