Monday 11 February 2019

Tip Bantu Tingkatkan Keyakinan Anak Umur 1 Hingga 7 Tahun

Tip bantu tingkatkan keyakinan diri
 anak seawal 1-7tahun

 1. Anak di usia begini otak mereka sedang berkembang dari lapisan bawah dan tengah. Lapisan bawah otak anak berfungsi untuk meningkatkan rasa selamat, otak tengah membina emosi dan kesihatan.

2. Seawal 1-3 tahun beri anak rasa selamat. Penuhkan setiap kesilapan dan tantrum anak dengan respon kasih sayang. Marah-marah dan pukul diusia begini akan menerapkan rasa tidak selamat.

3. Anak yang sering dimarah dan dipukul (lebih 3x sehari) dan berlarutan sehingga 7 tahun boleh 'mematikan' #otaktengah, anak #hilangkepekaanemosi, mereka akan jadi lebih #degil makin tidak dengar kata atau jadi #pendiam (bukan pemalu)

4. Banyakkan aktiviti baru bersama dengan anak-anak. Berikan peluang berkali-kali untuk melakukan sesuatu aktiviti. Anak-anak Mungkin membuat kesalahan beberapa kali. proses bina keyakinan Bukanlah pada hasil aktiviti tersebut tetapi berapa banyak peluang yang kita beri kepada anak-anak kita sehingga mereka berjaya melakukan sesuatu aktiviti dengan sendiri.

5. Anak seusia 5 tahun yang belajar butang baju sendiri mungkin beberapa kali membuat kesalahan. Elakkan beri bantuan segera. Tindakan itu hanya akan menumpulkan sifat yakin dirinya.

6. Ramai ibu bapa menganggap bersifat tegas dapat memupuk sikap independent pada anak. Anak diusia ini memerlukan orang dewasa untuk sentiasa membimbing dan menjadi pemerhati.

7. Pupuk rasa independent dengan kata-kata motivasi, semangat dan sokongan yang positif . Ia lebih berkesan daripada bersifat tegas dan marah -marah. Elakkan membandingkan anak kita dengan adik beradik atau kawan sekeliling. fokus beri perhatian kepada anak di hadapan kita itu lebih membantu memupuk sifat yakin diri anak.

Amalkan Qaseh Gold Junior  untuk membantu perkembangan tubuh dan minda anak dengan amalkan secara konsisten.

No comments:

Post a Comment