Saturday 21 October 2017

5 Sebab Kismis Mesti Dijadikan Snek Harian

Sambungan 5 sebab kismis mesti dijadikan snek harian anda ya.

4. Bantu urus Diabetis

Para penyelidik mendapati kismis dalam diet harian ini dapat menurunkan tekanan darah dengan ketara.

Di samping itu, kismis yang kaya dengan electrolyte potassium untuk kesihatan jantung. Potassium adalah mineral penting untuk fungsi sel, tisu dan organ penting dalam tubuh manusia. Orang yang mengambil banyak potassium dalam diet mereka mempunyai risiko strok yang lebih rendah, terutamanya ischemic stroke.

Penyelidikan menyokong kismis dijadikan pilihan snek yang sihat untuk pesakit diabetes jenis II. Apabila anda makan kismis, kandungan serat dalam kismis membantu tubuh anda memproses gula dalam kismis secara semulajadi dan mampu mengurus diabetis secara semulajadi.

5. Cegah Kanser

Kajian menunjukkan bahawa buah-buahan kering terutamanya kurma, prun dan kismis, mengandungi komponen tinggi phenolic yang mempunyai kuasa Antioksida yang lebih kuat berbanding dengan buah-buahan segar.

Antioksidan sangat penting untuk kesihatan kita kerana Antioksidan menghalang radikal bebas daripada menyebabkan kerosakan sel di dalam badan kita. Oleh itu makanan yang Antioksidan tinggi seperti kismis adalah rawatan kanser semulajadi yang hebat. Dengan memasukkan kismis dalam diet anda, bukan sahaja anda boleh meningkatkan tahap Antioksidan tetapi boleh mengurangkan kerosakan sel dan menangkis kanser.

Wah, hebatkan kelebihan Kismis makanan sunnah.




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

No comments:

Post a Comment