Saturday 21 April 2018

8 Jenis Najis Memberi Kesan Kesihatan Anak Anak

Mommy ada check kualiti poopoo anak-anak, kalau belum pernah, lebih baik check selalu untuk pastikan kesihatan mereka. 
Manalah tahu kot anak sembelit tapi tak nak bagitahu kita. Dia anggap masalah biasa. Tapi sembelit ni sebenarnya MASALAH BESAR.

Jom kita terjah bagaimana keadaan bentuk najis boleh mempengaruhi kesihatan anak kita. Sumber dari Carta Poopoo Bristol.

1. Najis keras dan berbiji biji
Masalah : Jika poopoo anak korang keras dan berbiji biji macam kacang, ianya bermaksud anak anda kekurangan serat dan juga air.
Solusi : Banyakkan minum air dan juga buah buahan atau sayur.

2. Najis berbentuk sosej dan lembut 
Bermaksud anak korang memang sihat.

3. Kandungan najis penuh dengan air, tidak ada bentuk dan cecair
Masalah : Anak korang mungkin terkena cirit birit mungkin di sebabkan oleh jangkitan kuman atau virus.
Solusi : Banyakkan minum air dengan banyak untuk menggantikan air yang telah banyak keluar. Korang juga cari "Oral Salt" di farmasi berdekatan. 

Oral Salt atau Oral Rehydration Salt (ORS) ialah satu campuran khas gula dan garam. Apabila ORS dilarutkan dalam air, larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil, walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit-birit yang teruk. Oleh itu, larutan ORS sangat berkesan untuk menggantikan air dan garam yang telah hilang dalam najis.

4. Berbentuk sosej tetapi kental
Masalah : Ianya tidak keras dan tidak berbiji biji seperti nombor 1, berkemungkinan kekurangan serat dan juga air.
Solusi : Banyakkan minum air dan juga serat

5. Gumpalan lembut tetapi masih mempunyai bentuk
Bermaksud anak korang memang sihat.

6. Berbentuk sosej, kasar dan terdapat pecahan pecahan kering
Masalah : Pecahan kering pada poop menandakan anak korang kekurangan air 
Solusi : Banyakkan minum air dan serat

7. Berbentuk tidak sekata dan najis lembap
Najis yang sihat akan tetapi kemungkinan anak anda akan menghadapi cirit birit nanti.

8. Najis lembut dan melekat pada mangkuk tandas.
Masalah : Berdapat banyak minyak dalam pemakanan anak anda.
Solusi : Banyakkan minum air dan juga serat


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Wasap Kak Chah - 017 615 5038 -

No comments:

Post a Comment