Monday 23 October 2017

5 Makanan Terbaik Untuk Anak Anak Demam

Anak anak adalah anugerah terbaik dari Allah untuk kita dan kita sebagai ibu bapa, sudah tentu tentu hendak berikan yang terbaik untuk anak anak. Hari ini, Kak Chah hendak kongsikan makanan 5 terbaik untuk anak anak.

1. Yogurt

Tindakan bijak memberikan yogurt kepada anak-anak terutama ketika sakit demam dan selsema.
Prebiotik adalah bakteria yang memberi manfaat menguatkan sistem imun. Anak tak suka yogurt sebab masam? Sumber Prebiotik selain yogurt seperti Kultur Susu juga boleh atau boleh dapatkan nasihat doktor pakar paedratik (pakar kanak-kanak) tentang makanan tambahan prebiotik untuk anak-anak.

Selain itu, boleh juga prebiotik juga terdapat dalam Gum Arab. Kebaikan Gum Arab adalah suburkan bakteria baik dalam perut. Inshaa Allah, tiada sembelit dan gastrik.

2. Ubi Keledek

Warna oren pada ubi keledek menunjukkan kelebihan kaya dengan Vitamin A , nutrisi penting kepada sistem imun yang membantu tisu dalam mulut, usus, saluran pernafasan dalam keadaan sihat.
Hanya setengah cawan ubi keledek masak setiap hari cukup memenuhi keperluan Vitamin A anak-anak.
Resepi 'fries' ubi keledek boleh dibuat dengan oven tau. Google dan Youtube kan ada!

3. Daging

Daging secara semulajadi yang kaya dengan protein merupakan komponen penting kepada sistem imun.
Daging selain kaya dengan protein juga kaya dengan sumber Zink dan mineral digunakan badan untuk menghasilkan sel-T iaitu peranan penting dalam imunisasi.

4. Sup Ayam

Macam tak percaya, kan? Sup ayam yang 'ceroi' pun ada manfaat. Ini orang sakit pun macam tak sakit bila hirup sup ayam!
Kelebihan sup ayam mungkin kerana pelbagai bahan dalam sup menjadikannya pesakit rasa lebih baik.
Penyelidik menganggap kelebihan pelbagai bahan mempunyai kelebihan anti-radang yang boleh melegakan jangkitan saluran pernafasan.

5. Minuman suam

Penyelidikan yang dibuat, pesakit yang mempunyai tanda selsema apabila hirup air panas atau suam, memberi kelegaan kepada hidung, batuk, bersin, sakit tekak, menggigil dan keletihan.
Budaya arab pula, kalau anak sakit demam dan selsema ibu beri minum air teh yang dicampur dengan madu atau limau pasti melegakan.

Sumber Qaseh Junior HQ

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907


No comments:

Post a Comment