Wednesday 18 October 2017

7 Jenis Permainan Terbaik Untuk Anak Anak

Post kali ini tentang 7 jenis permainan yang terbaik untuk anak anak yang berumur 3 tahun. Permainan yang terbaik mestilah sesuai dengan umur anak anak uols. Pernah tak korang check pada permainan anak anak korang tentang umur yang sesuai untuk bermain mainan tersebut. 

Kalau korang tidak pernah check, better pergi check sekarang kerana permainan tidak sesuai boleh menyebabkan anak anak korang tidak berminat untuk bermain. Contohnya anak baru 3 bulan, sudah bagi mainan puzzle, mesti mereka tidak pandai kan.

Menurut Lambeth Hochwald, Parents Magazine "Anak berumur 3 tahun sudah menjadi kanak kanak yang lebih komplek dari segi fikiran, minda dan kawalan yang lebih baik terhadap tubuh badannya. Anak ini juga boleh beri perhatian yang lebih lama, bermaksud mereka boleh beri perhatian kepada permainan dan seni kraf"

Jom kita pelajari kenapa 7 permainan ini terbaik untuk anak anak yang berumur 3 tahun dan apa kata pakar mengenainya.

1. Rumah Olok - Olok 

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Kawasan Larangan - ibu bapa tidak benarkan masuk. Ya, anak anak umur 3 tahun punya kawasan atau tempat bermain sendiri.

Buat tembok berbentuk kotak kecil daripada bantal sudah memadai untuk menghasilkan "kawasan larangan". Pasti mereka suka.

Kenapa pakar kata  terbaik untuk anak 3 tahun

Anak anak pada peringkat umur ini sedang meningkatkan keupayaan mereka untuk mengawal dan membiasakan diri - Briggs


2. Rumah Boneka

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Dah kemas rumah tetapi sekejap sahaja, tidak sampai 10 saat sudah sepah balik. Dah suruh jangan sepah tetapi tidak diendahkannya. Manalah anak umur 3 tahun akan faham kehendak dan arahan kita kan?.

Ibu ibu boleh buat seribu jenis peraturan dalam rumah tetapi anak anak berumur 3 tahun ada peraturan sendiri juga tau.

Nak buat macam mana? Jawapannya rumah boneka. Biarkan mereka uruskan rumah mereka dengan cara sendiri.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Anak anak pada peringkat ini mempunyai dunia mereka sendiri, berikan ruang untuk mereka - Briggs


3. Play-doh

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Ini memang kesukaan anak anak  bermain play-doh. Play-doh atau seumpamanya kerana sifatnya yang lembut, boleh diramas dan boleh dibentuk sesuka hati tanpa had.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Play-doh mempunyai begitu banyak kegunaan terutamanya jika dilengkapkan dengan peralatan pelbagai bentuk - R. Keith Sawyer, Phd, seorang professor psikologi yang mengkaji kanak kanak di Washington University, Missouri


4. Bahan Bacaan

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Bayangkan apa perasaan anak anda apabila menerima bungkusan pos atas nama mereka sendiri? Di tambah dalam bungkusan tersebut adalah buku kesukaan mereka pula?.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Tiada istilah terlalu awal untuk anak anak mula membaca - Rahil Briggs, psikologis kanak kanak di Albert Einstain College of Medicine dan Children's Hospital di Montefiora, New York City


5. Permainan Minda

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Kanak kanak pada peringkat ini sudah boleh duduk bermain dengan lebih lama dan lebih fokus. Kenalkan dengan permainan yang meningkatkan konsentrasi dan hafalan mereka adalah yang terbaik.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Pada peringkat umur ini, anak anak lebih peka dan akan kerap bertanya persamaan dan perbezaan sesuatu benda. Malah pada peringkat ini juga anak anak sedang membangunkan skil menyelesaikan masalah - Adair


6. Set Perubatan

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Baru buka pintu bilik doktor, anak terus menangis. Hal ini kerana, pada peringkat ini mereka mudah faham dan mudah takut. Set perubatan mainan akan menjadikan mereka faham dan mungkin menyelesaikan masalah antara anak anak dengan doktor.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Kanak kanak yang bermain dengan peralatan doktor boleh membantu melegakan anak anak apabila melakukan pemeriksaan doktor - Briggs


7. Alatan Seni

Ianya terbaik untuk anak anak 3 tahun kerana

Pening ibu ibu apabila dinding penuh dengan tampalan hasil contengan anak anak. Kanak kanak sangat suka tempat yang terbuka luas seperti dinding untuk merealisasikan imaginasi mereka.

Kenapa pakar kata terbaik untuk anak 3 tahun

Kanak kanak pra sekolah menggunakan seni sebagai cara ekspresi emosi - Sue Adair.


Hah apalagi, jom praktis.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907


No comments:

Post a Comment