Thursday 14 February 2019

Enam tanda kiamat oleh Ustaz Abdul Somad

Enam tanda kiamat oleh Ustaz Abdul Somad yang bersumberkan Abu Hurairah RA dalam Sahih Bukhari

1. Seorang ibu melahirkan anak dan anaknya menderhaka sehingga seolah-olah ibu menjadi kuda, manakala anak menjadi tuan.
2. Dimulakan dengan ilmu dicabut oleh Allah SWT, ramai para wali dan ulamak sudah tiada. contohnya ketika Imam Syafie meninggal dunia, berapa cabang ilmu yang hilang kerana beliau alim dalam bahasa Arab, tafsir, fiqh dan hadis.

3. Banyak terjadi gempa, bumi digoncangkan dan keluar isi daripada alam. 

4. Masa cepat berlalu, kita merasa hari bertemu hari makin cepat.

5. Fitnah, bunuh berleluasa, baik perkataan atau di media sosial seperti Facebook, WhatsApp atau Twitter, 

6. Ramai orang memiliki harta melimpah-ruah seperti air yang tumpah berbanding dulu kerana untuk kaya terpaksa bekerja keras mengeluarkan penuh, tetapi kini duduk sahaja pun boleh jadi kaya.

Tentang kiamat ramai yang sudah tahu, tapi apa pengisian yang kita lakukan. Kongsikan artikel ini, semoga kita mendapat manfaat darinya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/02/392152/masa-pantas-berlalu-tanda-hampir-kiamat


No comments:

Post a Comment