Friday 8 February 2019

3 Kelebihan Anak Sarapan Pagi

Tanpa sarapan pagi, anak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian di sekolah, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.

Jom baca kepentingan kanak-kanak bersarapan.

1. Kesihatan anak makin cergas
Sarapan membuatkan tubuh kanak-kanak lebih cergas dan daya ketahanan lebih tinggi. 

2. Anak lebih bijak
Kajian mendapati kanak-kanak yang bersarapan pagi mempunyai tahap fokus yang lebih tinggi. Cenderung mendapat markah lebih tinggi dalam kelas, dapat membaca lebih lancar, cekap menjawab soalan matematik dan kurang tertekan

Sarapan dapat menambah kecerdasan otak, ingatan dan meningkatkan tumpuan serta keboleh an dalam menyelesaikan masalah.

3. Berat badan lebih ideal
Anak akan mendapat berat badan ideal dan mereka juga kurang mendapat penyakit dan kecederaan. Sarapan pagi yang berkhasiat membuatkan mereka kurang mengambil makanan secara berlebihan apabila tiba waktu makan seterusnya. 

Suka Kak Chah petik kata kata dari Dr Barakatun menjelaskan makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan vitamin & mineral adalah yang terbaik buat kanak-kanak sekolah rendah iaitu anak berusia 6 hingga 12 tahun.

Jom #SHARE

No comments:

Post a Comment