Thursday 12 October 2017

10 Cara Memikat Anak Anak Makan Makanan Berkhasiat

Kak Chah kongsikan 5 cara memikat hati anak anak untuk makan makanan berkhasiat setiap hari.  5 cara lagi Kak Chah kongsi next post ya. Korang tahukan jajan atau junk food, tidak elok untuk kesihatan terutamanya otak. Nak anak sihat dan cerdas. Mestilah makan makanan berkhasiat.

10 cara memikat hati anak anak untuk makan makanan berkhasiat seperti di bawah yea:-

Cara 1: Sediakan portion makan yang sedikit.

Maksud Kak Chah sediakan makanan dengan kuantiti yang sedikit dahulu. Kemudian jika makanan tersebut habis, tanya anak samaada anak ingin tambah atau tidak makanan tersebut.

Tujuan meletakkan portion makanan yang sedikit terlebih dahulu untuk mengelakkan anak anak merasa kecewa ketika hendak makanan. Perihal ini kerana mereka melihat terlalu banyak makanan yang perlu dihabiskan.

Biarkan anak anak merasa dahulu makanan tersebut, Inshaa Allah jika mereka rasa sedap, anak anak akan habis makan makanan tersebut. Korang jangan paksa anak makan tau, ditakuti anak anak stress hendak makan.

Cara 2: Tetapkan peraturan waktu makan dan jadikan routine setiap hari.

Pastikan korang tetapkan waktu makan, pagi, tengahari dan malam anak anak. Contohnya jika korang tetapkan pukul 8.00 pagi untuk sarapan pagi, maka pastikan konsisten makan sarapan pada pukul 8.00 pagi setiap hari.

Pastikan anak anak duduk dan tidak kemana mana, walaupun anak anak tidak mahu makan. Biarkan seketika. Jika anak anak masih tidak mahu makan juga, korang boleh bagi air masak dan tidak di galakkan bagi air juice, susu atau snack. Ini kerana susu, juice dan snack akan meyebabkan anak anak kurang selera makan makanan korang dah sediakan. Yea la, perut diorang dah penuh dengan air kan. Dah rasa kenyang yang makanan yang kurang berkhasiat.

Cara 3: Sediakan makanan yang berlainan setiap hari.

Part ini Kak Chah memang gagal, Kekadang Kak Chah kekeringan idea hendak masak apa. Tahap kesabaran korang juga penting tau, bersabar untuk bagi ruang anak anak terokai makanan tersebut.

Ujian kesabaran memang menguji kita sebagai ibu bapa. Yea la kita dah masak penat penat, tiba tiba anak tak nak makan kan.

Cara 4: Jika anak menolak makanan dan request hendak makanan yang lain. Tunggu sebentar, Jangan terus buat makanan yang baru.

Ini pengalaman Kak Chah ya, dulu dulu Kak Chah macam ini. Anak meminta makanan lain, Kak Chah terus buat apa yang anak nak. Rupanya anak Kak Chah makin memilih dan tak nak itu, nak ini. Nak nasi sedikit, kekadang nak nasik banyak.

Jadi seeloknya, biarkan dulu anak mengadap makanan tersebut. Biarkan dahulu. Inshaa Allah, lama lama anak anak akan makan juga.

Cara 5: Memastikan anak seronok.

Bahasa mudah adalah pastikan anak anak teruja hendak makan. Contohnya kita sediakan makanan berbentuk teddy bear ke, atau design tempat makan yang cantik, sudu dan garpu yang comel. Pasti anak anak seronok.

Korang juga boleh amalkan supplement tambahan jika anak anak masih memilih makanan berkhasiat, tambah tambah lagi yang tidak suka makan sayur. Eh, dalam Qaseh Junior ada bayam juga ya.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

No comments:

Post a Comment