Thursday 19 October 2017

5 Ciri Anti-Oksidan Ibu Perlu Tahu

5 ciri ciri anti-oksidan yang mesti ibu ibu perlu tahu untuk kesihatan anak mereka.

1. Anti-Oksidan melindungi prestasi penglihatan dan mata

Kajian mendapati sumber sumber lutien seperti yang terdapat dalam BAYAM terbukti membantu menajamkan visual penglihatan. Kelebihan anti-oksidan seperti BAYAM juga membantu mengurangkan masalah penglihatan akibat penuaan.

2. Anti-Oksidan mampu mencegah Dementia dan Alzeimer

The Journal of The America Medical Association of Neurology melaporkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan E boleh mengurangkan risiko Dementia dan Alzheimer untuk tempoh jangka masa yang panjang.

3. Anti-Oksidan melawan serangan jantung dan strok

Fungsi anti-oksidan yang mengurangkan kerosakan tisu dan sel akibat daripada radikal bebas. Banyak kajian telah dibuat mendapati mereka yang mengambil diet yang berasaskan sayur-sayuran segara, herba, rempah dan buah-buahan mempunyai peluang hidup yang lebih sihat lebih lama.




Selain itu mereka juga kurang mendapat serangan sakit jantung.

4. Anti-Oksidan mengurangkan risiko mendapat kanser

Asid Retinoik mampu melawan kanser seperti paru paru, prostat, payu udara, ovari, pundi kencing danjuga kulit. Dalam kajian yang lain, Asid Retinoik yang terdapat dalam sumber anti-oksidan seperti vitamin A paling selamat diperoleh dari makanan semulajadi berbanding makanan tambahan.

5. Melambatkan proses penuaan

Bahaya radikal bebas adalah ianya boleh mempercepatkan proses penuaan, sumber anti-oksidan seperti vitamin C, Beta Karotena sangat membantu untuk memerangi kerosakan kulit akibat daripada pencemaran, stress dan tidak mengikut diet yang betul.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

No comments:

Post a Comment