Saturday 21 October 2017

5 Sebab Kismis Mesti Dijadikan Snek Harian

5 sebab kismis mesti dijadikan snek harian adalah seperti berikut.

1. Kismis baik untuk kesihatan Oral

Siapa disini takut hendak jumpa doktor gigi, Kak Chah ada solusi elak jumpa doktot gigi.  Ada solusi yang tidak menyakit tetapi hanya perlu rajin dan jadikan amalan seharian. Jadikan kismis snek harian anak anak anda.

Perkara yang paling menakjubkan adalah kismis boleh meningkatkan kesihatan mulut. Walaupun manis, kismis adalah salah satu cara terbaik untuk menyembuhkan gigi sakit akibat cavities dan tooth decay ( gigi berlubang) secara semulajadi.

Tambahan lagi, penyelidikan yang diterbitkan dalam Phytochemistry Letters mendedahkan bahawa kismis boleh memberi manfaat kesihatan mulut kerana kismis mempunyai antimicrobial phytochemicals yang menghalang pertumbuhan bakteria mulut yang dikaitkan dengan rongga gigi dan penyakit gusi. 

2. Bebas sembelit

Sembelit adalah nightmare bagi ibu bapa apabila anak-anak mengerang dan menangis akibat susah buang air besar. Kismis salah satu makanan tinggi serat, ianya membantu sistem pencernaan yang sangat baik.

Kismis mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut, yang kedua-dua membantu menjaga hal-hal yang bergerak melalui saluran usus melalui cara yang sihat dengan mengurangkan sembelit.

Walaupun kismis dalam kategori buah-buahan kering yang mempunyai lebih banyak kalori daripada anggur segar tetapi jika kita fokus pada serat Kismis adalah pemenang, sebagai contoh, satu cawan anggur mempunyai 1g serat manakala satu cawan kismis mempunyai 7g serat.

3. Kesihatan jantung dan tekanan darah

Data yang dikemukakan di American College of Cardiology’s 61st Annual Scientific Session pada tahun 2012 mencadangkan individu yang mengalami peningkatan tekanan darah yang sederhana dapat memanfaatkan kelebihan Kismis dalam rutin harian mereka (3 kali sehari).

Jom kita manfaatkan kismis jadikan snek harian. Kak Chah postkan sambungannya sebab panjang sangat artikelnya, takut jemu pulak ya.

Sumber Qaseh Junior HQ


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

No comments:

Post a Comment