Tuesday 23 January 2018

Pendarahan Hidung atau Epistaxis Pada Anak Anak

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd
Gambar: Google

Pendarah hidung pada anak anak, ibu bapa jangan pandang enteng ya. Mungkin petanda penyakit lain contohnya rinitis dan resdung.

Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dari sebuah hospital swasta di ibu negara, Dr. Abdul Hakim Jaafar, pendarahan hidung atau epistaxis, katanya, ia merupakan perkara biasa yang berlaku terutama di kalangan kanak-kanak.

Faktor penyebab berlakunya pendarahan hidung akibat luka pada lapisan dalam hidung. Walaupun saiznya kecil, hidung mempunyai banyak salur darah halus yang berbaris di bahagian atas lubang hidung.

Korang perasankan walaupun bersin, akan keluar tahi hidung bersama tompok tompok darah pekat. Sebenarnya permukaan dalaman hidung dilapisi membran mukosa (lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti saluran pernafasan) supaya kulit sentiasa lembap.

Membran mukosa ini mempunyai banyak salur darah yang sensitif dan mudah luka. Kehadiran salur darah ini bertujuan membantu memanas dan melembapkan udara yang disedut ketika bernafas.

Oleh kerana salur darah ini hampir dengan kulit dalam lubang hidung, ini menyebabkan ia mudah terluka walaupun menerima hentakan kecil, terutama di kalangan kanak-kanak.

Sikap kanak-kanak yang suka memasukkan objek kecil ke dalam hidung juga boleh menyebabkan salur darah halus luka dan berdarah. Malah perubahan cuaca, alahan, selesema, bersin dan batuk juga boleh menyebabkan hidung berdarah.

 Dr. Abdul Hakim Jaafar turut menjelaskan bahawa pendarahan hidung boleh dibahagikan kepada dua jenis. 

1. Anterior

Anterior adalah pendarahan bermula pada bahagian septum iaitu dinding yang memisahkan dua lubang pada hidung.

Septum mempunyai banyak salur darah yang mudah luka. Apabila kita menghembuskan nafas terlalu kuat atau terkena objek tajam seperti hujung kuku, darah akan mengalir keluar melalui satu daripada lubang hidung.

Pendarahan hidung anterior juga boleh disebabkan cuaca terlalu panas dan kering. Kekeringan membran hidung (lapisan luar dalam hidung) akan menyebabkan ia retak, menggelupas dan berdarah seperti yang biasa berlaku pada kanak-kanak.

2. Posterior

Posterior iaitu pendarahan yang bermula di bahagian hidung paling dalam yang mengalir ke mulut dan tekak ketika pesakit berdiri atau duduk. Tetapi jenis ini jarang berlaku di kalangan kanak-kanak.

Beliau turut mengaitkan trauma kecil juga boleh berlaku apabila seseorang mengorek hidung dengan kuku tajam atau jari pada mukosa hidung yang radang. Ia juga terjadi apabila seseorang itu bersin dengan kuat.




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment